FUGA VILLAGE di Pengkalan Balak, MELAKA- PECUTIAN dengan PENYU : We Go Travel

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 15 сен 2024
  • FUGA VILLAGE, PENGKALAN BALAK, MELAKA
    Cuti hujung minggu tak tahu nak bawa anak-anak pergi ke mana? Musim virus-virus ni kami cuba untuk mengelakkan aktiviti yang banyak kontek dengan crowd, jadi kami telah memutuskan untuk bercuti di kawasan yang lebih privasi dan family friendly disamping mendekatkan diri dengan terapi alam semula jadi 😊
    LOKASI
    Lokasi percutian kami pada kali ni tidak terlalu jauh dari KL kerana bersesuaian dengan percutian singkat kami iaitu 2 hari 1 malam sahaja, maklumlah Adam dah bersekolah. Jadi lokasi penginapan kami hanya mengambil masa dalam 1 jam 30 minit dari Kuala Lumpur. Nama tempat penginapan adalah FUGA VILLAGE yang terletak di Pengkalan Balak, Melaka.
    Jangan risau kawasan ini tidak berada di tengah Kota Melaka, jadi anda tidak akan bersesak dengan kesesakan manusia dan lalulintas.
    Melangkah sahaja ke kawasan Fuga Village... Wah! Tak sangka. Memang ketika menempah, kami mengetahui ia diiklankan sebagai sebuah private beach getaway, namun kami tetap mengagumi privacy yang ditawarkan Dari kawasan sekitar yang dipenuhi pengunjung ketika itu, kami merasakan seolah-olah kami melangkah ke sebuah perkampungan kecil tersendiri. Sememangnya totally terasing dan terhindar dari hiruk pikuk di luar. Mendamaikan. Tak risau untuk membiarkan anak-anak berlari dan bermain-main di halaman 'perkampungan kecil ini'. Bayangkan, dalam persekitaran yang cukup privacy begini, anda bangun di pagi hari mendengar kokokan ayam dari kampung di sekitar, melangkah keluar pagar menikmati deruan ombak atau bersantai di anjung khas menikmati pemandangan pantai sambil ditiup angin sepoi-sepoi yang menyegarkan. Bagi kami, dengan harga yang ditawarkan, sememangnya penginapan di sini sangat berbaloi untuk percutian keluarga yang menarik dan unik ini. 😊
    VILLA
    Kami memilih bilik Villa Garden View untuk penginapan, villa ini dilengkapi sebuah katil bersaiz queen, kawasan tempat duduk, televisyen, kawasan pantri dengan peti sejuk satu pintu, bilik air, bathtub dan outdoor shower, selain kawasan luar tempat bersantai. Tingkat atas pula adalah sebuah kawasan kecil yang hanya menempatkan dua katil single yang dirapatkan. Bagi kami, walaupun villa ini tidak besar, ia menarik dan sangat unit dekorasinya cukup buat penginapan untuk kami sekeluarga, Anak-anak kami sangat excited dengan konsep outdoor shower di sini. Macam mandi dalam taman, kata mereka.
    Selain Villa, terdapat juga 6 chalet biasa. Chalet yang ditawarkan adalah ringkas dan sangat basic, dengan setiap satunya dilengkapi sebuah katil bersaiz queen, minibar dan kawasan toilet dan outdoor shower. Tiada televisyen di penginapan jenis chalet.
    AKTIVITI
    Walaupun tempat ni dikatakan private beach getaway, jangan risau banyak aktiviti boleh dilakukan disini, ini kerana Villa ini betul betul berada di depan pantai, ada banana boat, jet ski, berkelah, mandi manda, bermain pasir dan banyak lagi.
    Selain itu, terdapat Turtle Sanctuary betul betul di sebelah Villa kami, jadi kami mengambil kesempatan untuk melihat penyu di situ. Sungguh menyeronokkan kerana terdapat Penyu di Melaka dan tidak perlu lagi kami ke Terengganu.
    Terdapat banyak kedai makan di sepanjang pantai ini, jadi tiada masalah untuk anda semua mencari makan.
    HARGA
    Villa - RM405 (include SST%) hanya 1 sahaja Villa
    Chalet - RM200++
    Contact detail untuk Booking & inquiries:
    Agoda - FUGA VILLAGE
    email - fugavillage@gmail.com
    Facebook - Fuga Village
    Instagram - @fugavillage
    Keep Calm & Put on your Mask!
    ** Jom Follow & Support Kami **
    Inquiries : wegotravel.my@gmail.com
    Facebook: / wegotravel.my
    RUclips channel : www.youtube.co...
    Instagram : / we_gotravel
    #WeGoTravel
    #wegotravelmy
    #gotravel
    #familytravel
    #familyfirst
    #CutiCutiMalaysia
    #TourismMalaysia
    #Fugavillagepengkalanbalak
    #siakapkeli
    #rizalhakimm

Комментарии • 6

  • @hasifhamsyari1
    @hasifhamsyari1 4 года назад +4

    wahhh rasa teringin pula stay kat villa tu. stailo sangat! dulu rajin ke pengkalan balak ni tapi tak pernah nampak pun penyu. sekadar lalu je. nice sharing!

    • @WeGoTravelMy
      @WeGoTravelMy  4 года назад +1

      Cantik tempat ni. Sangat unik. Penyu tu pun kami x plan sebenarnya . 😁

  • @annaimmersive153
    @annaimmersive153 4 года назад +3

    Bestnya

    • @WeGoTravelMy
      @WeGoTravelMy  4 года назад +1

      Anna Immersive yeee memang best sebab tak campor dengan chalet² kt luar² tu sgt privacy

  • @fatinrashid9970
    @fatinrashid9970 4 года назад +4

    1 mlm hr bpe ya

    • @WeGoTravelMy
      @WeGoTravelMy  4 года назад +1

      Fatin Rashid89 RM405 untuk villa kalau untuk chalet murah sikit dlm RM200++