Butterfingers - Daulat Tuanku

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 19 окт 2024

Комментарии • 51

  • @saifulnizam-qg5fh
    @saifulnizam-qg5fh Месяц назад

    Suka dgr lagu ni entah kenapa..2024 pun mcm baru lg lagu ni..

  • @khairulhamdan9987
    @khairulhamdan9987 6 лет назад +55

    Loque, Kadak dan tiga rakan mereka iaitu Cop, Ayul dan Bobo berusia 14 tahun dan bersekolah di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada 1991. Fitrahnya seperti remaja lain, muzik memang banyak memberi pengaruh utama sebagai medium untuk merehatkan fikiran atau lebih tepat untuk melepaskan geram. Lima remaja itu nyata mempunyai minat mendalam bukan daripada sekadar mendengar muzik tetapi mereka mahu menghasilkan muzik mereka sendiri.
    Loque's Tail - Itulah nama awal kumpulan mereka dan setiap kali tibanya Sabtu serta Ahad, kelima-lima remaja itu akan keluar dari asrama mereka dan menuju ke pekan Kuala Kangsar untuk untuk bermain muzik atau "jamming". Zai Am Studio di Kuala Kangsar menjadi saksi kepada aksi Loque's Tail dengan lagu heavy metal mereka. Ketika itu lagu daripada Metallica seperti Ride The Lighting, Master Of Puppets dan Fade To Black menjadi pilihan mereka.
    Pada tahun 1992 pula menyaksikan minat mereka semakin mendalam dan mereka mengakui album kedua kumpulan grunge popular dunia, Nirvana yang berjudul Nevermind melahirkan inspirasi yang begitu utuh untuk mereka bermain muzik. Setahun selepas itu Loque' Tail sah bergelar sebuah kumpulan Punk. Kalai menyertai kumpulan itu setelah Cop dan Bobo berundur. Mereka hanya tinggal berempat dan tidak lama kemudian Ayul pula mengundur diri.
    Mereka hanya tinggal bertiga dan Loque menjadi vokalis serta gitar utama, Kadak selaku pemain bass dan Kalai bermain dram. Walaupun bertiga, mereka gah dengan muzik grunge mereka dan aksi mereka bertambah hebat di studio jamming dengan lagu Sex Pistol dan Nirvana.
    Pada pertengahan 1993, Loque pulang ke Kuala Lumpur untuk bercuti lalu menjengah sebuah studio jamming di Petaling Jaya dan Loque telah terpikat melihat aksi Emmett sedang asyik bermain gitar dan menyanyi di studio Black Widow. Emmett ketika itu adalah pemain gitar utama kumpulan Grunge Dayz memikat Loque ketika sedang beraksi dengan lagu popular kumpulan Red Hot Chilli Peppers iaitu Under The Bridge. Loque tertarik dengan kelebihan bakat yang dimiliki Emmet dan mencabar Emmet dan kumpulannya, Grunge Dayz untuk bertarung dalam 'Jamming Showdown' dan bermain muzik bersama.
    Mereka seolah-olah telah ditakdirkan kerana tidak beberapa lama kemudian Emmett meninggalkan Grunge Dayz dan bersetuju untuk beraksi bersama Loque dan sekaligus bercadang untuk menghasilkan kaset demo. Loque ketika itu sudah mempunyai dua buah lagu iaitu Girl Friday dan Nicotine. Loque dan Emmett kemudian buat pertama kali jamming di studio Black Widow dengan dua buah lagu tersebut.
    Sebelum menduduki peperiksaan SPM pada 1994. Loque membawa Kalai menemui Emmett dan sekali lagi mereka jammming di studio berkenaan. Dalam pada itu, mereka tidak pernah melupakan soal pelajaran. Mereka ketika itu memang sudah dikenali sebagai Butterfingers, nama yang diberikan oleh Loque. Mereka jelas mudah menjinakkan muzik dalam diri kerana tidak lama selepas itu, Butterfingers mula dikenali di ibu kota dan sering dijemput dalam beberapa persembahan kecil dan gig.
    Demo tape yang diberi nama "1 goat, 2 apples and 16 oranges" telah menjadi titik permulaan kepada Butterfingers dan menaikkan nama mereka di kalangan peminat muzik "underground" Malaysia pada ketika itu. Demo ini menampilkan persembahan dan tenaga mereka yang banyak dipengaruhi oleh era Grunge pada ketika itu. Suara Emmet menyerupai suara Kurt Cobain dan ramai peminat pada mulanya menyangka bahawa Nirvana telah mengeluarkan album secara tidak rasmi.
    Persembahan pertama mereka ialah di Cobra Clubhouse di Petaling Jaya. Mereka menerima pujian demi pujian sebaik sahaja selesai persembahan itu dan ia menyemarakkan lagi semangat Butterfingers kerana persembahan itu merupakan medan bagi Butterrfiners. Butterfingers lalu merakam demo tape di FM Studio pada 1995. Mereka merakamkan 7 buah lagu yang semuanya di cipta oleh Loque. Demo tape tersebut di jual secara underground dan lama-kelamaan, Butterfingers makin popular. Aksi mereka di gig Moderate Rock di kelab Picadally pada 1 Mei 1995 meninggalkan kesan begitu mendalam kerana ada yang berpendapat Butterfingers mempunyai masa depan yang cerah dalam arena muzik.

    • @faizalbain8927
      @faizalbain8927 5 лет назад +1

      Nk tnya bang,kolej melayu k.kangsar tu nama lama maktab perguruan k.kangsar ke

    • @apecyahya2387
      @apecyahya2387 5 лет назад +2

      Bukan rasanya tp kolej melayu kuala kangsar or MCKK boarding school utk golongan melayu elit asalnya.Tp la ni dibawah Sekolah berasrama penuh or SBP.

    • @muhammadzaid7069
      @muhammadzaid7069 5 лет назад +1

      terbaik info abg...thanks ye

  • @yohhe-meti-indark
    @yohhe-meti-indark 5 лет назад +15

    "Pancung sula rejam. Aku tak gentar. Lagu suciku ini milik rakyat jelata!"

  • @reyfREDbay
    @reyfREDbay 5 лет назад +20

    memori betul lagu ni. zaman remaja gelapku beli CD STD dan dengar sambil baca ROTTW yg ada full interview tu. sambil layan every baits of those songs...di waktu hidup aku yg tersangat sukar masa tu. sedih. zaman gelap. miskin dan keseorangan. Nak nangis dengar lagu ni balik. Masa batu keras, aku tak mampu nak pergi, sebab hidup sgt sukar masa tu, nasib baik dapat layan live masa rockaway. walaupun soundsystem agak potong mood tapi aku layan. now heading for 2nd November

  • @popthatbeep
    @popthatbeep Год назад +3

    daulat tuanku. singgahsana tamadun jangan dicemarkan. jadilah simbol, bukan samdol

  • @mohdsuffian7819
    @mohdsuffian7819 5 лет назад +8

    bagi aku lagu ni bagus, nampak kasar tpi ada pengajaran. beri teguran kepada kerabat bukan bermaksud tidak menjunjung sistem beraja..
    btw, ini adalah lagu kegemaran aku dalam album selamat tinggal dunia.

  • @shafeeqrahim661
    @shafeeqrahim661 3 года назад +9

    bertahun dulu dengar, gua rasa lagu ni macam sasau. bila dah tua sikit, irama dia mula meresap. dan kini, bagai memahami lagu ni. seminggu, 1 kali mesti mau dengar.
    haiya. sudah 2021. masih stim!

    • @TheRoninChannel
      @TheRoninChannel 3 года назад

      Sama bang..waktu awal² keluar std, bila sy dengar sy cakap album in tak sedap.. maklumlah,kepala masih muda.. masih nak layan yang merapu meraban je 🤣..
      Dah Tua ni, bila layan balik jadi sedap pulak 🤣

    • @ibnushamsul5102
      @ibnushamsul5102 2 года назад

      Benar la kata loque, album tahun kedepan 😭🔥🔥

    • @mohdzaid8328
      @mohdzaid8328 Год назад

      @@ibnushamsul5102 cari gebu gebu ye?

    • @AstroSully
      @AstroSully 3 месяца назад

      Rakyat Malaysia takleh telan bunyi ni. Ni dah bunyi futuristik. Ni kalau bagi orang barat mmg dah makan habis dipanggil masterpiece.

  • @cairojedi9656
    @cairojedi9656 4 года назад +9

    Spa lyn lgu ni time pkp 2020 kita geng

  • @nikonl3
    @nikonl3 4 года назад +8

    lagu melayu butterfingers paling grunge

  • @r4ygetsomesleep
    @r4ygetsomesleep 5 лет назад +9

    zaman nie butter da start main radiohead da... nirvana to radiohead... terbaik!!

  • @hafizalroslan5058
    @hafizalroslan5058 5 лет назад +6

    lagu begini tak boleh di ambil secara literal liriknya. Lihat pada perspektif yang berbeza tapi relatif. Tepat ke dahi!

  • @wanfadzlanshah385
    @wanfadzlanshah385 5 лет назад +6

    Haaa... search lgu urusan seripaduka baginda..lekat kt sni..fresh lagi lagu ni..dah 2019 gais.. paduikkk boskurrr

  • @necrophagist1890
    @necrophagist1890 7 лет назад +8

    sangat grunge, kemelayuan dan sinis. padu. butter patut pergi world.

  • @AstroSully
    @AstroSully 3 месяца назад +1

    3:11 dunia lain

  • @lengkuas
    @lengkuas 4 года назад +2

    Layan masa PKP Covid-19. Hilang sikit stress kena kurung.

  • @aswadblack2924
    @aswadblack2924 Год назад

    Hujan di tengah hari
    Pakai payung emas
    Lumpur yang terpalit
    Dayang-dayang kemas
    Belajar luar negeri
    Duit tak pernah cemas
    Setelah ditabalkan
    Jodoh dengan puteri
    Party hujung minggu
    Kereta BMW
    Cari gebu-gebu
    Teman beradu
    Junjung titah patik harap di ampun
    Daulat Tuanku
    Perempuan zaman modern nak ayam tambatan
    Atau pun anak Sultan lupa daratan
    Panchung sula rejam
    Aku tak gentar
    Lagu suciku ini milik rakyat jelata
    Junjung titah patik harap di ampun
    Oh! Janganlah murka
    Dirgahayu takkan layu
    Oh! Lagu ini
    Lagu ini takkan berhenti
    OK jumpa lagi di lain hari
    OK cuba lagi sampai mati
    OK jumpa lagi, barangkali

  • @zizouf17
    @zizouf17 8 лет назад +12

    Baru ku perasan lagu ni ade iras2 'paranoid android' by radiohead skit laaDah masuk kan elemen radiohead dlm lagu ni

    • @zizouf17
      @zizouf17 8 лет назад +1

      Terutama nak masuk part two

    • @empros88
      @empros88 5 лет назад +4

      Album nie dgn malayneum kuat pengaruh jugak pengaruk radiohead tambah unsur kemelayuan

    • @reyfREDbay
      @reyfREDbay Год назад

      dia bukan iras ..kalu iras tu tu melody hampir sama. maybe ada kesamaan dari segi konsep "tetiba masuk ke alam lain" tu . part slow. kalau paranoid tu, dia jadi " bridge". kalau lagu ni dia jadi "the 2nd part"...dia terus habis..merangkap outro. rentak dan konsep slow terawang awang..tapi melody jauh berbeza...

  • @Rezaa_tv
    @Rezaa_tv 5 лет назад +6

    paranoid android versi malaysia...
    🤟🤟.

  • @dlanbobdlan5690
    @dlanbobdlan5690 6 лет назад +2

    zaman keset 2002...jumpa lagi barangkali...huuuu...

  • @fafayed787
    @fafayed787 4 года назад +1

    2019 Dec masih layan lgu bossku

  • @sukrisukri6894
    @sukrisukri6894 5 лет назад +5

    Ok computer, selamat tinggal dunia

    • @empros88
      @empros88 5 лет назад +2

      Ok computer the best album tuk radiohead bagi aku sama dgn album std nie terbaik tuk butter.
      Nie album first beli dalm format cd 😂

  • @nikonl3
    @nikonl3 8 лет назад +15

    lagu perli kerabat diraja kaw kaw

    • @uzumaki6759
      @uzumaki6759 5 лет назад +3

      Hahahaha .... Aku syak butter time ni mesti ada hal yang tak puas hati dengan orang "atas" tu yang buat lagu ni..kalau tak takkan nak buat suka suka kot hehe

  • @zaidhashim5322
    @zaidhashim5322 5 лет назад +2

    Godlike bai lagu ni.

  • @armansmsahar916
    @armansmsahar916 7 лет назад +3

    tunggu konsert reunion mereka. 1.2 mg

  • @herysham1703
    @herysham1703 6 лет назад +2

    "Junjung titah patik harap di ampun"

  • @sejuk07
    @sejuk07 9 лет назад +2

    dirgahayu takkan layu
    bahasa xkan layu

  • @muhdemir250
    @muhdemir250 10 лет назад +3

    daulat tuanku hehehe

  • @kerol8712
    @kerol8712 Год назад +1

    2023

  • @muhammadaidid88
    @muhammadaidid88 2 года назад +2

    meganjingg wkwkwk

  • @amirulazeyady7261
    @amirulazeyady7261 11 лет назад +2

    Yes. Dh add balik!!

  • @kisukechic
    @kisukechic 11 лет назад +3

    Cari gebu2....tmn bt bini

  • @zamerremaz1765
    @zamerremaz1765 5 лет назад +1

    Part last 😭😭😭😭😭

  • @wanferio2968
    @wanferio2968 11 лет назад

    kepaduan.

  • @patehfatih5364
    @patehfatih5364 11 лет назад +1

    revolusi

  • @MrZsedikit
    @MrZsedikit 5 лет назад +1

    Hahahah