Tanah Melayu pada zamannya merupakan sebuah kawasan kosmopolitan, tempat pertemuan pelbagai budaya dan idea dari luar. Inovasi-inovasi yang dibawa masuk sering kali diubah suai mengikut keperluan tempatan dan akhirnya diserap menjadi sebahagian daripada tradisi dan adat Melayu. Fenomena ini bukan sesuatu yang luar biasa, malah ia menunjukkan keterbukaan masyarakat Melayu dalam menerima perubahan yang praktikal dan bermanfaat. Mengenai Bugis dan Sundang, perlu difahami bahawa kehadiran Bugis di Tanah Melayu membawa kepada proses asimilasi budaya. Secara etnik, mereka Bugis, tetapi setelah menetap lama di Tanah Melayu, banyak aspek budaya mereka berubah menjadi lebih “Melayu”. Oleh itu, tidak menghairankan jika terdapat pengaruh silang budaya dalam adat dan tradisi kedua-dua masyarakat ini. Namun, tradisi Bugis di Tanah Melayu jelas berbeza dengan adat Bugis asli di Sulawesi atau kawasan sekitarnya yang tidak terpengaruh oleh budaya Melayu. Berkenaan keris azimat, harus dijelaskan bahawa keris azimat di Tanah Melayu bukanlah keris-kerisan tembaga yang dijual oleh bomoh-bomoh temberang dari Jawa. Sebaliknya, keris yang diniatkan sebagai azimat telah lama wujud dalam semua budaya asli keris di Nusantara, termasuk di Tanah Melayu. Fungsi azimat bukanlah semata-mata bersifat mistik, tetapi juga melambangkan kekuatan simbolik yang diakui dalam pelbagai budaya tradisional. Sebagai seorang pengumpul (collector) seni budaya warisan, saya memberikan sedikit sahaja tumpuan dan prihatin kepada identiti penghasil sesuatu karya seni yang dihasilkan sebelum zaman saya, kecuali jika asal-usul dan provenannya dapat disahkan dengan kepastian mutlak. Tanpa pengesahan ini, spekulasi mengenai pencipta individu tidak membawa sebarang faedah praktikal yang relevan pun. Sebaliknya, menganalisis bukti yang masih wujud dari zaman tersebut dan merumuskan hipotesis yang munasabah memberikan asas yang lebih kukuh dan boleh diterima akal yang sihat. Fokus utama saya adalah memahami mengapa sesetengah kraf seni telah lenyap dan memikirkan potensi untuk menghidupkannya semula dengan penyesuaian moden. Memberikan tumpuan berlebihan kepada tokoh-tokoh yang telah lama meninggal dunia, walaupun menarik dari sudut sejarah, tidak banyak menyumbang kepada perkembangan praktikal atau intelektual bidang ini pada masa kini. Daripada taksub yang membabi buta dengan personaliti masa lalu yang sudah lama reput didalam bumi, ada lebih baiknya kita memberi perhatian kepada bagaimana kraf seni budaya dan tradisi ini dapat menginspirasi dan berkembang dalam konteks hari ini. Dengan cara ini, kita memastikan minat ini terus kekal relevan dan bermakna, tanpa terganggu oleh perkara yang tidak membawa manfaat apa pun. Ringkasnya, nikmati hobi ini seadanya-sebagai satu peluang untuk belajar, berkarya, dan menghargai-tanpa membebankan fikiran dengan butiran yang tidak relevan. Mengakhiri perbincangan ini, saya tegaskan bahawa melabelkan sesuatu secara simplistik tidak membantu perkembangan kajian budaya dan tradisi. Sebaliknya, kita perlu bersikap terbuka dan menghentikan penyebaran kepercayaan yang tidak berasas dan berpunca daripada kejahilan. Hanya dengan pendekatan yang kritis dan rasional, kita dapat memahami warisan budaya kita dengan lebih mendalam dan tepat. Video ini sekadar pengenalan asas sahaja buat pembuka minat. Tetapi sekiranya taksub sangat dengan butiran yang tidak relevan, silalah ke tokoh yang lebih mahir dan lebih suka membebankan minda anda dengan butiran yang tidak memanfaatkan anda yang boleh menaikkan taraf hidup anda. Fakta yang sedia ada dalam buku-buku lebih baik diamati terdahulu. 😃 -JoFe. PS: If it does not add value to you and does not improve the quality of your life, it should be trashed. Period.
Sayang.. Keris atok aku dah lama tak makan darah.. Musoh bangsa dan agama makin banyak di keliling nak beraksi dah tak boleh..akhir nya aku jual rm 150 ja..
Sayang sekali, anda tidak memegang teguh pada warisan pusaka anda. Jika keris tersebut benar-benar tulen dan berasal dari zaman tertentu, ia mungkin mengandungi nilai sejarah yang penting. Dengan pengesahan yang teliti, ia boleh menyumbang kepada pemahaman kita tentang seni, teknologi, dan budaya zaman lampau. Tindakan menjualnya, apatah lagi dengan harga yang begitu rendah, menunjukkan keputusan yang diambil dalam keadaan emosi dan kurangnya pengetahuan. Adalah penting untuk kita tidak bertindak berdasarkan kejahilan atau kepercayaan peribadi yang tidak berasas. Sebagai umat beragama, kita sepatutnya merujuk kepada ulama dan sarjana yang diiktiraf oleh pihak berautoriti, supaya tindakan kita selari dengan nilai dan panduan agama yang sahih. Keputusan yang terburu-buru sering kali mengabaikan manfaat jangka panjang. Justeru, saluran ini diwujudkan untuk mendidik dan memperluas pemahaman penonton, khususnya mereka yang menjadi pemegang taruh utama dalam melindungi warisan budaya material dari rantau ini. Hanya dengan pengetahuan dan sikap terbuka, kita mampu menghargai dan memanfaatkan warisan kita dengan bijaksana. Akhir sekali, saya ingin menegaskan bahawa kejahilan adalah punca bagaimana warisan budaya kita hilang dan disia-siakan. Warisan nenek moyang adalah amanah yang perlu dijaga, bukan sekadar untuk manfaat individu, tetapi juga untuk masa depan generasi akan datang. 😊 -JoFe.
Tanah Melayu pada zamannya merupakan sebuah kawasan kosmopolitan, tempat pertemuan pelbagai budaya dan idea dari luar. Inovasi-inovasi yang dibawa masuk sering kali diubah suai mengikut keperluan tempatan dan akhirnya diserap menjadi sebahagian daripada tradisi dan adat Melayu. Fenomena ini bukan sesuatu yang luar biasa, malah ia menunjukkan keterbukaan masyarakat Melayu dalam menerima perubahan yang praktikal dan bermanfaat.
Mengenai Bugis dan Sundang, perlu difahami bahawa kehadiran Bugis di Tanah Melayu membawa kepada proses asimilasi budaya. Secara etnik, mereka Bugis, tetapi setelah menetap lama di Tanah Melayu, banyak aspek budaya mereka berubah menjadi lebih “Melayu”. Oleh itu, tidak menghairankan jika terdapat pengaruh silang budaya dalam adat dan tradisi kedua-dua masyarakat ini. Namun, tradisi Bugis di Tanah Melayu jelas berbeza dengan adat Bugis asli di Sulawesi atau kawasan sekitarnya yang tidak terpengaruh oleh budaya Melayu.
Berkenaan keris azimat, harus dijelaskan bahawa keris azimat di Tanah Melayu bukanlah keris-kerisan tembaga yang dijual oleh bomoh-bomoh temberang dari Jawa. Sebaliknya, keris yang diniatkan sebagai azimat telah lama wujud dalam semua budaya asli keris di Nusantara, termasuk di Tanah Melayu. Fungsi azimat bukanlah semata-mata bersifat mistik, tetapi juga melambangkan kekuatan simbolik yang diakui dalam pelbagai budaya tradisional.
Sebagai seorang pengumpul (collector) seni budaya warisan, saya memberikan sedikit sahaja tumpuan dan prihatin kepada identiti penghasil sesuatu karya seni yang dihasilkan sebelum zaman saya, kecuali jika asal-usul dan provenannya dapat disahkan dengan kepastian mutlak. Tanpa pengesahan ini, spekulasi mengenai pencipta individu tidak membawa sebarang faedah praktikal yang relevan pun. Sebaliknya, menganalisis bukti yang masih wujud dari zaman tersebut dan merumuskan hipotesis yang munasabah memberikan asas yang lebih kukuh dan boleh diterima akal yang sihat.
Fokus utama saya adalah memahami mengapa sesetengah kraf seni telah lenyap dan memikirkan potensi untuk menghidupkannya semula dengan penyesuaian moden. Memberikan tumpuan berlebihan kepada tokoh-tokoh yang telah lama meninggal dunia, walaupun menarik dari sudut sejarah, tidak banyak menyumbang kepada perkembangan praktikal atau intelektual bidang ini pada masa kini.
Daripada taksub yang membabi buta dengan personaliti masa lalu yang sudah lama reput didalam bumi, ada lebih baiknya kita memberi perhatian kepada bagaimana kraf seni budaya dan tradisi ini dapat menginspirasi dan berkembang dalam konteks hari ini. Dengan cara ini, kita memastikan minat ini terus kekal relevan dan bermakna, tanpa terganggu oleh perkara yang tidak membawa manfaat apa pun. Ringkasnya, nikmati hobi ini seadanya-sebagai satu peluang untuk belajar, berkarya, dan menghargai-tanpa membebankan fikiran dengan butiran yang tidak relevan.
Mengakhiri perbincangan ini, saya tegaskan bahawa melabelkan sesuatu secara simplistik tidak membantu perkembangan kajian budaya dan tradisi. Sebaliknya, kita perlu bersikap terbuka dan menghentikan penyebaran kepercayaan yang tidak berasas dan berpunca daripada kejahilan. Hanya dengan pendekatan yang kritis dan rasional, kita dapat memahami warisan budaya kita dengan lebih mendalam dan tepat.
Video ini sekadar pengenalan asas sahaja buat pembuka minat. Tetapi sekiranya taksub sangat dengan butiran yang tidak relevan, silalah ke tokoh yang lebih mahir dan lebih suka membebankan minda anda dengan butiran yang tidak memanfaatkan anda yang boleh menaikkan taraf hidup anda. Fakta yang sedia ada dalam buku-buku lebih baik diamati terdahulu. 😃 -JoFe.
PS: If it does not add value to you and does not improve the quality of your life, it should be trashed. Period.
1. Keris Sundang
2. Keris hukum
3. Keris tempur
4. Keris pengenalan selit
5. Keris azimat
Terima kasih 👍
+@mdyusri6055 sama-sama 😃 -JoFe.
Pak joke, yang keris tempur no 3 dalam gambar slide tu yang luk 3 tu mcm luk 3 pahang. Keris pak jofe ke tu???
+@shaifulafzan ye betul lah tu. Masuk koleksi tahun 2016 tak silap. 😃 - JoFe.
@TheKerisCollector pak jofe belanja la kita video luk 3 pahang tu. Teramat amat cantik dan garang tu..
+@shaifulafzan Insya’Allah. 😊 -JoFe.
Kalau suara original lagi bagus
Suara original di sini 👉 ruclips.net/video/IXejDyTuN7M/видео.htmlsi=-lDXOhoqoiVQTUij
Sayang.. Keris atok aku dah lama tak makan darah.. Musoh bangsa dan agama makin banyak di keliling nak beraksi dah tak boleh..akhir nya aku jual rm 150 ja..
Sayang sekali, anda tidak memegang teguh pada warisan pusaka anda. Jika keris tersebut benar-benar tulen dan berasal dari zaman tertentu, ia mungkin mengandungi nilai sejarah yang penting. Dengan pengesahan yang teliti, ia boleh menyumbang kepada pemahaman kita tentang seni, teknologi, dan budaya zaman lampau.
Tindakan menjualnya, apatah lagi dengan harga yang begitu rendah, menunjukkan keputusan yang diambil dalam keadaan emosi dan kurangnya pengetahuan. Adalah penting untuk kita tidak bertindak berdasarkan kejahilan atau kepercayaan peribadi yang tidak berasas. Sebagai umat beragama, kita sepatutnya merujuk kepada ulama dan sarjana yang diiktiraf oleh pihak berautoriti, supaya tindakan kita selari dengan nilai dan panduan agama yang sahih.
Keputusan yang terburu-buru sering kali mengabaikan manfaat jangka panjang. Justeru, saluran ini diwujudkan untuk mendidik dan memperluas pemahaman penonton, khususnya mereka yang menjadi pemegang taruh utama dalam melindungi warisan budaya material dari rantau ini. Hanya dengan pengetahuan dan sikap terbuka, kita mampu menghargai dan memanfaatkan warisan kita dengan bijaksana.
Akhir sekali, saya ingin menegaskan bahawa kejahilan adalah punca bagaimana warisan budaya kita hilang dan disia-siakan. Warisan nenek moyang adalah amanah yang perlu dijaga, bukan sekadar untuk manfaat individu, tetapi juga untuk masa depan generasi akan datang. 😊 -JoFe.
Harta pusaka pun kena jual..faham2 aje lah karekter manusia begini...😢😢😢