Puding roti tanpa telur | tips puding roti zebra simple yg cantik dan sedap

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 20 сен 2022
  • Puding roti tanpa telur bercorak zebra yang simple dan sedap.
    Hi semua saya Manja dari MALAY kitchen. kalini manja nak kongsi resepi puding roti zebra sangat menarik dan mudah. Manja tunjukan teknik dan cara untuk mendapatkan corak belang yang cantik dengan menggunakan acuan yang sesuai. Selain daripada proses masak yang cepat, bahan yang digunakan juga mudah didapati. Boleh dijadikan idea untuk dijamu pada tetamu dan juga keluarga.
    Resepi puding roti zebra
    8 keping roti putih
    7 cawan air
    1 cawan gula
    2 sudu kecil esen vanila
    2 paket agar-agar (10gram)
    2 cawan susu cair
    1/2 cawan serbuk koko
    Cara-cara :
    1. Kisar roti bersama dengan 3 cawan air, gula dan esen vanila.
    2. Kemudian tuang bahan kisar ke dalam periuk dan tambah dengan 4 lagi cawan air dan juga agar-agar.Masak sehingga mendidih.
    3.Setelah mendidih, masukan susu cair. Tidak perlu masak sehingga mendidih lagi cukup setakat susu rata dan sedikit panas berwap.
    4. Keluarkan separuh daripada adunan ke dalam sebuah bekas. Bakinya ditambah dengan serbuk koko. Masak dengan api perlahan sehingga larut dan sebati.
    5. Kemudian ,ambil senduk yang sama saiz, masukan adunan putih dan koko berselang seli ke dalam acuan yang sesuai. Seperti yang ditunjukan di dalam video.
    6. Apabila hilang wap panas, masukan ke dalam peti sejuk. Apabila sudah set, boleh hidangkan.
    Mohon Follower MALAY kitchen SUBSCRIBE RUclips kami :
    / malaykitchen​
    Laman web rasmi MALAY kitchen :
    malaykitchen.my​
    Telegram MALAY kitchen :
    t.me/malaykitchen​
    Track: Ikson - Coral [Official]
    Music provided by Ikson®
    Listen: • #132 Coral (Chill Beat)
    #malaykitchen​ #pudingroti #pudingrotizebra
  • РазвлеченияРазвлечения

Комментарии • 28