INANG LENGGANG KANGKUNG - 2ND RUNNER UP FESCO 2022 TARI KREASI KANAK-KANAK - TINGKAH MASYHUR
HTML-код
- Опубликовано: 5 фев 2025
- Karya: INANG LENGGANG KANGKUNG
Muzik: Lenggang Kangkung Remix
1. 2ND RUNNER UP NEW CREATION CHILDREN DANCE by Caaalil Aziz
Tarikh/Tempat: 01/10/2022 - Universiti Teknologi Petronas
Artis Cilik: Tingkah Masyhur - Murid SK Puncak Alam (2)
Sinopsis:
Terbentang luas hijaunya bumi,
Lenggang kangkung ikut irama,
Kepada tanah kita berbudi,
Raikan semua hasil bersama.
Inang Lenggang Kangkung adalah sebuah tarian kreasi baharu yang berasaskan daripada pergerakan dalam tarian Inang seperti gaya tangan menghayun, gerakan asas menapak dan petik bunga. Tarian ini telah mendapat inspirasi daripada suasana dan persekitaran sewaktu aktiviti bercucuk tanam. Pergerakan dalam karya ini telah diolah daripada cara perbuatan dan peniruan sifat tumbuhan yang sedang melambai-lambai ditiup angin seperti gerakan Lenggang Lambai, gerakan Mencangkul dan gerakan Mencantas. Tari kreasi baru ini bukan sahaja memaparkan bentuk tari asalnya tetapi ia juga telah dikembangkan dengan bentuk koreografi masa kini mengikut keperluan sebuah garapan penciptaan dalam karya kreasi baru tari kanak-kanak.
“LENGGANG LENGGANG KANGKUUUNGGG, KANGKUUUNGGG, KANGKUUUNGGG…”
Artis Cilik: Asyraf, Wafri, Iman, Aish, Haris, Ameena, Hamra, Ayu, Nazneen, Qaisara, Izdihar dan Farrah.
Terbaik!!!
One of my fav piece ❤, congrats sk puncak alam 2 👍🏻
Saya Ashraf, Im glad we got 3rd place. I enjoyed my time there. It was all about enjoying that time that's what teacher sharil said also thanks to the teachers for bringing us a road trip and thanks to cikgu sharil for teaching us without him our school wouldn't be here.
Hai saya Ayu, walaupun dapat nombor 3, saya tetap bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana menganugerahkan kemenangan untuk kami😊❤😊
Lovee❤❤❤❤