Kisah Pembunuhan Orang-orang Cina oleh Tentera Jepun di Negeri Sembilan (Parit Tinggi) [Part 6]

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 7 дек 2022
  • Ikuti perjalanan saya menelusuri kisah sejarah hitam pembunuhan orang-orang Cina oleh Tentera Jepun di Parit Tinggi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang berlaku pada 15 dan 16 Mac 1942.
    Jenayah pembunuhan ini dilakukan oleh unit Tentera Jepun dari Kompeni ke-7, 11th Regiment - 5th Guards Division yang berpengkalan di Kuala Pilah English School (KPES) atau Sek Men Keb Tuanku Muhammad, Kuala Pilah.
    Pada episod kali ini saya akhirnya sampai di kawasan Parit Tinggi bagi menceritakan mengenai kisah pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di sini pada 16 Mac 1942. Jenayah pembunuhan ke atas orang-orang Cina di kawasan Parit Tinggi ini dilakukan oleh anggota Tentera Jepun dibawah pengarahan Kaptain Mitsugi Iwata, O.C. kepada Kompeni ke-7 yang ditempatkan di KPES. Sejumlah 675 orang telah terkorban dibunuh oleh Tentera Jepun yang sampai di kawasan ini pada 16 Mac 1942 dan hanya 30 orang sahaja yang selamat samada sembuh dari luka parah atau berjaya melarikan diri.
    Peristiwa ini dicatatkan sebagai sebahagian daripada operasi Shukusei (saringan) atau Sook Ching (pembersihan/ purging) bagi membersihkan Malaya daripada anasir penyokong Parti Kuomintang ataupun penyokong Parti Komunis yang mampu mengancam aspek pentadbiran Tentera Jepun di Malaya. Pembunuhan di kawasan ini sekaligus merubah demografi penduduk di kawasan ini dalam sekelip mata.
    Kini kawasan ini telah ditinggalkan dan terdapat perkampungan Parit Tinggi baru dalam jarak 200 meter dari tapak ini yang rata-rata penduduk terdiri daripada orang Melayu.
    Lokasi video part 6 ini diambil di Parit Tinggi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
    #ParitTinggiMassacre
    Music credit:
    1. Ryno's theme by Kevin MacCleod (incompetech.com);
    2. Oppressive gloom by Kevin MacCleod (incompetech.com); dan
    3. All this by Kevin MacCleod (incompetech.com).
    Rujukan:
    atrocityinns.ne... dan
    www.researchga...

Комментарии •