Pengarah Urusan DBI Properties Boy Iman Boboiboy Ditahan Bantu Siasatan Polis

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 4 окт 2017
  • Pengarah Urusan DBI Properties Boy Iman Boboiboy Ditahan Bantu Siasatan Polis
    Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Nuruliman A Rahman atau dikenali Boy Iman ditahan polis bersama dua lagi suspek utama di Ampang dan Setapak bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai 6.2 juta ringgit, semalam.
    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.
    Berdasarkan siasatan yang dijalankan, didapati syarikat ini menawarkan rumah kepada pembeli dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran iaitu sekitar 60 ribu ringgit, untuk sebuah rumah banglo berkeluasan seribu 650 kaki persegi.
    Tambah Acryl Sani, kesemua suspek sedang direman selama dua hari bermula hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Комментарии •