Benarkah Teknik Ar Rahnu Boleh Untung?

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 15 сен 2024
  • Teknik Ar Rahnu, boleh untung ke?
    BENARKAH TEKNIK AR-RAHNU BOLEH GANDAKAN JUMLAH SIMPANAN EMAS? - dari mentor saya, penulis buku wang emas
    Ini jawapan jujur saya berdasarkan 13 tahun pengalaman sebagai dealer dan penyimpan emas:
    1. Teknik pajak ar-rahnu tak boleh tambah gram emas. Pajak tu maksudnya tambah hutang.
    2. Nak tambah gram emas, kena tambah ilmu, menabung secara konsisten, dan tingkatkan pendapatan supaya dapat tingkatkan jumlah tabungan.
    3. Kos pajakan tu mahal. Sekitar 14% setahun. Ia tak berbaloi. Ia murah sikit berbanding caj kad kredit yang dikenakan oleh bank.
    4. Kalau teknik pajak gadai benar-benar dapat membuatkan semua penyimpan emas kaya raya, dah lama saya ajarkan kepada semua. Sebab saya pun nak penyimpan-penyimpan emas di bawah saya kaya dengan emas.
    5. Teknik pajak gadai selalu dimanipulasi oleh peniaga-peniaga emas supaya mereka dapat jual emas lebih banyak kepada kita. Akhir sekali kita bukan dapat emas lebih baik, sebaliknya menanggung hutang lebih banyak.
    6. Kalau dia orang tu ada 1 kilo emas dalam ar-rahnu, sebenarnya emas yang sempurna milik dia tak sampai 300 gram pun. Lagi 700 gram tu dia terhutang dengan ar-rahnu.
    7. Teknik manipulasi emas dengan pajakan ar-rahnu memang ada, tapi risiko rugi lebih besar daripada potensi untung. Kalau untung, untunya cuma secupak. Tapi kalau rugi, ruginya segantang!
    Jadi baik beli emas gunakan kaedah biasa sahaja. Konsisten sahaja menabung emas, khususnya melalui #AkaunEmasGAP. Dan kalau nak lebih konsisten, menabung secara GAP Auto-Debit.
    #TipKayaDenganEmas

Комментарии •