Kid Search "Lambaian" [Instrumental]

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 8 сен 2024
  • Catatan oleh pencipta lagu, Chevy Amry:
    "Lambaian adalah sebuah lagu penghormatan buat arwah kak Nin (Allahyarhamah Noraznin Yusuf). Lagu ini dicipta oleh Chevy Amry, manakala liriknya dipena oleh Kak Chah@Datuk Habsah Hassan. Lagu ini telah dirakamkan dengan nyanyian Dato' Hattan.
    Kid Search sebak ketika membaca lirik Lambaian nukilan Kak Chah. Ia kerana setiap bait lirik itu sangat relevan dgn situasi beliau ketika itu yang sedang diuji dengan penyakit kanser isteri kesayangannya. Namun, beliau amat meminati lagu ini yang baginya kuat dari sudut melodi vokal & susunan muzik.
    Lagu ini mempunyai "sentimental value'' bagi Kid Search, kerana setiap kali mendengar lagu Lambaian, Kid Search akan sebak terbayangkan arwah kak Nin. Bayangkan, dikala kesibukan Kid Search berulang-alik ke HUKM setiap hari, beliau masih sempat menyiapkan rakaman gitar lagu Lambaian. Namun, dalam beberapa jam selepas itu, beliau dikejutkan dengan berita kematian arwah kak Nin pada waktu Subuh keesokannya.
    Arwah Kak Nin sempat mendengar demo lagu Lambaian beberapa hari sebelum pemergiannya. Sebagai pendokong kuat karier suaminya, Arwah dengan sendirinya tahu itu adalah petikan gitar Kid Search dan sangat menyukai lagu ini.
    Pada suatu malam ketika dalam kesedihan merindukan Kak Nin, Kid Search secara spontan (dengan mata terpejam) telah merakamkan versi instrumental Lambaian. Note note yg terhasil itu adalah ikhlas dari jiwanya. Ramai yg tersentuh dan menangis ketika mendengar versi instrumental Lambaian versi Live di Rooftop Campbell ketika sesi soundcheck 10 June 2022: • Search Rockin' on Roof...
    Ini membuktikan bahawa Kid Search adalah gitaris yang penuh jiwa, ikhlas dalam berkarya. Kita semua dapat merasai penyampaiannya, pabila setiap solo2 Kid Search seolah-olah ada cerita yang ingin disampaikan olehnya."
    Sama2 kita mendoakan semoga arwah Kak Nin sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah."
    Title: Lambaian (Instrumental)
    Artist: Kid SEARCH
    Producer: Chevy Amry
    Arranger: Firdaus Mahmud
    Mixing: Zairi Ariffin
    Mastering: CL Toh
    Venue: RoofTop Campbell Shopping Complex, Kuala Lumpur
    Videographer: Risy & Abas (Photoclique Studio), Basri
    Editor: Feisal Kassim

Комментарии • 629