Cara pruning yang betul durian 3 tahun membentuk dahan buah.

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 9 сен 2024
  • Assalamualaikum dan salam sejahtera..
    Video kali ini saya melakukan pemangkasan atau apa yang di panggil pruning terhadap pokok durian musang king san duri hitam yang berumur satu 3 tahun lebih. Pemangkasan dalam proses memelihara pohon buah dilakukan untuk membentuk tajuk pohon yang indah serta merangsang pertumbuan buah di beberapa jenis pohon buah tertentu. Sebelum ini saya beberapa kali mengeluarkan video untuk penrkongsian bersama seperti link2 di bawah..
    Cara pemangkasan / pruning durian umur 1 tahun 8 bulan
    • Cara pemangkasan / pru...
    Penerangan lengkap cara pemangkasan pokok durian. How to pruning durian tree. top pruning.
    • Penerangan lengkap car...
    Pemangkasan pohon durian dilakukan untuk mendapatkan pertumbuhan dan mengoptimalkan produksi tanaman. Pemangkasan pohon durian juga berfungsi untuk memudahkan proses pemeliharaan. Prinsip pemangkasan pohon durian dilakukan dengan membuang cabang atau ranting yang tidak bermanfaat, merangsang munculnya tunas vegetatif pada ranting-ranting yang sebelumnya sudah berbuah, dan mengendalikan pertumbuhan tanaman yang berlebihan serta mendukung kontinuitas produksi.
    Lakukan pemangkasan pada tanaman yang sudah memasuki usia produktif pada cabang atau tunas liar. Pangkas cabang yang bersudut kecil, cabang dan ranting yang terkena hama dan penyakit, lalu bakar cabang dan ranting tersebut.
    Pangkas dahan dan ranting yang tumbuh rapat, bersilang, atau tersembunyi/terlindungi untuk mengurangkan penyebaran penyakit. Selama proses pertumbuhan, Anda dapat menyingkirkan tunas-tunas liar yang tumbuh di sekitar dahan.Pemangkasan sebaiknya dilakukan dengan menggunakan gunting pangkas untuk ranting atau Anda dapat menggunakan gergaji pada batang yang besar.
    Pjemangkasan pembentukan batang utama di awal pertumbuhan Penting dilakukan seperti pemangkasan penjagaan iaitu dengan membuang tunas-tunas air yang tidak produktif, mati dan berpenyakit serta mampu untuk mengurangkan penggunaan racun kimia. Ini kerana diantara tujuan pemangkasan ini ialah bagi membentuk dan mengawal pembentukan pokok, membuang tunas air yang tidak produktif, reput, berpenyakit dan mati, memberikan ruang pengudaraan yang baik pada pokok serta mengalakkan pengeluaran buah yang banyak, berkualiti dan baik. Ini kerana hanya pokok durian yang mampu hasilkan durian berkualiti termasuklah adalah dengan mempunyai satu batang utama (batang utama tidak bersifat co-dominant)
    Kesannya pokok mudah tumbang apabila ditiup angin yang kencang. Sebaiknya juga dahan-dahan utamanya tidak bersentuhan atau bergesel dengan batang utama pada pokok durian. Jika diperiksa bukan dahan yang berada dibahagian bawah sahaja tetapi dahan dibahagian tengah pokok tau atas perlu dibuang jika menghalang sinaran cahaya matahari. Pokok duria yang mempunyai dahan-dahan yang bersaiz dua pertiga lebih kecil berbanding saiz diameter batang utama pada pokok durian perlu dilatih pembentukkannya.
    Dahan-dahan tersusun kemas dan tidak terlalu rapat antara satu sama lain. Sebaiknya bagi jenis dahan mendatar dan kemas dan ia tidak bersentuhan serta mendapat cahaya matahari yang cukup untuk mengelak kulat bersarang pada pokok. Jika kurang pengudaraan dan lembab maka kulat boleh datang dan menyebabkan pelbagai penyakit seperti kanker batang dan sebagainya.
    Hanya dahan berbentuk yang horizontal ditinggalkan sementara dahan kearah vertikal dibuang. Bagi tujuan pemdapatkan keseimbangan pokok juga sebaikny dilihat sekeliling pokok dari bawah dahulu dan tentukan ranting atau dahan mana hendak dibuang. Cantasan pembentukkan durian perlu dijalankan dari peringkat awal pertumbuhan iaitu dari tahun pertama ditanam. Dahan paling bawah adalah sekitar 75 - 80 cm dari tanah dan biarkan 5 - 6 dahan berikutnya untuk membesar . Bagi mendapatkan bentuk pokok durian yang baik, potong batang utama pada cabang selepas cabang yang ke 5 - 6 pokok tersebut. Aktiviti cantasan ini akan menyebabkan dahan yang ditinggalkan akan membesar.
    Dahan yang ditinggalkan ini akan menjadi dahan utama yang akan menghasilkan buah durian kelak. Bagaimana pun kita perlu sentiasa membuang tunas baru di bahagian pucuk yang akan tumbuh setelah pucuk dibuang. Jika tidak dibuang tunas tersebut, ia akan membesar dan menjadi pucuk baru yang terus tumbuh tinggi
    #durian #pruning #pemangkasan #musangkingdurian

Комментарии • 22