Misi Bantuan Banjir 5.0
HTML-код
- Опубликовано: 21 ноя 2024
- Pada Khamis, 14 November 2024, Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda (PKU) telah melaksanakan Misi Bantuan Banjir 2024 untuk membantu mangsa banjir di kawasan Mukim Siong Baling, Kedah.
Misi kali ini melibatkan seramai 16 orang sukarelawan dari NGO PKU yang bersama-sama menyampaikan bantuan kepada 106 keluarga yang terkesan akibat banjir di Kg. Siput, Kg. Bandar, Kg. Baru, Kg. Lalang, Kg. Pokok Setol, Kg. Kota dan Kg. Cenerai.
Antara barangan yang disampaikan adalah storage box,makanan asas dan peralatan kebersihan. Sukarelawan yang terlibat berusaha memastikan setiap keluarga yang terjejas menerima bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung mereka.
Kami di PKU ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua sukarelawan dan petugas yang terus bersemangat membantu mangsa-mangsa banjir. Terima kasih juga kepada para penyumbang yang telah memberikan sumbangan ikhlas kepada misi ini. Bantuan yang disalurkan ini amat bermakna buat mangsa-mangsa banjir dalam mengharungi saat-saat sukar.
Semoga usaha ini mendapat keberkatan dari Allah SWT dan menjadi contoh solidariti serta semangat setiakawan dalam kalangan kita semua. Kami berdoa agar mangsa-mangsa banjir diberikan kekuatan untuk bangkit semula. Teruskan menyokong misi-misi kebajikan kami dan bersama-sama kita menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
#MisiBantuanBanjirKedah