Kek coklat kukus tanpa telur | Sedap dan Mudah tanpa mixer
HTML-код
- Опубликовано: 9 фев 2025
- Kek coklat kukus tanpa telur Hi semua , kali ini Malaykitchen suka nak berkongsi resepi kek coklat kukus tanpa telur. Jangan risau kalau di rumah tak ada telur sebab masih boleh buat kek coklat dengan resepi ni. Selain tu mungkin ada diantara kita yang alah pada telur , terutamanya kanak- kanak jadi bolehlah kita buat sendiri kek coklat kukus tanpa telur. Proses memasak secara kukus yang cepat dan menggunakan bahan yang mudah. Mesti cuba ya.
Bahan-bahan kek coklat kukus tanpa telur:
0:00 Resepi kek coklat kukus
0:25 Cara buat kek coklat kukus
3:00 Hasilnya kek coklat yang cantik dan sedap
1 cawan gula
1 cawan susu cair
2 sudu besar cuka masakan
1/2 cawan minyak masak
1 cawan (110-125gram) tepung selfraising
Sedikit garam
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3/4 cawan serbuk koko
Cara-cara:
1. Campurkan susu cair dengan cuka dan biarkan ia sebati selama 10 minit.
2. Kemudian di dalam sebuah bekas masukan gula, minyak masak dan campuran susu cair dan cuka. Whisk sebati semua bahan ni sehingga gula larut.
3. Selepas itu boleh masukan bahan kering ( tepung, serbuk koko, garam dan soda) dan kacau sebati semua bahan.
Tips : Jika tiada selfraising flour boleh gunakan tepung gandum + 1 sudu teh baking powder).
4. Isikan adunan kek ke dalam acuan kuih lompang . Isikan 3/4 daripada penuh acuan.
5. Kukus dengan api sederhana selama 20 minit.
Mohon Follower MALAY kitchen SUBSCRIBE RUclips kami :
/ malaykitchen
Laman web rasmi MALAY kitchen:
malaykitchen.my
Telegram MALAY kitchen :
t.me/malaykitc...
Tiktok MALAY kitchen :
/ malaykitchen
Muzik oleh : Ikson
/ ikson
#malaykitchen #kekcoklat #kekcoklatkukus
Mesti cuba ye..mudah dan pastinya sedap..anak2 pasti suka
tlong bagi resepi di description box spya snang mhu rujuk ...tQ
@@claracarmela95 i]
Ya...tentu cuba mudah kan
Guna tepung gandum boleh kn sis??
Saya cuba buat... Tapi kek tu lekat kat acuan... Kenapa eh?
Saya cuba resipi ni selepas beberapa kegagalan. Last2 saya belajar tricknya adunan kena pekat. Hasilnya lembut, gebu dan ringan. Api pun kena sederhana jer. Loyang diwajibkan dioles minyak byk2 sebab kek ni lembut sangat2 dan mudah pecah masa nak keluarkan. Terima kasih Manja.
Saya sudah cuba.. menjadi, sedap dan lembut sangat².. terima kasih kongsi resepi.. ☺️
Alhamdulillah trimakasih atas resepi nya yg tidak menggunakn telur❤
Terima kasih share resepi tnpa telur sb ank 2nd sy alergik telo
Wah cantiknya sadap nampak tq kongsi resepi 👍 nanti saya cuba buat
Alhamdulillah.. resepi baru..Sy dah cuba resepi kek pisang kukus Alhamdulillah menjadi. Terima kasih
Terima kasih sudi mencuba. 🙂
Yummy food dear friend 😋👌👍👏💖
MasyaAllah super nyoklat dan sedap... wajib dicuba nih...
mesti cuba 😊
Mesti Cuba 😍
Hi Malay kitchen thank for your sharing l m a vegetarian now got nice cake and kueh kueh from your recipe l like so much yummy 😘👍
Most welcome and we feel great you like it. tqvm
Minta halal resepi nya ye❤❤
Ok..tq share resepi
Alhamdulillaah. Mohon share. Terima kasih
Nak Cuba lah resepi ni. Terima kasih Manja berkongsi cara Dan resepi nya. Semoga ALLAH murahkn rezeki Manja lagi. Terbaik Manja 👍♥️🤗.
Terima kasih
tq resepi nya...tepung nya blh ke guna tepung biasa...
Dah sejuk hiasakn atas nya dgn buttercream lg cantik kan...pasti bdk2 suka...
Assalammualaikum. Terima kasih banyak.
Sis boleh guna oven untuk baking cake ini
alhamdulillah, boleh cuba resepi ni...tq min
Alhamdulillah
Yummy 😋
Nak try lah.. temksh manja 😘
Boleh.. sama-sama 🤗
Hi manja. Blh guna butter milk instead of susu cair? If can sukatan sama 1 cawan.
Ada buttermilk mcm kek red velvet😊
time puasa baru nk buat 😂
Bulan puasa lebih bersemangat 😀
Tanpa cuka boleh ke
Guna tepun naik sndri atau tepung biasa blh x
Susu cair Dalam tin atau fresh milk?
Kenapa letak cuka ya
Apa fungsi cuka makan tu ya?
Salam apa²bahan nya
Klu guna gandum letak baking powder.jd soda bikarbonat tu xyah ke😊
Stahu sy klau guna tepung gandum kena ltk dua2..ni sb dy guna tpg self raising
Soda tetap kena masukan 🙂
Manja.auan kecik tu berapa biji dapat ye.
Lebih kurang 18-20 biji
Assalamualaikum nk tanya.. cuka masak tu kalau tkde kne gnti kn dgn apa ye?
Hi manja, sy follower baru😘. Nk tanya klu blend semua bhn tu boleh x instead of kite gune whisk.
Tak boleh blend macam kuih lapis sebab adunan kena pekat. Lebih2 lagi ada baking powder dan soda, tak boleh OVERBEAT. Nanti kek kecut dan tak naik.
Senangnya resepi kek coklat, yg cuka tu boleh tukar ke? Selain cuka boleh letak apa ye ? mohon sharing resepi ini ye, semoga Cik Manja dimurahkan rezeki yg melimpah ruah... Aamiin yra 🤲
Perahan Lemon
@@fatimahmatghani5110 ooo ok terima kasih 🌹🥰
Boleh tak, nak tahu, pasal susu campur cuka tu? Kalau x letak cuka jd x?
Y3lah.. sebb xleh mkn cuka.. klu xletak ada beza tak?
Mintak halal resepi ya sis Manja, terima kasih
Halal inshaAllah semoga bermanfaat
Cuka biasa ke sis
Betul. Cuka makan tu
Cuka masakan tu ape sis ?
cuka biasa sj..
Kalau xde tpung naik sndri.. Guna baking powder boleh x??
Guna ni:
Tepung gandum 1 cup
Baking powder 1 1/2 tsp
Garam 1/4 tsp
Kalau pakai tepung gandum biasa boleh tak mohon respon
Kena letak baking power baking soda ka
Manja
Guna tpg gandum ok x
Kene tambh baking powder x
Boleh.. tambah baking powder 1 sudu teh. Ayak dulu ya.
@@malaykitchen kene try ni
Bhn pun simple
Tq manja share resepi
@@malaykitchen kalau guna tepung gandum + baking powder perlu tmbh sodium bicarbonate tak?
Maaf nak tanya . Kek ni tahan lama ye kat suhu bilik ?
Tahan sehari la sebab tak ada pengawet. Kalau ada lebihan masukan dalam peti ais jer.
Assalamualaikum sis sy nk tnye blh ke tuang cklt cair ats kek...
Boleh...lebih sedap dan menarik.
Dpt bp biji kekye?
Lebih kurang 18-20 biji.
Knp sy letak cuka dalam susu tu xjadi berketul mcm tu ek
Xpe..asalkan dah biar lebih kurang 10minit.. inshaAllah tetap jadi.
@@malaykitchen oo... Ingtkn sy letak cuka sikit.. Tmbh punya tmbh, lembikkkk jadinya 🤣🤣xpe, nnti nak cuba lagi
nk tnye..klu gnti cuka + susu tu, dengn yougurt plain, sukatan same jgk ke?
Kalau nak ganti, cuba
Yogurt 1/2 cup
Susu 1/2 cup
Limau 1 tbsp
Apa pun, adunan tepung kena la pekat.
kalau susu sejat ganti dengan susu full cream yg kotak tu boleh tak?.. susu sejat xdak kt rumah 😂
Boleh juga..🤗
@@malaykitchen baik. masa nak tanggalkan dari acuan tu, masa suam2 ka sis? sebb saya tinggal lama jugak dalam acuan, dia melekat.. tpi ada yang elok licin 😂😅
Dpt berapa pcs ye adunan ni?
Utk adunan ni boleh dpt 18-20 biji.