Kenaikan Pangkat.flv

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 4 окт 2024
  • Kenaikan Pangkat
    Sembilan orang pegawai kanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang dinaikkan pangkat menerima lencana pagi tadi. Penyampaian lencana pangkat disempurnakan oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Mejar General Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan di Mes Pegawai Bolkiah Garison. Kenaikkan pangkat pegawai-pegawai berkenaan adalah atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi ABDB.
    Lima daripada pegawai-pegawai kanan tersebut telah dinaikkan ke Brigadier Jeneral mulai Rabu lalu semasa keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Kementerian Pertahanan. Mereka ialah Timbalan Pemerintah ABDB, 235 Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Brigadier Jeneral Muhd Tawih bin Abdullah; Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, 260 Brigadier Jeneral Haji Yusof bin Haji Abdul Rahman; Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, 252 Laksmana Pertama Haji Abdul Halim bin Haji Mohamad Hanifah; Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, 194 Brigadier Jeneral Haji Jofri bin Haji Abdullah dan Pemerintah Markas Angkatan Bersama ABDB, 253 Laksmana Pertama Abdul Aziz bin Mohamad Tamit.
    Manakala pegawai-pegawai kanan lain yang telah dinaikkan ke pangkat kolonel tetap mulai hari ini ialah 218 Kolonel Ali bin Haji Sabar, 291 Kolonel Haji Hamsani bin Haji Abdul Hamid dan 268 Leftenan Kolonel Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said. Sementara 408 Mejar Pengiran Mohamad bin Pengiran Haji Damit dinaikan ke pangkat pemangku Leftenan Kolonel mulai 3 Januari tahun ini. Juga hadir di majlis tersebut ialah pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai ABDB dan Kementerian Pertahanan serta keluarga pegawai-pegawai kanan ABDB yang dinaikkan pangkat.

Комментарии • 3