Semoga kita kelak dapat bersama Nabi Muhammad | Habib Umar Bin Hafidz

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 18 окт 2024
  • عنْ أَنَسٍ ـ رضى الله عنه ـ أَنَّ رَجُلاً، سَأَلَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم عَنِ السَّاعَةِ،
    Daripada Anas bin Malik, bahawa seorang lelaki bertanya kepada Nabi Saw tentang hari kiamat.
    فَقَالَ مَتَى السَّاعَةُ ؟ قَالَ: ‏"‏ وَمَاذَا أَعْدَدْتَ لَهَا؟ ‏"‏‏.‏
    Lelaki itu bertanya: Bilakah akan berlakunya hari kiamat?
    Baginda Saw menjawab: Apa yang telah engkau persiapkan untuk menghadapinya?
    قَالَ لاَ شَىْءَ إِلاَّ أَنِّي أُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ صلى الله عليه وسلم‏.‏
    Lelaki itu menjawab: Aku tiada apa-apa persediaan melainkan aku mencintai Allah dan Rasulullah Saw.
    فَقَالَ ‏"‏ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ ‏"‏‏.‏
    Baginda menjawab: Engkau akan bersama dengan sesiapa yang engkau cintai.
    قَالَ أَنَسٌ: فَمَا فَرِحْنَا بِشَيْءٍ فَرَحَنَا بِقَوْلِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم: (أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ)،
    Sayyidina Anas berkata: Tidak pernah kami berasa sangat gembira dengan sesuatu sebagaimana gembiranya kami dengan kata-kata baginda: “Engkau akan bersama dengan sesiapa yang engkau cintai.”
    قَالَ أَنَسٌ فَأَنَا أُحِبُّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم وَأَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ، وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ مَعَهُمْ بِحُبِّي إِيَّاهُمْ، وَإِنْ لَمْ أَعْمَلْ بِمِثْلِ أَعْمَالِهِمْ‏
    Sayyidina Anas berkata: “Aku mencintai Nabi Saw, Sayyidina Abu Bakar, dan Sayyidina Umar.
    Aku berharap agar aku dapat bersama mereka disebabkan cinta ku kepada mereka, walau amalanku tidak seperti mereka. - HR Bukhari & Muslim
    Beginilah keadaan para orang-orang yang soleh pada setiap waktu, keinginan terbesar mereka adalah agar Allah dapat kumpulkan mereka Bersama Rasulullah Saw kelak. Semoga kita tergolong dari golongan yang mulia itu. Amin
    #habibumarbinhafidz
    #habibnaelbentaher
    #tarim

Комментарии • 1