Kelestarian bersama FGV: Puan Nurul Hasanah Part 1

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 3 мар 2024
  • Dubai Hujan & Banjir?
    Kadang-kadang anda mesti terbaca yang Dubai hujan dan banjir. Kalau kat Malaysia, benda ni dah tak pelik sangat, pasal Malaysia ni selalu hujan.
    Tapi kat Dubai ni, amat jarang hujan turun. Biasanya, hujan yang turun di Dubai, adalah hujan buatan atau ‘cloud seeding’. Dan ini adalah antara beberapa inisiatif Dubai dalam penjagaan alam sekitar malah beberapa bangunan di Dubai sendiri, menggunakan ‘green technology’.
    Untuk kita sebagai rakyat biasa, atau usahawan kecil-kecilan, mungkin fokus kita dan menjaga alam sekitar tertumpu kepada perkara-perkara lebih kecil macam ‘kitar semula’ barangan.
    Tetapi, untuk syarikat-syarikat yang beroperasi dengan berskala besar, mereka mempunyai tanggungjawab korporat untuk menjaga alam sekitar, sosial dan tadbir urus.
    Salah satu syarikat Malaysia, FGV Holdings Berhad yang mempunyai beratus-ratus trak penghantaran dan beribu-ribu pekerja, mempunyai tanggungjawab untuk memastikan penggunaan kenderaan tidak mencemarkan alam sekitar dan sentiasa menjaga kebajikan pekerja supaya tidak melanggar ‘human rights'.
    Ikuti temubual saya dengan Puan Nurul Hasanah, Ketua Pegawai Kelestarian, FGV Holdings Berhad, di mana beliau berkongsi bagaimana FGV menjalankan tanggungjawab dalam amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat.

Комментарии • 2

  • @zackscrubcisionchannel8071
    @zackscrubcisionchannel8071 4 месяца назад

    Saya mahu bekerja dengan IRFAN KHAIRI

  • @ahmadsamadikadrin2046
    @ahmadsamadikadrin2046 4 месяца назад

    kenapa audit sebut tahun 2023 Felda rugi 1B?...mana silapnyer..sbb seolah2 video ini nmpk baik2 shj Felda