Gunung Ledang
HTML-код
- Опубликовано: 9 фев 2025
- Mendaki Gunung Ledang dari Asahan, Melaka sememangnya suatu pengalaman yang menarik . Apatah lagi bertemankan rakan-rakan si pelari denai.
Laluan yang begitu mencabar adrenalin, sedar tidak sedar 2 jam 30 minit penulis sudah tiba di puncak yang amat mengundang ketenangan jiwa tatkala melihat panorama dari puncak si puteri legenda itu.
Jika anda ingin mendaki ke gunung berketinggian 1,276 meter itu sebenarnya terdapat beberapa laluan dan dua paling popular ialah dari Asahan di Melaka atau menerusi Sagil di Johor.
Namun, tidak kisah laluan mana pun, puncak itu terletak di Johor dan ia adalah gunung tertinggi di negeri berkenaan.
Uniknya, ketika anda berada di puncak Gunung Ledang ialah kedudukannya yang dapat melihat tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.