Taman Etnobotani, Kuala Lumpur

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 18 сен 2024
  • TAMAN Etnobotani merupakan sebuah taman kecil yang berada di dalam Taman Botani Perdana Kuala Lumpur. Ia juga merupakan salah satu daripada 18 kawasan yang akan dibangunkan bagi meningkatkan jumlah kawasan hijau di bandar.
    Selain itu, landskapnya yang cantik dan dilengkapi trek serta kawasan riadah, Taman Etnobotani pasti menjadi tarikan pengunjung dari dalam dan luar negara di samping kehadiran para penyelidik yang ingin mengetahui serta mengkaji tumbuhan di negara ini kerana ia turut dijadikan pusat konservasi dan penyelidikan.
    Dibangunkan pada 2012 hingga 2015, iaitu Fasa 2 yang melibatkan pembangunan komponen fizikal. Taman berkenaan menjadi sebahagian daripada kawasan konservasi dan pusat pembelajaran mengenai tumbuhan serta kegunaannya.
    Di sini, pelbagai koleksi spesis daripada famili Palmae, Dipterocarpacea, Leguminosae, Rubiaceae, Rutaceae dan Zingiberaceae ditampilkan.
    kredit
    Helmi Mohd Foad November 7, 2019 5:54 am

Комментарии •