Penerangan lengkap kegunaan dolomite kepada durian.

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 9 фев 2025
  • #musangking #durian #kolam
    KAPUR PERTANIAN merupakan sejenis bahan mineral yang didakwa menyuburkan tanah selain daripada baja. Kebanyakan petani akan menggunakan kapor jenis seperti Cristmas Island Rock Phosphate (CIRP) atau pun Ground Mangnesium Limestone (GML) dimana jenis bahan yang terbaik kini adalah Dolomite. Dolomite adalah merujuk kepada batu mineral yang mengandungi unsur bahan Magnesium (MgO) dimana kehadirannya adalah melebihi 18%.
    Apa yang penulis blog hendak kongsi info dimana dolomite juga bahan yang mengandungi bahan Kalsium (Ca). Sebenarnya fungsi dolomite didalam industri adalah banyak termasuk ia digunakan didalam industri pembuatan besi dan gelas sebagai salah satu bahan semasa proses dalam pembuatannya. Dalam pada semasa pembinaan rumah akan ditabur bahan dolomite bertujuan mengelakan serangan anai-anai (termite).
    Bagaimana pun pembaca juga perlu tahu dimana dolomite paling meluas digunakan didalam sektor pertanian khususnya dalam tenaman untuk menyuburkan tanah. Ini kerana penggunaan batu kapor semenjak dahulu memang telah digunakan secara meluas untuk menaikan keasidan tanah sebagai perawat tanah atau 'soil confitioner' sejak lebih berpuluh-puluh tahun.
    Kandungan bahan Magnesium, Kalsium dan Silikon serta Ferus didalamnya akan mempebaiki pH tanah sehingga optimum untuk baiki pertumbuhan tanaman. Didakwa dolomite merupakan bahan terbaik digunakan didalam merawat tanah dengan kos yang ekonomik dan keberkesanan terbaik. Bagi jenis asidik keperluan dan keberkesanan penggunaan dolomite amat signifikan untuk tumbesaran tanaman terutamanya tanaman makanan. Tanah gambut yang rata-rata masam akan bertambah subur setelah dolomite ditabur diatasnya.
    Kadar penggunaan dolomite dalam kebun berbeza-beza mengikut jenis tanah, tahap kemasaman tanah, jenis tanaman dan juga pengurusan kebun atau ladang. Semasa penulis belajar dahulu dijelaskan dimana biasanya untuk seekar tanah (0.4 hektar) akan diberitahu diperlukan tabur sebanyak 7 beg kapor untuk merawat tanah. Ini juga bermakna kalau dikira dengan mudah satu beg beratnya 50 kg bermakna jumlah ditabur adalah sebanyak 350 kg bahan kapor.
    Kadar ini juga akan ditingkatan sehingga sebanyak 1 metrik tan bergantung kepada kemasaman tanah. Kemudian setelah ditabur kapor atau dolomite dan diperiksa dengan alah pH meter dimana didapati tahap keasidan masih tinggi lagi maka boleh disesuaikan semula kadar kapor diberikan. Penggunaan bahan dolomite dilaporkan lebih ekonomik atau lebih murah daripada penggunaan bahan zeolite. Bagaimana pun jika tanah yang hendak diusahakan itu beralkali maka bahan yang sesuai digunakan untuk mengimbangi tahap kesuburan tanah adalah Sulfur.
    Dalam pada itu pemberian kapor boleh ditabur terus keatas tanah atau dicampurkan didalam bahan kompos dimana ia menambah bahan unsur mineral didalam baja kompos tersebut. Ada laporan dimana baja dolomite amat sesuai untuk tanaman jenis Citrus (limau) kerana pokok limau adalah tanaman yang banyak perlukan bahan Magnesium (Mg) untuk pertumbuhan baik. Dalam sektor ternakair pula lazimnya kapor atau dolomite ditabur didalam dasar kolam untuk membunuh patogen merbahaya, menaikan pH tanah dan merawat sisa-sisa kimia yang ada didalamnya.
    Didalam beberapa testimoni syarikat dan petani didakwa dimana baja dolomite memang mempunyai banyak kegunaan dan kelebihan. Pertaman baja dolomite ini memberikan daya kesuburan tanaman. Ini disebabkan dimana baja dolomite memang kaya dengan unsur makro nutrien seperti Unsur Magnesium (18-23%) dan juga Unsur Kalsium (30-34%). Para saintis dakwa dimana antara asas kebaikan Magnesium (MgO) adalah dimana dolomite ada keupayaannya untuk Mg ini menarik unsur Nitrogen dan unsur Posforus (N,P) dalam tanah. Bahan Magnesium ini didakwa mampu untuk menghijaukan daun dengan cara meningkatkan proses membantu fotosintesis sepenuhnya.
    Dolomite juga menggemburkan tanah, mencegah serangan anai-anai, membaik pulih struktur tanah serta membaiki pengudaraan tanah. Paling hebat dimana rawatan dengan dolomite ini dilaporkan akan menggalakan aktiviti cacing tanah dan juga menggalakan aktiviti bakteria baik dan memudahkan akar pokok menyedut nutrisi dalam tanah. Memang disahkan dolomite ini akan menstabil dan juga akan menaikkan pH tanah, mampu membunuh bakteria jahat, membaiki tanah jerlus dan akan memulihkan tanah gambut.
    Peranan lain adalah seperti ia akan menyah zat besi yang merbahaya kepada pokok serta peranannya dalam ia membunuh cacing nematodes (Meloigyne spp). Kehebatan bahan juga didakwa mampu membunuh patogen yang mana ia adalah punca segala jangkitan kulat, mampu memudahkan akar masuk ke dalam tanah, mencegah penyakit akar putih serta merupakan bahan mineral semulajadi. Bahan ini juga memang didapati tidak bahaya kepada manusia, tanaman dan ternakan.

Комментарии • 52