Bagaimana Singapura berubah Menjadi Negara maju? | Dato' Dr. Danial Zainal Abidin
HTML-код
- Опубликовано: 13 дек 2024
- Sebenarnya kita tidak dapat nafikan bahawa kebijaksanaan arkitek kemajuan Singapura, mantan Perdana Menterinya, mendiang Lee Kuan Yew dalam membuat keputusan dan mencatur perjalanan ekonomi negara kecil itu antara faktor utama kejayaan Singapura.
Negara Singapura benar-benar komited untuk memajukan sektor perniagaannya. Singapura terkenal dengan polisi mesra perniagaan, tiada sekatan dan rendah birokrasi. Dikatakan perniagaan boleh ditubuhkan dalam tiga jam sahaja!
Singapura juga dikatakan antara negara yang mempunyai peratusan rakyatnya bergelar jutawan paling tinggi. Singapura juga berjaya menjadi pusat pertukaran wang asing ketiga terbesar di dunia, pusat penapisan dan pengedaran minyak ketiga terbesar di dunia selain hub pembaikan perkapalan.
Mendiang Lee Kuan Yew terbukti bukan seorang yang hanya mementingkan materialistik semata-mata memandangkan proses kemajuan Singapura turut disertakan dengan pembangunan sosial dan etika.
Singapura dikatakan berjaya bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga dari segi petunjuk sosial. Walau pun ada yang berpendapat bahawa untuk menjadi negara maju maka sesebuah masyarakat terpaksa menerima masalah sosial dan jenayah yang tinggi sebagai galang gantinya, namun Lee Kuan Yew membuktikan sebaliknya.
Memerangi rasuah
Lee Kuan Yew tahu bahawa kemajuan yang beliau impikan itu akan menghadapi laluan sukar jika diganggu gejala rasuah terutama dalam kalangan pegawai kerajaan dan orang politik. Lalu beliau membanteras awal-awal gejala rasuah yang sebenarnya akan menjadi anai-anai meruntuhkan negara.
Kerana itu Singapura berada di kedudukan 10 negara terbaik dari segi Indeks Persepsi Rasuah (CPI) semenjak kali pertama indeks itu diperkenalkan oleh Transparency International. Sehingga kini Singapura masih kekal di dalam 10 negara terbaik di dunia.
Selain membanteras rasuah, Lee Kuan Yew juga memastikan agar negara Singapura menjadi negara yang bersih dengan mengenakan undang-undang yang ketat tentang kebersihan persekitaran. Sebab itu apabila kita bercakap dengan orang Singapura apabila mereka cuba membuat perbandingan sesuatu peraturan mereka akan berkata “Ini kesalahan berat ni. Sama dengan buang sampah.” Takutnya mereka dengan kesalahan membuang sampah.
Walau pun harga rumah di Singapura mahal namun kerajaan mempunyai satu sistem yang efisien dengan rakyat boleh menggunakan wang daripada Central Provident Fund (CPF - sama dengan KWSP di Malaysia) untuk membayar ansuran bulanan rumah.
Sokong Saluran RUclips Kami dengan langganan di bawah ini:
/ @realridzstudio
Atau Melalui "Buy a Super Thanks" di mana menyokong kerja media di realridz studio
(Pilih Ikon ❤️ "Thanks" sebelah ikon "Share")
Rakaman ini mengandungi hakcipta terpelihara. Sesiapa yang mengambil tanpa kebenaran, menyunting atau dengan apa jua cara adalah dilarang tanpa izin. Sebarang soalan sila e-melkan ke: realridzblog.media@gmail.com
Terima kasih!
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ikuti DATO' DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan Telegram untuk mendapatkan info kuliah yang terkini.
Untuk menyumbang bagi membantu kos pengoperasian boleh dilakukan melalui akaun bank
CIMB - 7021 2844 65 / MAYBANK - 1070 3214 5524
di atas nama Mohamad Ridzuan
e-melkan bukti pembayaran: realridzblog.media@gmail.com / WA +60124372108.
Well said Dr. Saya rakyat Melayu Islam Singapore. Saya bersyukur jadi rakyat Singapura. Negara yg punya undang2 yg baik dan fair.
betul tu....Singapura negara sekular tapi undang2 seperti undang2 Islam........tidak boleh rasuah, dll.....bersih.....dan Islam menekankan kerbesihan
Thank you very much Dr Danial. Alhamdulilllah, sebagai anak Melayu Spura, saya bangga dan kami tidak pernah dipinggirkan. Rakyat Spura yg kurang berkemampuan tak kira bangsa & agama, pasti dpt bantuan dari kerajaan. Saya doakan semoga rakyat Msyia dpt bersatu dan dlm lindungan Allah selalu. Aamiin.
Seluruh Singapura mendoakan segala yang baik buat semua orang melayu Malaysia. Kita bersaudara
Terbaik.
Amin. 🫶🤲
Aamin Yarobbalaiin🤲
Alhamdulillah.. semoga negaraku singapura terus maju pemimpin dan rakyatnya sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah Aamiiin..🤲❤
Salah satu keberkatan kita di singapore gaji kita ada potongan wakaf masjid dan pendidikan melayu islam ( mendaki) 5 to 7$ setiap bulan secara default
Alhamdulillah. Warganegara Malaysia yg bekerja di Singapura mungkin setuju bahawa mentaliti pekerja singapura lain kerana mereka lebih berdisiplin dan efficient.
Pahit diakui,tapi itulah kenyataan nya....
Betol Tuan. Org Singapura sangat takot tentang rasuah dan menolak rasuah. Undang2 walaupun menerima hadiah dari pihak lain individu ataupun syarikat ia tetap dianggap rasuah. Tiada perkataan sebagai "oh ni hadiah".
Singapore tak ada rasuah.......disiplin kakitangan nya sangat tinggi.
Mindset kne tukar & jgn asyik berpaut/bergantung & berharap bantuan dri/kpd kerajaan. Kne Bantu diri sendiri & pelajaran sgt2 la penting. Wallahualam Bissawab ❤
Assalamualaikum saudara seislam, salam dari singapore. Disini saya nak share lirik lagu "Orang Singapura" dimana kami rakyat singapura, tak kira bangsa semuanya menyanyi kan lagu ini rata² disekolah rendah singapura dalam bahasa melayu pada waktu subjek musik.. lagu ini karya Allahyarham Pak Zubir Said..
Tema lagu: "Orang Singapura"
Song writer: Zubir Said
Lyrics:
Kalau sudah jadi orang Singapura
Mesti mahu baik, berbudi bahasa
Mesti tahan lasak, kuat berusaha
Cukup tatatertib, hormat orang tua
Barulah orang segan, hormat pada kita
Bolehlah dinamakan Orang Singapura
Jikalau bekerja, janganlah kepalang
Sanggup tanggungjawab, jangan curi tulang
Taat dan setia kepada negara
Dan begitu pula pada agama
Begitu hidup kita, hidup sama-sama
Barulah kita bangsa, Orang Singapura
Bersungguh sampai jaya, jangan pura-pura
Baru orang percaya, Orang Singapura
Translate to English
Singapore ada long vision..bukan macam kais pagi makan pagi.....dia open minded...utamakan orang berkebolehan ...bukan dasar apa macam di malaysia...
Terbaik ustaz, inilah kekurangan Malaysia yang paling besar
Ceramah yg singkat membawa beribu manfaat dan kebaikan, Dr Danial 👏👏
Alhamdulillah, bersyukur saya sebagai rakyat Singapura. Disini memang tiada toleransi for rasuah. Menerima apa hadiah walau makanan sekalipun yg diberi 'client' tanda terima kasih atau penghargaan harus di declare pada org atasan (HR mgmt). Dah diterapkan pada setiap organisasi dan individu. Integrity & Honesty penting. 😊
Tebaik Dr Danial.....
Betul kata Dr. Zainal..singapura adalah negara yg pegang pada discipline dan integriti dan undang2 di sini terlalu ketat malah klau soal agama islam sini memang terbaik ikut syariah yg betul dan klau ada yg terpesong dan buat benda yg mendatang kan di haram kan..pihak pemerintah akan buat tindakan yg wajar..klau soal tidak amanah tu akan cepat di selidik dan orang yg terlibat akan di serahkan kan kepada pihak polis atau MHA..sebab tu singapura boleh maju dgn pembangunan sistem pengangkutan ke tempat pelancong dan Hospital dan jugak lapangan Changi Airport semua nya telah di bingcang dgn semua pekerja dan Honesty tu yg paling utama..klau nak di katakan Hospital ada lah senarai yg terbaik di seluruh negara dan jugak Changi Airport antara lapangan terbang antarabangsa yg selalu dapat No.1 di seluruh negara.Pihak MHA atau Polis singapura selalu akan pantau dan deploy staffs nya ke seluruh singapura demi untuk keselamatan singapura..klau soal rasuah , pemerintah tidak sesekali lepas kan dan terus selidik dan tahan sehingga bukti terkluar..
Terbaik Tuan. Semoga Allah memelihara kamu
Sebagai rakyat Singapura, melayu dan Islam, saya bersyukur apa yang diberikan.
Singapura is not perfect. It's small and boring. Tapi alhamdulillah. Negara bersih, agama tak ditindas. Bangsa melayu tak ditindas.
Misconception org bukan rakyat Singapura yang menyatakan masjid2 tidak boleh laungkan adhan kerana kerajaan Singapura tidak membenarkan adalah salah.
Itu hanya fitnah. Kerajaan Singapura tidak menhalang mana2 masjid melaungkan adhan
Saya orang Singapura 🤲
I'm a Malay Singaporean & I've always envision that what would happened to Singapore if their neighbours (Malaysia, Indonesia & Philippines ) who has abundance of Natural Resources were to be governed by competent individuals and always put the people 1st...i think Singapore won't be where we are, right now? The people who govern Singapore (though I don't really 100% to some of the Rules/Regulations) but these people are smart. They took full advantage of the situations of their neighbours and make full use to their advantages.
Food for thought...
Tq Dr Dato atas nasihat.
Tepat sekali Tuan!!! M'sia masih belum lagi mempunyai seorang pemimpin Islam yg "Gunine Muslim"! Yang lepas lepas dan yg dok ada ini semuanya pemimpin pemimpin Islam yg rhetoric dan hipokrit! Itu hakikatnya, suka tak suka itu lah wajah sebenar pemimpin pemimpin Islam M'sia la niii!!🙄
Kenyatan .dato prof..👍
Terbaik Dato.
Terbaik Dr Dato Daniel dgn hujar² Dato btl kita di ajar oleh our late LKY dan di suruh kita keja selagi kita kuat dan honesty TQVM Dato Daniel Aàmiiñ frm🇸🇬
Betul tu ust
Benar sekali Dato' Kita ada Pejabat Menteri Perumahan kita yang terdakwa memakan rasuah pada tahun 1986. Beliau sangat malu dan mengarakhiri hidup dengan Bunuh diri. Terkini ada satu puaka Menteri Pengakutan di tangkap kerana menerima rasuah buat berbelanja pribadi di tangkap kerana 27 kasus rasuah.
Kalau Najib dengan kes 1MDB pasti beliau mati berdiri dalam penjara.
Mantap Ustaz🌹
Terima kasih.
Fantastic 👍👌
Well said!
🎯..ni kaw² kasi point blank,beb..
Mmg betul pun..rasuah disemua peringkat,dari yg di atas hingga yg di bawah
..nepostime,salah guna kuasa,tidak amanah menjalankan tugas..dan lagi dan lagi..
In general terms,we are muslims but we failed Islam...badly.
Masalah nya M'sia,yg memberi menggalakkn rasuah sama bnyk dgn yg menerima rasuah.Dari pencari fail di pejabat hingga perdana menteri terpalit dgn rasuah.Yg nk dpt projek/tender plak bagi ruang/peluang beri rasuah.K'simpln, M'sia slowly akn mundur sbab rasuah dn kronism.
asyik2 sy buka chanel ni kot2 ada upload vd doc terbaru.
Most important don't mix religion with politics.
Kita sudah ada "Dasar Pandang ke Timur'. So, panduan utama dan ikutan utama kita, adalah negara Jepun dan Korea Selatan. Lebih mudah, kerana sudah lebih 30 tahun Dasar Pandang ke Timur. Kita perlu tambah baik sahaja.
Singapura, Brunei, UAE(Dubai), Finland dan lain-lain lagi adalah panduan untuk adaptasi sahaja.
Wawasan 2020 kita tambah baik dan aktifkan lagi supaya Wawasan 2030 akan jadi realiti. Wawasan 2050 adalah untuk semua generasi selepas 2020 sebab mereka adalah majoriti dan dominan nanti.
Target utama kita adalah supaya Malaysai menjadi negara yang maju, bahagia, seimbang dan berjaya. Amin.
Alhamdullillah Aamiiñ Prof say good of my Country Spore u are talking perfect Prof a clean luxury multi racial as one united people if we can wrk we still wrk hard as our LKY Terima Kaseh Prof we have to move on look forward what will be going to happend/🇸🇬🇸🇬
👍👍👍👍👍👍👍❤
PMX combat perasuah in right track, tapi ramai pejawat awam gelisah, kenape ye?.... ✌️
Well said Sir👍
Admin ada full video tu tk..
ruclips.net/user/liveSOy9YYGTOJ4?feature=share
Negara kita org politik keja dok sakaw sbb tu x maju dan xkaya sbb kena sakaw shj. Mmg ptot pmx kena keras lagi banteras sakaw oleh org2 politik dan kartel mahakaya
Hadi kata rasuah tu sedekah.
Nasib Baik jerung jib dh kene tangkap
100markhs
Negara kalau rasuah...jgn mimpi nak maju..
Betul3. Teori berbakul2 dan bercanggah sesama sendiri. Pratikkan dgn bersungguh2 baru boleh maju.
Ape yg pmxdsai buat sekarang ini ada lah betul tangkap pencacai najis rasuah jerung -2naga perlu dipenjara kan dulu.
Saya respek Singapura satu sebab saja. Bersih. Selain dr tu, betul ia maju, tapi semuanya mahal sampai nak beli rumah atau kete pun dia org tak mampu. Harap Malaysia tak mencontohi Singapore.
mane2 negara pon yg Amal rasuah xkn maju.!😢
Singapura nasib baik tiada mahathir yg jahanamkan Malaysia..
Singapore become maju kerana tak ada Malaysia akhirnya bukti pemimpin mana yang bijak mentakbir negara.Jangan cari alasan Singapore negara kecil .Belilah Cermin sendiri dulu tak malu ke pemimpin Malaysia.
Malaysia should learn from Singapore firstly dont be extremist build up the economy n development .