Siti Nurhaliza - Cindai(Official Lyric Video)

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 26 май 2024
  • “Cindai” merupakan album studio ketiga Siti Nurhaliza dan juga percubaan pertama Siti dalam menghasilkan album berentak irama Malaysia. “Cindai” juga memuatkan lagu yang memberi impak besar kepada industri muzik tanah air, iaitu "Cindai". Dalam album ini cuma ada dua buah lagu baru iaitu "Cindai" dan "Joget Berhibur”. Yang selebihnya adalah lagu lama dan klasik yang diberi nafas baru.
    Album ini telah terjual melebihi 120,000 unit. Album ini menjadi album Siti Nurhaliza yang pertama mempunyai runut tajuk; lagu di dalam album yang mempunyai nama yang sama dengan tajuk album.
    Album “Cindai” merupakan album pertama beliau bekerjasama dengan komposer dan pemuzik terkenal, Suhaimi Zain atau Pak Ngah (yang turut menerbitkan album Sahmura, Sanggar Mustika dan Lentera Timur) yang berperanan sebagai penerbit album bersama Rahim Jantan dan S. Atan. Pencipta lain yang terlibat dalam pembikinan album ini ialah Hairul Anuar Harun, Siso Kopratasa, Elya Khadam dan Ibu Mursih.
    Album yang di lancarkan pada 17 November 1997 ini merupakan kejayaan komersial dan mendapat sambutan baik serta telah terjual melebihi 120, 000 unit pada hari pertama keluarannya dan menerima pensijilan 5x platinum.
    Trivia tentang Cindai
    1. Lagu ikonik ciptaan Pak Ngah dan Hairul Anuar Harun ini merupakan single pertama yang di lancarkan untuk mempromosikan album tradisional pertama Siti Nurhaliza ini.
    2. Keseluruhan lagu "Cindai" ini menceritakan tentang kekecewaan seseorang yang cuba untuk bermandiri dalam hidupnya walaupun banyak dugaan mendatang.
    3. Secara bahasa, "Cindai" itu membawa maksud sejenis kain atau dalam lagu ini lebih kepada Pontianak ataupun lembaga, tetapi cindai itu boleh dianggap seperti seseorang yang sangat berduka dan mengasingkan diri kerana Cindai itulah hantu yang tak boleh dilihat, jadi dia cuba menganggap dirinya seperti hantu kerana orang lain sudah tidak memperdulikannya lagi dan dia rasa dirinya sudah mati akibat kekecewaannya.
    4. Muzik video Cindai menjalani penggambaran di Melaka Bandaraya Bersejarah, terutamanya di tinggalan pintu Kota A'Famosa yang dipanggil Porta de Santiago (Pintu Santiago).
    5. Lagu ini juga dipersembahkan oleh beliau sewaktu majlis penutupan Sukan Komanwel 1998 di Stadium Negara, Bukit Jalil.
    6. Pada 1 April 2005, beliau menyanyikan "Cindai" sebagai sebahagian daripada medley lagu zapin daripada bersama-sama dengan "Mahligai Permata" dan "Ya Maulai" pada pengakhiran segmen Irama Malaysia konsert solo beliau di Royal Albert Hall, London. Beliau juga menyampaikan lagu yang sama di Konsert SATU beliau pada 26-28 Julai 2009 di Istana Budaya, sebagai sebahagian daripada medley tradisional.
    7. Pada 5-7 Julai 2013, semasa persembahannya di konsert Siti Nurhaliza in Symphony di Dewan Filharmonik Petronas, beliau menyanyikan "Cindai" yang diberikan gubahan baru oleh Syed Sharir Faisal Syed Hussein.
    8. Beliau juga menyanyikan lagu "Cindai" yang diberikan gubahan baru oleh Ruslan Imam semasa persembahannya di Konsert Lentera Timur Dato’ Siti Nurhaliza di Istana Budaya pada 20-24 September 2013.
    9. "Cindai" juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina (Mandarin) yang dinyanyikan oleh penyanyi dari negara China, Chien Bai Hui dengan beberapa lirik kekal tidak diterjemahkan. Bai Hui berpendapat bahawa dia tidak boleh mengubah lirik asal kerana komposisi yang indah dan puitis.
    10. Lagu yang mula popular pada tahun 1997 ini masih dianggap lagu malar segar, malah ‘berhantu’ sehingga kini. Pelbagai kisah seram timbul susulan terciptanya lagu tersebut, termasuk sering disalah erti sebagai merujuk kepada hantu pontianak. Menurut penulis liriknya, Haiul Anuar Harun yang sehingga kini masih lagi menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai mengenai makna di sebalik lagu tersohor itu, hampir keseluruhan seni kata lagu "Cindai" berbentuk pantun dengan setiap pembayang dan maksudnya selari dengan apa yang ingin disampaikan. Walaupun di dalam pantun, senikata lagu Cindai menggunakan pelbagai gaya bahasa seperti metafora, paradoks, hiperbola, paralelisme, epizeukis dan aliterasi.
    11. Impak lagu "Cindai" ini kepada industri muzik Malaysia amatlah besar sehinggakan ia berjaya merangkul anugerah Juara Lagu dan Juara Kategori Etnik Kreatif pada Anugerah Juara Lagu 1998.
  • ВидеоклипыВидеоклипы

Комментарии • 3

  • @PancalodraALfaty
    @PancalodraALfaty Месяц назад +1

    Pak ngah begitu sakti meramu indah nya sura emas mu (camelia)

  • @UsagiTsukino-t3c
    @UsagiTsukino-t3c Месяц назад +2

    Mana lagu Aku Cinta Padamu siti lirik????????? 🤷‍♀

  • @alexanderthegreatoz5945
    @alexanderthegreatoz5945 Месяц назад

    Bro, buat lagu sembilu ella dan amy mayang sari. Thank you.