KHASIAT DAUN MALIALAM ATAU POKOK KAPAL TERBANG. MEMBUAT MINYAK PATI

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 10 сен 2024
  • Assalamualaikum.
    hari ini nak share kegunaan atau maklumat tentang pokok kapal terbang atau malialam atsu panca alam ini. 👇
    Klasifikasi
    Family: Asteraceae
    Genus: Chromolaena
    Species: Odorata
    Nama Saintifik
    Chromolaena odorata
    Nama Lain
    Kapal terbang (Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, Pahang), panca alam (Pahang), pokok Jerman.
    Penemuan Dan Kajian Saintifik/Akademik
    Kajian yang dijalankan menunjukkan kehadiran bahan fitokimia phenols yang mempunyai sifat anti oksidan yang tinggi. Kandungan alkaloid ditemui pada ekstrak daun.
    Pokok kapal tebang mempunyai aktiviti anti-bakteria, anti-protozoa, anti-fungal, anti-hipertensi, anti-radang, diuretik, hepatotropic, anti-kanser. Aktiviti anti radang yang tinggi dalam tumbuhan ini menunjukkan kesan penyembuhan luka yang cepat berlaku.
    Anti-radang yang berlaku boleh menghalang pembentukan bahan radikel bebas yang berpotensi untuk menghasilkan sel kanser.
    Analisis dilakukan ke atas luka yang dirawat menggunakan pokok kapal terbang meningkatkan sintesis kalogen, yang membolehkan luka cepat sembuh.
    Ingredien Aktif.
    Ingredien aktif wujud seperti alkaloids, tannis, flavanoids, phenols, saponin, asid organik
    Farmakologi Tradisional Pokok Kapal Terbang
    Di Vietnam, pokok kapal terbang digunakan untuk rawatan gigitan pacat, jangkitan kulit, ruam, diabetes dan penghalau serangga.
    Daunnya selalu digunakan untuk menghentikan pendarahan dan menyembuhkan luka.
    Eupolin merupakan produk yang dihasilkan dan mendapat lesen dari kerajaan Vietnam bagi tujuan rawatan kecederaan tisu. Rebusan akar digunakan sebagai remedi bagi anti-piretik, analgesik. Ekstrak daun kapal terbang dengan garam digunakan sebagai kumuran untuk sakit tekak dan selsema.
    Di Malaysia, ia digunakan untuk meredakan kembung perut, gatal kulit dan cirit birit pada bayi. Digunakan juga untuk mengurangkan jerawat, meredakan bengkak, merawat kecacingan, kayap, kudis, meredakan demam panas, mandian bagi ibu selepas bersalin, menjarakkan kehamilan, ramuan minyak urut, merawat buasir dan mengawal aras glukosa di dalam darah.
    Cara Guna (Perubatan Traditional)
    1) Mengurangkan Jerawat
    Daun kapal terbang dicampurkan bersama dengan dukung anak dan bawang merah. Ramuan dibasuh bersih dan direbus sehingga mendidih. Letakkan di dalam besen dan wapkan pada bahagian muka (Kedah).
    2) Meredakan Bengkak
    Segenggam daun kapal terbang ditumbuk sehingga lumat, ditampal dan dibalut dengan kain. Kemudian ditungku dan dituam pada tempat yang bengkak (Terengganu).
    3) Melegakan Sakit Lutut
    Tumbuk daun kapal terbang, ibu kunyit dan halia merah bersama dengan sedikit kapur, beras dan air. Balut pada tempat yang sakit (Terengganu).
    4) Melegakan Kembung Perut
    Keseluruhan pokok kapal terbang dicincang halus dan direbus. Air rebusan diminum satu sudu teh (Kedah).
    5) Merawat Kecacingan
    Akar kapal terbang yang segar ditambah dengan sedikit garam dan direbus. Air rebusan diminum dua kali sehari pada waktu pagi dan waktu malam hingga sembuh (Kedah).
    6) Merawat Kayap
    Lima helai daun kapal terbang dicampurkan dengan secalit kapur. Sediaan disapukan pada tempat yang terkena kayap pada waktu pagi selama tiga hari berturut turut (Selangor).
    7) Merawat Kudis
    Daun kapal terbang diupar dengan sedikit kapur hingga mengeluarkan lendir. Lendir disapukan pada kudis sekali sehari atau sediaan ditempelkan pada kudis dua kali sehari selepas mandi (Kedah).
    8) Kesan Sampingan
    Mempunyai kesan sampingan seperti mual, pening kepala, sakit perut, muntah disebabkan kandungan pyrolizidin yang tinggi terutama pokok muda
    (Hellodoktor.com).
    Sumber Rujukan
    Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan, Jilid 2, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Комментарии • 10