Bantulah Masjid Al-Aqsa, tetapi ingatlah...| Habib Umar Bin Hafidz

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 7 сен 2024
  • Istiqamahlah didalam kebaikan dan amal soleh, Sesungguhnya kerugian sebenar apabila kita menjadi lilin yang memberi cahaya kepada yang lain akan tetapi membiarkan diri sendiri terbakar.
    Jangan lalai terhadap perkara yang di fardhukan Allah kepada kita, jangan meninggalkan solat lima waktu, jaga hubungan silatturrahim dengan keluarga, perhatikan juga tanggungjawab kita terhadap orang-orang yang memerlukan bantuan yang dekat dengan kita, jangan meninggalkan Al-Quran dan usaha melakukan segala amalan yang soleh, serta terus berjuang untuk istiqamah menjauhi segala perbuatan dosa.
    Orang yang benar-benar berjuang adalah dia yang setiap hari berusaha memperbaiki dirinya agar menjadi hamba yang di cintai Allah dan RasulNya, tidak di kawal oleh hawa nafsu yang memerintah diri untuk terus melakukan perbuatan dosa.
    Janganlah kita menjadi orang yang sibuk riuh sana dan sini, akan tetapi masih terbelenggu dengan segala macam jenis dosa-dosa besar, masih meninggalkan solat dan sebagainya, bukankah segala dosa yang kita terus lakukan itu akan menjadi sebab Suul khatimah dan Bala kepada ummat?
    Ingatlah, saudara kita yang sedang diuji, mereka yang meninggal didalam keadaan syahid pasti Allah akan diberikan Allah kedudukan yang mulia buat mereka kelak inshaAllah.
    Bantulah apa yang kita mampu buat mereka, tetapi ingatlah sesungguhnya syaitan dan nafsu yang jahat akan terus menjadi musuh terdekat kita untuk merosakkan kita.
    Semoga Allah melindungi kita dan menlindungi seluruh ummat islam dimana sahaja mereka berada, di jadikan kita orang-orang yang layak mendapat husnul khatimah inshaAllah, dan di kumpulkan kelak Bersama Rasulullah Saw. amin.
    Alfaqeer Nael Ben Taher
    #habibumarbinhafidz
    #habibnaelbentaher
    #baitulmaqdis
    #masjidalaqsa

Комментарии • 1

  • @ucuptepong6204
    @ucuptepong6204 Год назад

    🤲❤❤❤❤اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ