HIGHLIGHT VIDEO ( DIRECTOR'S CUT ) - KEM CUTI SEKOLAH ARTCAMP 006/2022 - ARTMAN

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 10 сен 2024
  • Akhlak bukan boleh dijadikan akademik dan diajar atas papan putih. Akhlak hanya terzahir bila berada di lapangan kerja. Dari situ kita kenal disiplin dan jati diri sebenar anak kita. Adakah mereka seorang yang kreatif ATAU jumud, culas ATAU fokus, rajin ATAU pemalas, sabar dan kuat azam ATAU mudah putus asa, beramanah ATAU tidak boleh dipercaya dan banyak lagi.
    Di lapangan Artcamp, anak-anak disediakan beberapa bidang kerja yang sesuai untuk mereka berkarya. Hasil kerja itulah hasil amal mereka. Cara kerja itulah akhlak dan disiplin mereka.
    Menggunakan konsep kejadian Adam dari tanah, maka kita bawa anak kita kepada hakikat penciptaan itu. Kita fahamkan mereka hakikat sungai selaku komponen syurga. Bermain dengan tanah dan lumpur agar mereka sedar asal usul mereka dan sanggup membumi sebagai hamba (bukan tuan/raja) kepada ibubapa dan Penciptanya.
    Kem Cuti Sekolah seterusnya bakal dianjurkan pada Disember 2023.
    Daftar SEGERA untuk mengelakkan kekecewaan, di sini
    bit.ly/Artcamp...
    Maklumat lanjut boleh dirujuk di website bit.ly/Artcamp...

Комментарии •