CARA PALING MUDAH BERI MAKAN UBAT PADA KUCING! WAJIB TONTON!!
HTML-код
- Опубликовано: 8 фев 2025
- CARA PALING MUDAH BAGI KUCING MAKAN UBAT! WAJIB TONTON!
Perkara yang paling sukar dihadapi oleh pemilik kucing ialah memberi makan ubat pada kucing. Dalam video ini Madam akan kongsikan cara yang paling mudah dan selamat untuk memberi kuching kita makan ubat di rumah. Dalam satu masa kucing kita akan jatuh sakit dan terpaksa dibawa ke klinik haiwan. Doktor haiwan akan memberi kita beberapa jenis ubat untuk kita beri makan pada kucing di rumah. Kalau jenis antibiotik kita perlu berikan selama 7-10 hari terpulang kepada tahap ketidaksihataan kucing kita. Selalunya untuk kucing dewasa, ubat jenis tablet atau pill akan diberi. Kalau untuk kitten, selalunya doktor akan beri syrup yang selalunya boleh diminum dengan mudah dan tak berapa pahit. Ubat yang paling sukar diberi adalah jenis pill kerana kucing boleh bau kepahitan pill itu even sebelum sampai ke dalam mulutnya.
Oleh itu Madam pasti ramai yang menghadapi kesukaraan untuk memberi ubat pada kucing di rumah. Ini kerana ubat kuching nie kebanyakkan pahit atau besar untuk ditelan. Kalau tak masuk terus ke dalam kerongkong atau melekat pada celah pipi atau ditengah2 kerongkong kuching, nanti kucing akan merasa kepahitan ubat tersebut dan berlakulah lelehan air liur dan dan kucing akan menjadi takut dan cemas dan ada kalanya menjadi agresif dan mula mencakar, menjerit dan meronta untuk dilepaskan. Ubat seperti antibiotik memang sangat pahit untuk kuching.
Doktor haiwan pun kadang2 tak selalu menggunakan cara nie mungkin sebab lebih senang diberi terus kedalam mulut kuching dan kuching kita pun depan doktor haiwan sangatlah bersopan santun dan tak memberontak macam di rumah. Dengan meletakkan ubat ke dalam capsule atau kelongsong adalah cara yang mudah dan selamat yang tidak akan memahitkan mulut atau kerongkong kucing kita. Capsuel akan menjadi licin dan lembut dan akan terus masuk ke dalam kerongkong dengan hanya tolakan yang pantas. Kucing tidak akan berasa pahit langsung dan akan lebih selesa the next time kita bagi ubat padanya. Satu lagi tip yg boleh diikuti ialah selepas dah bagi ubat pada kucing, calitlah sedikit treat paste ke mulut kucing sebagai tanda kejayaan. Next time kucing kita akan look forward untuk makan ubat tu.. insyallah
Semua pencinta kucing wajib tonton dan Sila kongsikan bersama kawan2 dan family ok? Terima kasih..
#madamkucing #royalcanin #catlovers #tipskucing #catmedicine