Tadabbur Surah Maryam: Pendidikan Kekeluargaan (Siri 1)

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 19 окт 2024
  • NOTA SIRI 1 : PENGENALAN SURAH
    1. Hikmah surah ke 44 turun kepada Nabi SAW
    kepentingan beransur-ansur (jangan gopoh) dan mempelbagaikan pendekatan pendidikan (jangan jumud)
    “right words at the right time to the right persons”
    ibrah ayat 64 surah Maryam ialah hargailah rezeki masa bersama al-Quran kerana kita tidak tahu apa akan berlaku di hadapan
    2. Tema surah ini ialah peringatan tentang besarnya Rahmat dari Allah al-Wahib (Maha Pemberi)
    tidak lagi kerap berdoa atau bosan berdoa petanda putus asa dari rahmat Allah SWT
    musibah yang menimpa negara barangkali untuk menguji kepada siapa kita bergantung, mengembalikan kita kepada agenda berdoa dengan bersungguh-sungguh dan tidak main-main, duduk ibadah dalam rumah sepatutnya menambah ikhlas kita kerana tiada siapa memerhatikan kita
    hikmah ayat 2 dan ayat 3 dipisahkan agar difahami bukanlah tujuan utama surah sekadar pengkisahan Nabi Zakariyya, tetapi Nabi dan kita ummatnya apabila diuji, maka surah ini menghadirkan jawapan, rahmat dan rezeki Allah
    agar doa mustajab, jauhilah manusia semasa berdoa dan bangunlah semasa manusia lena kerana Nabi Zakariyya dimustajabkan Allah doanya dan dirakamkan al-Quran di waktu puncak keikhlasan
    makna ikhlas seperti air susu baru diperah tidak mengalami percampuran dengan apa-apa najis atau isi perut, maka semakin Allah uji, semakin kita perlu ikhlas
    3. Surah diturunkan menjelang hijrah ke Habsyah
    fasa dakwah sangat mencabar kerana adanya bahaya besar menunggu di luar iaitu pembantaian dan penyeksaan
    tiada sebaik-baik tempat mengadu ialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Gagah
    al-Quran semakin kerap dibaca apabila kita rasai adanya bahaya menunggu di luar agar kita dapat kekuatan Allah berada di pihak kita, memberi perhatian kepada kita, mendapat keyakinan untuk tidak cepat bersangka buruk kepada Allah sebagaimana cara pandang kehidupan Nabi Zakariyya yang terserlah dalam doa
    4. Surah yang mengajar erti sebenar kehambaan
    Allah perkenalkan Nabi Zakariyya sebagai hamba sebelum selainnya
    konsisten surah ini menyebut hamba dan kehambaan di pelbagai konteks (ayat)
    mesej yang konsisten dari ayat pertama surah sebelumnya, al-Kahfi dan al-Isra’
    Jadilah hamba sebelum meminta, istighfarlah dahulu sebelum berdoa
    bukan hamba Allah bukanlah sekadar menyembah berhala, tetapi menyembah syaitan
    hamba syaitan ialah mereka yang putus asa dari rahmat Allah dan berhenti meminta kepada-Nya
    5. Bergantung harap sepenuhnya kepada Allah bukan makhluk, janganlah disalahfahami sebagai tidak pergi ke klinik apabila ada tanda-tanda sakit. al-Quran di banyak tempat menegaskan ikhtiar sebelum tawakkal dan mencari pakar-pakar kerana mereka mungkin asbab dari musabbab, Allah beri kesembuhan.
    Wallahu a’lam.
    Ikuti kami di media sosial untuk perkembangan terkini
    Facebook: / tadabburcentre
    Instagram: / tadabbur_ce. .
    Telegram: t.me/tadabburc...
    Website: www.tadabburce...

Комментарии • 6