Pernah Menangis Di Atas Pentas, Fadhli Masoot Akan Berhenti Jika Kejadian Berulang Di Mega Spontan?

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 15 сен 2024
  • TEMU BUAL bersama Alang Fadhli sewaktu sidang media Mega Spontan yang diadakan di Kuala Lumpur.
    Namanya meniti bibir penggemar dunia lakonan semenjak Projek High Council, namun ada rahsia besar dipendam oleh Fadhli Masoot.
    Pengalaman hitam ketika belajar, masih lagi di dalam hatinya menyebabkan dia sentiasa ada rasa kurang keyakinan.
    Adakah ia akan mengganggu prestasinya di Mega Spontan?
    Kuala Lumpur • 11 Mei 2023
    #alang #highcouncil #megaspontan
    MEGA SPONTAN akan dijayakan oleh seramai 20 pemain yang dibahagikan kepada empat buah kumpulan. Antara nama-nama pelawak yang bukan asing lagi dalam industri komedi yang menyertai rancangan ini termasuk Roy Azman, Dato’ Jalaluddin Hassan, Mark Adam, Atu Zero, Joey, Adlin Aman Ramli, Ramona Zam Zam dan Aya Amiruddin.
    Manakala wajah-wajah baharu dalah pelakon dan penyanyi popular Naim Daniel, Farahdhiya, Norreen Iman, Fadhli Masoot serta penyandang gelaran ratu cantik, Sanjna Suri.
    Barisan mentor digalas oleh pelawak versatil tersohor negara termasuk Zizan Razak yang mewakili kerajaan Majakelat, Douglas Lim untuk kerajaan Campaktakjauh, Sabri Yunus untuk kerajaan Langkataksuka serta Kamal Adli untuk kerajaan Srivijanda.
    Gerak-geri setiap pemain akan dinilai oleh Dato’ Afdlin Shauki sebagai Game Master. Beliau akan menentukan peraturan setiap permainan serta mempunyai kuasa mutlak dalam pemilihan pemenang, pemilihan hukuman buat kumpulan yang tercorot serta pemberian Immunity kepada pemain mahupun kumpulan.
    Sherry Alhadad bakal menggalas tugasan pengacara buat kali pertama di samping Amir Raja Lawak yang akan bertindak sebagai pengacara bersama untuk menanyakan soalan-soalan panas kepada setiap kumpulan.
    MEGA SPONTAN akan berlangsung selama lapan (8) minggu dan bersiaran secara langsung dari Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang mulai 19 Mei, setiap Jumaat, jam 9.00 malam eksklusif di Astro Warna (saluran 107).
    • • • • • • • •
    • 𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 & 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮𝗮𝗻 -
    hello@f8buzz.com
    • 𝗟𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗮𝗸𝘁𝗶𝗸𝗮𝗹/𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶 & 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗿𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 -
    gerila@f8buzz.com
    • • • • • • • •
    𝗕𝗮𝗰𝗮 𝗮𝗿𝘁𝗶𝗸𝗲𝗹 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 -
    www.f8buzz.com
    • 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 & 𝗮𝗿𝘁𝗶𝗸𝗲𝗹 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗸𝗲 𝗧𝗲𝗹𝗲𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗮𝗻𝗱𝗮 -
    t.me/f8buzz
    • 𝗦𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴, 𝗴𝗼𝘀𝘀𝗶𝗽, 𝘃𝗶𝗱𝗲𝗼 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝘁𝗮𝗯𝗶𝗿 & 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺 𝗱𝗶 𝗧𝗲𝗹𝗲𝗴𝗿𝗮𝗺 -
    t.me/f8buzzsembang
    • 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 𝗙𝟴𝗕𝘂𝘇𝘇 -
    www.youtube.com...
    • 𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗙𝟴𝗕𝘂𝘇𝘇 𝗱𝗶 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗦𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 -
    / f8buzz
    / f8buzz
    www.tiktok.com/...
    / f8buzz

Комментарии • 9