== Pastikan tengok sampai habis sebelum komen == Ini pandangan saya tentang NFT.. Mulanya rasa taknak buat video pasal NFT tapi macam mula jadi wabak yang saya tak berapa sedap kat mata saya.. huhu.. Terpaksa buat satu episod khas tentang NFT untuk orang awam.. Ingat.. Jangan letak sesuatu bukan pada tempatnya.. Jangan letak nilai pada sesuatu yang tidak bernilai. Jangan jadi zalim.. Saya tak cerita bab blockchain ke apa sebab akan jadi lebih kompleks.. Yang ini pun saya cuba habis baik untuk simplify supaya orang awam nampak.. NFT asalnya sebuah teknologi sahaja.. Tidak buruk dan tidak baik.. Neutral.. Bagaimana kitagunakan tu yang buat dia jatuh ke buruk atau baik.. Majoriti yang saya nampak dan popular adalah yang tidak baik.. #beranibuat
Sejujurnya saya setuju je dengan speaker. Tapi saya lagi teruk, saya label NFT Scam. Saya terlibat secara langsung dengan blockchain, crypto, tapi kurang berkenan sikit dengan NFT, sebab bagi saya ia HYPE. Kesian buat mereka yang membeli sesuatu yang tiada nilai bila hype habis nanti.
Bagi sy NFT sebenarnya alat/marketing strategi utk mencipta crowd/community untuk meningkatkn kebergantungan kpd crypto ..sebab crypto sendiri tiada intrinsic value and based kpd demand and supply semata2..klu citer bab NFT dr sudut play to earn game sy agak bersetuju dgn konsep nft tp bkn juga dlm semua bab..even dlm nft game pn bersepah kena beli mysteri box yg xtau apa didalamnya(judi)..tapi still ok sebab company create coin sdiri for their game..cuma utk survivality tu agak sukar sbnrnya..kalu citer psl NFT berkaitan art,mostly dibelakang tabir byk tangan2 ghaib billionaire punya strategi utk melariskan coin,money laundering,jual beli benda haram(senjata/bom dll) dan banyak lagi..orang awam yg kononnya nk jadi pelabur NFT tu sy blh katakan 90% xtau apa pn diorg buat tu sebenarnya..hanya main ikut2 dan xtau apa benda pn sebenarnya..dikawal oleh nafsu yg nak cepat kaya je...daripada jadi pelabur NFT lebih baik belajar dlu jadi pelabur crypto dan faham selok belok crypto dlu ..itu lebih baik sebenarnya.
Intrinsic value pd crypto currency terletak pd integrity of blockchain technology..teknologi yg mampan menjadikan ia satu bentuk aset digital yg mampu store value..
kalau emas kita boleh NAMPAK & SENTUH emas tu kalau kertas kita jugak boleh nampak dan sentuh kertas .. tapi crypto apa yg kita nampak? cuma susunan angka didalam dunia maya .. bagi para penyokong crypto coin mereka mengatakan bahawa teknologi Blockchain yg digunakan itu adalah sesuatu yg sempurna tidak ada kelemahan dan kebal terhadap sebarang bentuk serangan siber .. ini soalan saya kepada mereka .. apakah Blockchain itu benar2 sempurna? sedang Islam mengajar kita bahawa ciptaan manusia tidak akan pernah sempurna dan kekal .. apa akan terjadi sekiranya suatu hari seluruh sistem tersebut runtuh begitu saja? apa akan terjadi kepada kita dan pelaburan kita? fikir fikir kan lah! wala'hualam
NFT tak dinafikan masih baru dan tidak stabil lagi. Namun ada projek2 yang bagus kerana utilitinya. Sebagai contoh, kita bayangkan NFT tu sebagai seasonal ticket pass utk ke stadium melihat pasukan bola Liverpool la kita pilih ya, jadi Liverpool keluarkan NFT terhad 1000 sahaja. Kelebihan, smua pemilik nft akan dpt free msuk setiap game home dan away. Hanya pemilik NFT. Sudah tentu org berebut bukan. Sbb ingin support Liverpool. Jadi kesimpulannya, nk beli nft bole. Tapi kne selidik dlu, kalau kita beli kita dapat apa. Dpt tgk and flex sahaja atau kita sndiri dpt kebaikannya.
Iyaa betul, mmg ada da pun yg buat special privileges/access kepada tuan NFT tu. Yg artis omputih beli smpai harga berjuta, even player bola pun beli sbb ada dapat access untuk masuk private club, concert, group tertentu dan bnyk lagi. Mmg ini nmpk ada masa depan, boleh guna as transaction/receipt/ticket/pass. Dulu bitcoin nk buat da rasanya nama Smart Contract, concept mcm sama tapi tapi lebih kepada jual beli asset kete/rumah guna crypto tanpa kontrak yg rumit dan permohonan dari bank. Dari transaction terus dapat kete. Tapi yg NFT yg jual gambar ni sahaja mcm kurang masa depan dia, kerana ini lebih kepada art je yg merupakan permainan orang kaya
Assalamualaikum, NFT ni banyak jenis sebenarnya.. cuma mainstream yg org tau adalah jenis JPEG tu.. Setakat gambar kaku.. Tapi sebemarnya NFT ada banyak utilities lain yg kita x tw.. contohnya land owning dlm satu² ecosystem dikira sbg NFT.. boleh sewakan atau jual. Karekter unik dalam game pun 1 jenis NFT, boleh jual ataupun jana passive income.. biar NFT yg kita own tu jana pendapatan harian..benda tu kita panggil pay 2 earn.. ada banyak lg..
Ya.. Saya start contoh dengan gambar tu sebab kemain popular lagi.. Dan value dia hmm.. Banyak fungsi NFT yang elok tapi yang dipopularkan dan hype adalah yang tak berapa elok ni..
Mula2 NFT keluar tu, aku pun ragu2 dan tak faham, apa benda ni sampai sanggup beli berjuta-juta. Nampak macam scam pun ada. Crypto pun sama jugak, benda tak ada asas dan boleh colapse bila2 masa je. Yg pertahan cypto tu padahal dah rugi beribu tapi masih letak harapan tinggi. Hairan
Salam berani buat, its a good sharing. Tp, ada satu part yg sy rasa bro kene study which is hukum letak harga mahal pada barang nak dijual. Sy ad dgr uai jwb soalan pasal letak harga mahal pada suatu barang. Klau barang asas spt mknan, yes, its zalim letak harga mahal, sbb itu keperluan. Tp klau barang yg bukan keperluan spt barang hobi, rc car, tak ada masalah untuk letak harga mahal, sbb bukan keperluan. Nft is like a hoby untuk sesetengah org, bg mereka satu kepuasan untuk "cop" sesuatu even mcm budak2 (as per u judge org2 yg main nft). So, mampu beli, silakan, x mampu beli, xde masalh, screenshot atau download je. Keep up the good sharing bro, its a good topic tp jaga hati org cari duit dgn berkarya di nft :') we are not selling something yg memudaratkan pon dkt org, mcm dadah, rompak bank.
So far,berani buat merupakan channel youtube yang paling bermanfaat bagi saya. Terima kasih tuan.teruskan bekarya.Semoga terus berjaya tuan. Doakan klinik saya berjaya
Rukun jual beli dalam islam : 1. Barang yg hendak di beli/di jual 2. Penjual / pembeli 3. Wang / nilai barangan yg dijual/dibeli 4. Aqad/ijab kabul pembelian/penjualan Sy tertarik dgn isu nft ni sejak kebelakangan ini yg semakin mendapat perhatian umum.. spt yg sy nyatakan di atas.. nft x cukup syarat dlm rukun jual beli atau berlakukah jual beli.. sbb bila kita bayar brg mesti ada atau perkhidmatan itu mestilah kita nikmati.. pd pdgn sy nft x berlaku begitu.. maka jual beli itu tidak sah.. betulkn klu sy salah atau x tepat berkenaan konsep jual beli nft ini.. tp rukun jual beli dlm islam jelas dan nyata spt yg sy terangkan di atas..
Salam, jika sy beli nft, sy dpt lukisan digital dan ada juga yg sekali dgn lukisan fizikal. Ada juga yg sy beli, boleh nikmati faedah yg lain seperti merch dan sebagainya. Ckup dah tu kan rukun nya.
@@LifeofPim ooo.. jika tuan beli nft dpt lukisan fizikal yakni brg yg tuan boleh simpan.. maka cukuplah rukunnya.. cumanya saya berpandukan apa yg saya kaji dan apa yg telah diterangkan oleh brader Syafiq spt dlm video di ats.. itu yg sy nampaklah.. andai betul transaksi muamalatnya spt tuan kata.. maka cukup rukunnya dan jual beli itu sah.. maaf andai sy kurang lagi ilmu berkenaan nft ini.. hnya pdgn peribadi sy shj..
@@razochannel5030 maaf tp apa tuan chanel smpikan tidak tepat situasinya, tuan channel terlalu bnyk mengguna ayat belian sesuatu yg tiada nilai sedangkan setiap artwork yg dijual ada nilai yg tersendiri, seprti pasaran lain, tidak ada unsur memaksa wajib atau harus beli, kita boleh browse seperti biasa dn mencari/beli produk atau lukisan yg digemari, dr harga paling murah ke paling mahal, tawar menawar juga ada jd tiada unsur zalim atau mengait untung lebih, pembeli boleh check, bertnya dan sebagainya, ia adalah satu komuniti yg sihat dan support di antara para2 artist, malah pnjualan digital artwork bkan benda baru, tp hanya sbb ada ayat nft, ia mnjdi satu isu, belian digital juga tiada masalah, tuan chanel kita hnya cop, sedangkan ramai creator nft memberi lukisan digital kepada pembeli untuk kegunaan personal. Contohnya penggunaan wallpaper, pfp yg legal. Lalu dpt mengelakkan unsur copy paste, ciplak, lalu menglakkan pengunaan sahih serta promote hasil buatan lokal
Sekadar penambahan.. NFT tu bukan sekadar gambar sahaja.. boleh jadi video, music, suara, film, etc yang dalam digital melalui sistem blockchain. Betul la tu penerangan Berani Buat.. ya ada yang buat benda ni sebagai pelaburan. yang tak masuk akalnya, harganya mcm unlimited, ada sampai jutaan USD. But still, oleh kerana tiada regulation terhadap NFT ni, boleh jadi juga NFT jadi pusat 'cuci duit' (ini cerita dark side nya la).. ada pula yang dia create NFT tu.. pastu dia sendiri yang beli.. nak kasi HYPE kononnya dia punya NFT bernilai dan dia tawarkanlah harga lebih murah dr harga belian palsu tu... maklumlah.. transaksi dlm blockchain siapa je yang tahu kan ownernya.. But still, NFT jadi 'bernilai' kerana HYPE skrg.. permulaan tu dari underground.. dah masuk mainstream.. kena pulak kpd org nak cpt kaya... melonjak la cerita NFT ni.. hehe.. By the way.. siapa yang nak sibuk2 dalam NFT ni, baiknya banyakkan la researchnya.. jangan sampai terciduk..
Terbaik la.. selitkan juga tazkirah.. ilmu dunia dpt, akhirat pun ada.. Kadang2 kita lupa, asyik sangat dikejar & mengejar dunia ni.. sana sini duit.. bngun tido makan.. otak dok pikir pasal duit.. pasal keperluan family.. sedar2 kita dah hanyut dgn dunia.. bagus la content ni.. menusuk kalbu, iklas.. teruskan tuan.. 👍👍👍👍👍...
Ghozali Everyday menjadi orang paling cepat kaya melalui NFT kerana beliau sangat konsisten mengupload foto diri sendiri selama 5 tahun tanpa henti.Dari sini kita boleh belajar bahawa jika kita bersungguh-sungguh dan bersabar dalam melakukan sesuatu perkara.(Beliau hanya menjual gambar dengan harga setara RM1)
*Berdasarkan kisah benar alasan pelukis NFT Malaysia bagitahu,* - lantak la orang ada duit suka hati dia nak buat apa. - NFT ni rare ada bukti record siapa punya owner. - Hanya orang fikiran matang je nampak ada value bukan budak kecik tak tahu apa pun pasal seni. - Orang hebat akan fikir maju ke depan dengan business trend baru. - Dulu orang tulis pakai bulu ayam, kemudian pakai pen & sekarang ni digital lagi mudah laju senang. - Orang zaman sekarang banyak dengki tak boleh tengok orang lain senang ada duit beli NFT. - Orang beli gambar realiti gantung dinding cakap ni lukisan berjuta dari luar negara tapi apa buktinya? tapi NFT ni dunia internet ada bukti dengan contract selagi dunia ada electric. - Ambik gambar cakap yang tu dia punya tapi apa bukti? contoh macam kereta sport selfie bagitahu social media dia punnya tapi apa bukti melainkan ada tunjuk resit contract. - Negara maju mesti buat business lain bukan sama je ada persaingan sampai susah nak berniaga. - NFT ni gambar boleh bawa merata tempat cuma penting ada internet cukup boleh tunjuk kat orang guna laptop atau handphone. - NFT tak boleh rosak, kotor & sentuh macam gambar lukisan calar sikit harga jatuh. - Zaman sekarang banyak cashless bayar online je nak beli bukan matawang susah nak berniaga jual sampai luar negara. - NFT ni jual kat luar negara senang sebab Malaysia jual murah je petik jari daripada foreigner. - Rumah pun tak sepah semak ada gambar gantung kena cuci bersihkan habuk. - Orang yang matang banyak baca buku je tahu nilai kebaikan NFT ni. - Orang berjaya akan mulakan langkah awal dahulu bukan dah lama nanti baru menyesal kenapa tak buat business NFT sedangkan mudah je lukis guna digital tapi jual mahal. - NFT lukis bukan kena beli peralatan lukisan, kena drive pergi kedai cari bahan lukis dengan mewarna.
Bagi sy nft ni adalah permainan yang mengguankan duit untuk menjadikan perniagaan... Sbbnya yg mencipta bnd ni adalah org yg billionaire... Mereka sama mereka cipta satu benda baru supaya org terikut... Smp satu masa bnd ni nothing dan yg rugi siapa yang lambat masuk... Siapa yang berduit dia mampu memanipulasi dari segi kehidupan kita...
Sama konsep ke dengan orang beli kasut limited sampai puluh ribu? Baju bundle ribu2? Saya graphic designer, dan dpt income dari jual kasut limited n buat nft. Saya beli kasut rm600 lepas tu market naik rm1400. Aduhhh pisang aku mat 😭😭
Banyak point dari abanb syafiq memang betul and ada beberapa yg masih dipersoalkan.... Tapi memang boleh bukak mata ramai orang bahawa NFT dlm art kebanyakan nya ada laah scam
Yup.. sebab saya pun tak terangkan detail konsep blockchain.. takut orang awam pening nak faham hash bagai.. nak terangkan konsep decentralize lagi.. huhu.. tu yang fokus point kenapa boleh jadi zalim je.. ada part yang funtion elok NFT ni.. tapi majoriti yang berlaku sekarang part yang tak elok.. huhu..
NFT boleh jadi alat utk crowdfunding, charity, dan bermacam2 utility lain. tuntasnya setiap projek yg release NFT adalah utk mengumpul dana bagi projek mereka, apabila untung atau apa2 benefit, ianya akan dibahagikan kepada pemegang NFT. Bagi saya ia sama sahaja seperti membeli saham atau pemilikan dalam sesebuah syarikat cuma dalam skop yang lebih kecil. Saya setuju yg art semata2 tidak akan kemana, namun konsep yang sama dalam pasaran modal diaplikasikan juga dalam NFT bagi tujuan business menjadikan NFT makin menarik utk pelabur. Pun begitu, banyak kelemahan dari segi regulation dan ia sgt terdedah kepada penipuan dan eksploitasi. pemain NFT makin sedar akan benda2 sebegini dan mula mewujudkan banyak alternative dan solution utk avoid risiko tadi berlaku antaranya DAO dalam NFT. Saya bukan pemain NFT tegar cuma membeli sekadar utk faham apa itu NFT dan kenapa ianya HYPE, supaya kita boleh faham sesuatu yang kita tidak faham. Dari perspektif Shariah pula, rami ulama kontemporari khususnya dalam bidang Muamalat masih memilih untuk tawaqquf dalam NFT disebabkan ianya masih samar2 dan terbuka kepada eksploitasi. Ada sebahagian yang membenarkan dengan syarat2 yg ketat, boleh follow Mufti Farraz Adam, Head of Sharia Advisory di Amanah Advisor untuk faham dengan lebih mendalam. Menyentuh tentang zalim, perlu diingat zalim juga mempertikaikan rezeki org lain seolah rezeki kita paling betul caranya. Nasihat saya, senyap lebih baik daripada berkata perkara yg tidak difahami dan bukan bidang tuan.
Nft bukan saham la, it blockchain. Kalau nak guna blockchain untuk bahagi saham, itu pembaziran sumber alam untuk benda yg tak masuk akal. Korang x reti guna akaun ke. Itu backward mentality
Menarik, sebahagian ada yang betul, dan sebahagian lagi tidak berapa tepat. Bepuluh tahun yang lalu ramai yg anggap main game ni buang masa tapi zaman sekarang sebaliknya. 4-5 tahun sebelum ini ramai yang anggap crypto ini menggarut, pun sama sekarang sebaliknya. Bila fikir balik, walaupun kita tak nak terima sesuatu benda itu bahkan kita rasa tidak diterima aqal, tapi hakikatnya dunia dan masyarakat sentiasa berubah. Zaman kita mungkin akn berlalu. Walaupun NFT ni adlh scam dan mudah kena scam, tapi analisis Opensea menyatakan jumlah yg terlibat dgn NFT ni meningkat, bukan beribu bahkan ratus ribu setiap bulan. Saya sendiri pun rasa bodoh bila ada yg jual dan beli selfie berjuta ringgit. Perasaan sy mcm riak abg masa last2 video ni. haha Tapi part akhir tu setuju sangat2. Islam meletakan garis panduan dalam mencari harta, maka cari lah dengan sebaik nya, Harap ada lagi video NFT. hahah
apa y kita lalu adalah apa y kita pilih...dan dengan pilihan ini kita yang mengatakan 'ye aku terima' dan berjanji akan pulang kepada Yang Satu...tp bila dok dalam dunia ni...semua lupa...dan buat2 lupa...sy suka bila menyentuh bab rezki 2...mmg itu y kita pilih untuk kita jalani...kaya ke...miskin ke...ada tugas2 nya...dan kerana kita y berjanji...lahirlah kita di dunia ni...jd...xde isu pun kaya miskin...
rasanya bende ni berguna lah utk orang2 yg dah ada pengaruh/nama utk up kan reputation dorang (or jana income tambahan) dengan mengeluarkan 'tokens' utk fans dia.. siapa cepat dia dapat lah token yg unik tu dan mngkin akan diangkat sbg top fan.. mngkin siap buat collection lg..
saya setuju 100%, sebab terdapat banyak benda yang tidak bermanfaat di berikan value yang tinggi dan zalim kepada sistem ....contoh muka selfie NFT tidak bermanfaat pun kepada manusia hanyalah permainan manipulasi dan menjadi mengarut. dunia jadi tidak produktif dgn penghasilan NFT yg zalim
Sy melihat pelaburan dunia metaverse lebih baik dr nft, mmg dua2 ini ada kaitan, yang mana nft akan digunakan dlm dunia metaverse, tp pelaburan dunia metaverse lebih efektif...contoh pemilikan tanah dlm dunia metaverse...boleh jual, boleh buat komuniti, iklan produk secara global...tp kena pastikan projeknya betul2 hype....klu x...gulung tikar.😂😂😂
kalau NFT dkt malaysia tu msh boleh diterima akal lagi. sebab Art dan harga yg dorg kenakan masih logik dan art dorg kebanyakan sangat berkualiti. kira mcm jual beli barang seni. tapi kalau dekat open sea, Seni yg sgt mengarut dan xberpatutan dengan harga.. btul la mcm yg bro ckp..platform tu digunakan utk money manipulation atau money laundering shja..
Tapi saya pernah dengar NFT mcm Bored Ape, apabila seseorang tu beli NFT dari diorang, hak milik tersebut umpama tiket untuk mereka yang beli (NFT tersebut) untuk mengakses pelbagai jenis hiburan contohnya parti di atas boat mewah, private party. So technically beli NFT tu kira ada nilai lakan?
Dulu saya ingt NFT ni mcm copyright. Klu dah beli tu, dapat copyright nak guna token tu contoh macam print baju ke, guna dalam video ke... Baru tahu NFT ni xde function apa2 pun. Maybe la mcm art painting yang gantung kt dinding tu... Just untuk deco/view sahaja... beli beribu untuk gantung dinding, then jual kt orang dengan harga lebih tinggi....
Tapi masalahnya, art fizikal tu beli ada something.. majoriti gambar NFT yang orang dok hangat ni takde ape ape.. just cop dia je.. Hak cipta tak dapat, gambar orang lain cedok gitu je, takde value..
Salam, terima kasih bang buat content NFT ni sebab kebelakangan ni makin menjadi soal2 NFT. Penerangan abang dari segi konsep memang lengkap, simple dan mudah faham mmg terbaik. Saya nak tambah beberapa point dari segi finance/kegunaan lain. 1. Kebanyakkan mereka yg beli NFT digunakan utk lari daripada membayar cukai. Disebabkan NFT ada 'price history' maka satu2 NFT tu akan dinilai berdasarkan 'harga yang dibeli'. Contoh awak gain 300k Ethereum drpd trade dan awak taknak bayar cukai jadi awak boleh convert kepada NFT, bila convert, ethereum tadi tidak lagi dianggap sebagai 'untung trade'/capital gain- maka tak dicukai. 2. Majoriti NFT tidak bernilai sebab: i- Banyak NFT gunakan Intellectual Property orang lain,so NFT tadi is only derivative work (macam fanart) ii-Gambar yang awak beli/cop tu tak berada di dalam blockchain. Ianya berada di dalam server, so bila server down, "asset" awak pun akan lesap iii-Kebanyakkan NFT takda/very limited utiliti - jika NFT tu berkait dengan game, adakah game itu dah divelop? berapakah penggunanya dan sekarang ni tiada teknologi untuk satu NFT boleh figunakan dalam pelbagai game yang berlainan, kerana engine game berbeza dan game studio rugi jika satu item boleh dikongsikan kepada game yg lain2 - sama hal macam tiada MARVEL content dalam Netflix, Disney buat streaming service dia sendiri. 3. Funny but true: screenshot je NFT tu 🤣🤣🤣 Kalau ada point2 lain boleh tambah
Ya saya setuju pendapat abang tapi saya ada pendapat sendiri jugak kenapa nft tetap ada nilai dia...hanya org yang faham lebih dalam pasal nft je....👍apa pon nasih Ang bagus
yang viral dulu NFT melayu tengkorak saka , dah diam terus. org yg beli NFT dia pun account deleted. rasa mcm temporary promotion je tu nk kasi org beli nft dia banyak2.. tp dia beli NFT dia sendiri nampak la mcm org beli barang dia.. gimmick je sume..
Assalammualaikum,tuan ada tempat belajar bahagia programme tak atau ada kelas programme..saya ni berminat tapi sayang usia pun dah meningkat rasa sebesalah minat it ni tak tercapai cita-cita saya ni.
artis buat nft gmbar mcm tiket... kluar limited mcm 1000 unit... so sape yg ada nft tiket tu dlm wallet tu, boleh tengok konsert dia.. klu dh xnk tiket tu, boleh la kte jual kt org lain tiket nft tu... kalau mcm ni, nmpak juga la function dia..
Lol no, you beli nft pertama you kena tanggung harga minting dari rm50-200 lepas itu harga ticket sebenar dari artist rmxxxx, lepas itu you nak jual you kena bayar transfer fee 2.5% atau lebih tinggi kepada cypto blockchain. So fikir la berapa kau rugi dari beli sahaja ticket. Ini bukan investment, you beli resit sahaja.
Tak dinafikan NFT masih baru dan tak stabil. Mungkin lepas ni geran tanah pula jadi NFT so boleh selesaikan masalah orang tengah dan manipulasi data. NFT not just art it a contract.
macam ada orang lukis lawa2 tu bernilai la untuk nft macam beli dari stockphoto camtu tapi stock ni kena gambar shot dari kamera ja. bagus la ada medium nft untuk golongan designer ni. tapi yang nft jual gambar selfie pastu beli mahal2 tu memang mengarut. memang la untung sapa yang jual tu. dah yang beli tu x fikir tu benda tu membazir. x pun boleh jadi cuci duit la antara benda yang merisaukan
Beli lukisan lawa kat NFT pun no point, sebab kita bukan beli lukisan itu.. Kita cop kotak lukisan tu je.. Lukisan tu orang boleh print, boleh guna kat website, bersepah-sepah.. Kita hanya claim kotak tu kita punya.. Padahal kalau saya beli barang ke apa, kotak tu saya buang je.. Bukan ada apa.. Maybe ada orang yang minat kumpul kotak.. Kita beli barang dapat kotak, kotak tu boleh simpan buat kenangan.. Bukan beriya beli kotak harga ribu sampai juta.. Zalim namanya.. huhu..
kami yg penah keja designer no point stock gambar jpg. screen capture pun boleh. melainkan dia jual a.i file, atau psd ni dipanggil original file boleh edit. bukan hanya cop gambar tak leh edit no point.
@@BeraniBuat tak pernah try beli lagi. ingat ka sapa beli lukisan tu akan dapat original file berbanding sapa yang screenshot gitu, skrin resolution la. ka bukan?
ya.. asalkan ada real value, no problem.. Value dalam game ke apa.. Ikut lah, asalkan ada something, tak banyak sikit pun jadi lah nak bagi relevant.. huhu..
Yup.. NFT ni ramai yang main/buat sebab nak duit. Sibuk ajak2 orang untuk jual beli NFT. Bagi aku bukan semua orang boleh main NFT dan bukan semua benda boleh dijadikan NFT.
Pakcik ni membuat stetment nft itu bagai membunuh semua hasil karya-karya yang dibuat susah payah disebabkan kebodohan menilai dari luaran sahaja sedangkan karya-karya itu memang bernilai
Kalau sebagai tanda support saya ok.. Tapi mostly yang saya tengok jenis cuba cipta duit dari sesuatu yang tiada value.. Ada artis yang mulanya jual nft karya yang boleh kata ada value.. Tapi lepas tu dia dok jual coin bersepah dah.. Cuba cipta value dari benda yang tiada value.. Orang pulak makan umpan.. adey
Kne belajar teknologi blockchain dulu.. Lg belajar, lg mengarut.. Sbg contoh.. Bitcoin.. Cop2 jugak tu.. Yg seni2 ni central bank dia nft.. Bitcoin ade ethereum.. Blockchain tu sendiri adalah skeptical.. Skeptical tu halal ke haram?
@@mdsaf8061 haa.. Ah.. Silap sket.. Eth tu ptutnya.. Tp, system samelah kalau blockchain2 ni.. Kalau dah smpai pow pos tu bukan ke dah lbh dlm mengarutnya?
THAT'S LIFE BRO. MAKING MONEY FOR SURVIVE IN THIS CRUEL WORLD. Kenapa tak ada hak? yang lukis kita sendiri. idea kita bro plus tak paksa pun orang beli xD
zalim bukan pasal artis ke apa.. Zalim ni maksudnya meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.. Tak kira kaya miskin, artis, atau orang biasa.. Kalau letak sesuatu bukan pada tempatnya, itu zalim..
@@BeraniBuat salam brother, sy xnk cover untuk nft luar negara, tp bro boleh tengok di dlm malaysia saja, bnyk projek2 yg bgus yg memberi keuntungan sama rata, hak cipta dan sebagainya, malah rmai creator dlm malaysia berjaya menempah nama hingga luar negara, dr nft mereka berjaya buat branding, dr sebuah lukisan, akhirnya menjadi brand pakaian, toys, game, animasi dan mcm2 lg, pelukis2 jalanan mahpun underground, semua akhirnya berani keluar dan menjual artwork mengikut nilai mereka. dan terjual. senang kata, mari bersama komuniti pentas malaysia, kami mahu naikkan karya lokal dan nilai art. walau hanya sekadar lukisan gantung di dinding, tp ia sngat bermakna untuk golongan seni. art adalah sesuatu yg bernilai
@@padindarl bnyak sebenarnya nft yg bgus, tuan channel terlalu bercerita tentang part yg buruk dr segi pembeli, sedangkan pembeli ada hak dan kuasa untuk memilih, bnyak saja nft yg murah serendah 20 ringgit tp hasil tgn lukisan ibarat bernilai 200, harap tuan channel dpt juga tgok kebaikan dr sudut penjual, creator/designer, pelbagai roadmap, benefit dan plan yg telah pun para para creator share, lngsung sy xnmpak isu zalim melainkan pembeli sendiri yg tidak pndai dlm ber urus niaga sama sahaja seperti di dunia realiti.
Sama mcm forex...nk melabur , melaburlah dgn betul asnb,rakaful ,raiz..byk lagi ...duk main forex duk teka graf naik ker turun....org duk kaji mcm mana pom tetap dia xtahu graf tuu naik ka turun...mufti dh keluarkan fatwa dh haram ..still bantah ckp mufti tuu xtahu ape...hahaha igt mufti2 buat keluar fatwa main2 kaa ..dia pom ader org2 laa kaji sesuatu issue sebelum keluarkan fatwa ..
Zaman teknologi digital..duit pn jadi digital..sekarang "barang" pn digital..contoh macam lukisan la..tapi benda tu fizikal..nft ni yg alam maya..gitu la bahasa mudah nya kot..tu sebab ada value dia turun naik..
Salam brother, sy minat channel brother, mmng lama sy follow, cuma part NFT ni sy kurang setuju, tp tiap org boleh berpegang kepada pendapat sendiri, cuma kalau boleh jgn la kata sesuatu gmbr itu tiada nilai. kalau sy kaya sy snggup spent berjuta untuk sebuah artwork, halau hanya sekadar cop and artwork itu tidak bersama sy tp di muzium, tp itu nilai yg sy snggup belanja sekiranya sy berminat dgn art itu bukan hanya untuka rt itu malah untuk pelukis nya juga. sbb sy alumni seni, sy faham nilai seni walau sekadar lukisan conteng. seni ada pelbagai jenis, ada pelbagai fungsi, terpulang pd pembeli/peminat, di pentas contohnya tiada paksaan, malah kalau kita nk ckp tentang hak cipta, copyright, ownership, ini semua boleh berurusan direct dgn creator. tiada istilah membeli sesuatu yg kosong. ada yg memberi fizikal, ada yg memberi merch, ada yg memberi special token dan segainya, pembeli ada hak, dan boleh ambil tahu apa keuntungan mereka sekiranya membeli sesuatu art. malah ada yg di ambil tindakan atas mencuri artwork, meniru, menipu, dan sebagianya. ini bukan saja untuk menjaga nama baik pelukis, malah juga untuk membantu para pembeli supaya tidak tertipu. namun tiap baik ada buruk, tp tiap yg buruk ada baiknya. kami bukan berada di pentas demi duit atau ingin kaya, tp kami berada di sini untuk menjual karya kami kepada yg berminat dan menghargai art. sebab setiap lukisan ada nilai nya yg tersendiri. maaf ya sekdar pendapat peribadi.
Gambar NFT yang orang dok rebut tu bukan artwork ya.. kebanyakannya hanya token yang tiada fungsi.. artwork itu orang lain dok guna.. kita hanya beli token digital sahaja.. Umpama orang dok beli kasut bola.. gi main bola dengan kasut bola.. kita dok spend duit beli kotak kasut bola tu.. kasutnya orang lain pakai, nak marah pun tokleh sebab kita bayar kotak sahaja.. Kalau real lukisan, orang bayar berjuta, beli dan bawak balik rumah.. Orang lain takde hak atas lukisan tu, pembeli sahaja ada hak.. Berbeza dengan NFT yang orang dok beli tu.. takde hak keatas lukisan..
@@BeraniBuat sy sendiri sebagai collector barang seni, sy juga penjual karya seni sy, maaf sy xpasti bhgian mana atau dr mana tuan channel jdkan contoh, tp jauh sngguh dr apa yg ada di dlm komuniti malaysia. Kami xbeli kotak, kami xjual kotak, kami jual art, yg boleh didapati dlm plbagai bentuk contohnya dlm bentuk digital untuk kegunaan digital, juga boleh didapati dlm bentuk fizikal, video, animasi mahupun tiket untuk penebusan. Tentang hak guna adalah persetujuan bersama, ini perkara yg lazim dlm bidang creative. Contohnya sy jual photo stock, awak blh guna untuk kegunaan peribadi dan selainya tp tidak boleh untuk commercial use, sama juga nft, sy beli lukisan digital, sy dihntarkan sekali lukisan original untuk kegunaan peribadi. Ini bermakna sy dpt menggunakan lukisan tersebut, untuk apa itu terpulang pd pembeli, hnya kita yg tahu untuk apa kita beli, untuk support pengkarya atau ingin menjadi pemilik kepada karya tersebut. Tentang pertukaran tuan adalah bonus, kita boleh beli untuk simpan, kita boleh jual untuk org lain. Tiada paksaan mahupun perkara yg zalim, nilai juga ditentukan mengikut kualiti mahupun demand sesebuah karya. Masing2 untung, pengkarya dpt royalti sebagai creator, pembeli menjadi ownership baru, sama juga seperti jual beli sesebuah lagu. Senang kata tuan join la komuniti malaysia jika berminat dgn seni2 anak tempatan. Insyllah ramai yg hebat2 boleh jelaskan dgn lebih baik.
@@LifeofPim kalau jual dan dapat output sesuatu.. tiada masalah.. kan dalam video ni saya dah terangkan.. part mana zalim part mana tak zalim.. Kenapa tiada istilah beli kosong.. Banyak je yang beli kosong tiada apa.. Hanya cop bekas "art" itu sahaja.. Tapi art tu orang lain guna tiada masalah.. Kalau beli art dan dapat memiliki art tu.. itu dah lain.. Kena faham maksud zalim.. Bila orang beriya kumpul duit sampai berhutang semata-mata nak hold token yang tak boleh buat apa sangat, itu zalim.. Zalim bukan paksaan ke apa.. Kalau kita gosok gigi guna berus jamban pun dah masuk dalam zalim..
@@BeraniBuat insyallah, pentas nft malaysia akan terus berkembang and terus membantu pengkarya2, artist2, designer lokal ke pentas lebih tinggi, sy hrap in future dengan segala projek yg kami buat akan dapat membuka mata ramai org dan boleh nmpak kebaikan nft di malaysia jauh lebih bnyk dr keburukan yg ada.
minta maaf bang. abg ckp meletakkan nilai kepada sesuatu yg tidak bernilai, yg tu sy dh rasa salah. first of all, art tu ada nilai dia bang, kdg2 mgkn bukan semahal nilai yg diletak tp utk cakap art itu takde nilai bagi sy salah.
NFT yang orang dok rebut tu bukan beli art ya.. art itu kita tidak miliki.. token tu je kita claim.. takde value apa.. umpama orang dok makam kfc, kita sibuk beli kotak kfc tapi perut lapar kerana kfc itu orang lain makan.. kitak hanya peluk kotak sahaja..
@@BeraniBuat kuasa ada di tangan pembeli bang. siapa kita nak halang org beli. ada org beli utk mendapatkan faedah daripada projek nft tu, ada org beli sbgai support utk projek nft tu, ada jg org beli dgn sekadar utk membantu org ssh. bagitau sy, apa faedah yg kita boleh dpt dgn screenshot?
@@horogoro "apa faedah dapat dari screenshot" xde faedah ia hanya untuk memalukan orang yang menangis dan bodoh pasal nft, itu sahaja. Also aku screenshot pfp awak.
ramai illustrators malaysia yang jual hasil perah otak, masa yg bnyak diluangkan, idea dan bakat mereka menjual karya seni from scratch 100% daripada hasil titik peluh mereka. karya seni adalah suatu produk. produk yang dijual walaupun dalam bentuk digital adalah intellectual property yg boleh dijual. tiada apa yang zalim. we put the value on the effort and time spent by those artists, those illustrators to produce the digital arts.
Kalau beli lukisan atau karya cerita lain, itu masih dianggap relevant.. Kita kena akui yang popular sekarang adalah produk spam yang cuba diberi nilai walau hakikatnya tidak bernilai.. Gambar NFT yang orang beriya jual beli ni bukan intellectual property ya.. Majority bukan beli hak atas sesebuah karya.. Kalau beli IP ni, karya tu jadi kita punya, orang tokleh guna gambar tu suka hati melainkan kita benarkan.. Kalau NFT ni digunakan sebagai token pembelian IP, no problem.. Tapi kebanyakan yang kita tengok adalah spam gambar pelik-pelik yang dibeli tanpa memiliki art tu.. Seperti peluk kotak graphic card tapi takde isinya.. Bayar mahal pula tu..
Ini sama dgn mana2 platform digital bang, risiko memang ada, termasuk la youtube, google, ig, shopee sekalipun. Semua ni tempat org invest dlm iklan, product, art dan mcm2 lg. Every business ada risiko, and tiap risiko haruslah dikaji dan bersedia.
== Pastikan tengok sampai habis sebelum komen ==
Ini pandangan saya tentang NFT.. Mulanya rasa taknak buat video pasal NFT tapi macam mula jadi wabak yang saya tak berapa sedap kat mata saya.. huhu.. Terpaksa buat satu episod khas tentang NFT untuk orang awam..
Ingat.. Jangan letak sesuatu bukan pada tempatnya.. Jangan letak nilai pada sesuatu yang tidak bernilai. Jangan jadi zalim..
Saya tak cerita bab blockchain ke apa sebab akan jadi lebih kompleks.. Yang ini pun saya cuba habis baik untuk simplify supaya orang awam nampak..
NFT asalnya sebuah teknologi sahaja.. Tidak buruk dan tidak baik.. Neutral.. Bagaimana kitagunakan tu yang buat dia jatuh ke buruk atau baik.. Majoriti yang saya nampak dan popular adalah yang tidak baik..
#beranibuat
bagus bang... berani kerana benar, berani buat~! terima kasih sebab menyuarakan hal ni...
Terima kasih atas penerangan.. Ramai sekarang promote benda NFT ini.. Dalam hati risau benda ini salah dalam Islam je..
Nasihat pada hari yang mulia sangat2 bagus Bang!
Terbaik bang..ni betul2 berani buat..hehe.. video ni baru betul2 faham tentang konsep nft ni 👍👍👍
#beranibersuara
Betul apa yg tuan cakap semua tu. Trend dan pengaruh sekeliling adalah satu benda yg sgt bahaya.
Dua channel teknologi yg paling bermanfaat di Malaysia..Berani Buat n Pendakwah Teknologi..harap korang dapat bergabung satu hari nnt..stay humble😀
Akhirnya, ada video penerangan yang kontra dengan NFT dari video penerangan lain yang lebih pro-NFT. Terima kasih bang Berani Buat! 🙌
Sejujurnya saya setuju je dengan speaker. Tapi saya lagi teruk, saya label NFT Scam.
Saya terlibat secara langsung dengan blockchain, crypto, tapi kurang berkenan sikit dengan NFT, sebab bagi saya ia HYPE. Kesian buat mereka yang membeli sesuatu yang tiada nilai bila hype habis nanti.
Saya setuju juga pasal benda ni..kita sependapat dengan Pendakwah Teknologi. Banyak kali saya study pasal NFT ni, apa yg dikata tu benar.
Bagi sy NFT sebenarnya alat/marketing strategi utk mencipta crowd/community untuk meningkatkn kebergantungan kpd crypto ..sebab crypto sendiri tiada intrinsic value and based kpd demand and supply semata2..klu citer bab NFT dr sudut play to earn game sy agak bersetuju dgn konsep nft tp bkn juga dlm semua bab..even dlm nft game pn bersepah kena beli mysteri box yg xtau apa didalamnya(judi)..tapi still ok sebab company create coin sdiri for their game..cuma utk survivality tu agak sukar sbnrnya..kalu citer psl NFT berkaitan art,mostly dibelakang tabir byk tangan2 ghaib billionaire punya strategi utk melariskan coin,money laundering,jual beli benda haram(senjata/bom dll) dan banyak lagi..orang awam yg kononnya nk jadi pelabur NFT tu sy blh katakan 90% xtau apa pn diorg buat tu sebenarnya..hanya main ikut2 dan xtau apa benda pn sebenarnya..dikawal oleh nafsu yg nak cepat kaya je...daripada jadi pelabur NFT lebih baik belajar dlu jadi pelabur crypto dan faham selok belok crypto dlu ..itu lebih baik sebenarnya.
Intrinsic value pd crypto currency terletak pd integrity of blockchain technology..teknologi yg mampan menjadikan ia satu bentuk aset digital yg mampu store value..
Terima kasih atas komennya. Masih cuba untuk faham berkaitan nft
kalau emas kita boleh NAMPAK & SENTUH emas tu kalau kertas kita jugak boleh nampak dan sentuh kertas .. tapi crypto apa yg kita nampak? cuma susunan angka didalam dunia maya .. bagi para penyokong crypto coin mereka mengatakan bahawa teknologi Blockchain yg digunakan itu adalah sesuatu yg sempurna tidak ada kelemahan dan kebal terhadap sebarang bentuk serangan siber .. ini soalan saya kepada mereka .. apakah Blockchain itu benar2 sempurna? sedang Islam mengajar kita bahawa ciptaan manusia tidak akan pernah sempurna dan kekal .. apa akan terjadi sekiranya suatu hari seluruh sistem tersebut runtuh begitu saja? apa akan terjadi kepada kita dan pelaburan kita? fikir fikir kan lah! wala'hualam
NFT tak dinafikan masih baru dan tidak stabil lagi. Namun ada projek2 yang bagus kerana utilitinya. Sebagai contoh, kita bayangkan NFT tu sebagai seasonal ticket pass utk ke stadium melihat pasukan bola Liverpool la kita pilih ya, jadi Liverpool keluarkan NFT terhad 1000 sahaja. Kelebihan, smua pemilik nft akan dpt free msuk setiap game home dan away. Hanya pemilik NFT. Sudah tentu org berebut bukan. Sbb ingin support Liverpool. Jadi kesimpulannya, nk beli nft bole. Tapi kne selidik dlu, kalau kita beli kita dapat apa. Dpt tgk and flex sahaja atau kita sndiri dpt kebaikannya.
Iyaa betul, mmg ada da pun yg buat special privileges/access kepada tuan NFT tu. Yg artis omputih beli smpai harga berjuta, even player bola pun beli sbb ada dapat access untuk masuk private club, concert, group tertentu dan bnyk lagi. Mmg ini nmpk ada masa depan, boleh guna as transaction/receipt/ticket/pass. Dulu bitcoin nk buat da rasanya nama Smart Contract, concept mcm sama tapi tapi lebih kepada jual beli asset kete/rumah guna crypto tanpa kontrak yg rumit dan permohonan dari bank. Dari transaction terus dapat kete. Tapi yg NFT yg jual gambar ni sahaja mcm kurang masa depan dia, kerana ini lebih kepada art je yg merupakan permainan orang kaya
So korang nak bayar ticket nft kos mint dari rm50-200 dan termasuk harga sebenar dari Liverpool rm500. Wow "genius"
Assalamualaikum, NFT ni banyak jenis sebenarnya.. cuma mainstream yg org tau adalah jenis JPEG tu.. Setakat gambar kaku.. Tapi sebemarnya NFT ada banyak utilities lain yg kita x tw.. contohnya land owning dlm satu² ecosystem dikira sbg NFT.. boleh sewakan atau jual. Karekter unik dalam game pun 1 jenis NFT, boleh jual ataupun jana passive income.. biar NFT yg kita own tu jana pendapatan harian..benda tu kita panggil pay 2 earn.. ada banyak lg..
Ya.. Saya start contoh dengan gambar tu sebab kemain popular lagi.. Dan value dia hmm.. Banyak fungsi NFT yang elok tapi yang dipopularkan dan hype adalah yang tak berapa elok ni..
ruclips.net/video/_1PSvqho8UE/видео.html
abang boleh check video ni..risk NFT..
Digital nasi lemak usd400
itulah dekat ujung video ade brader ni ckap yg bgus tu nft yg ade function direct mcm game ke.. nampak fungsi yg limited tu..
@@padindarl kann.. itu lah yg syafiq ni terangkan
Mula2 NFT keluar tu, aku pun ragu2 dan tak faham, apa benda ni sampai sanggup beli berjuta-juta. Nampak macam scam pun ada. Crypto pun sama jugak, benda tak ada asas dan boleh colapse bila2 masa je. Yg pertahan cypto tu padahal dah rugi beribu tapi masih letak harapan tinggi. Hairan
Salam berani buat, its a good sharing. Tp, ada satu part yg sy rasa bro kene study which is hukum letak harga mahal pada barang nak dijual. Sy ad dgr uai jwb soalan pasal letak harga mahal pada suatu barang. Klau barang asas spt mknan, yes, its zalim letak harga mahal, sbb itu keperluan. Tp klau barang yg bukan keperluan spt barang hobi, rc car, tak ada masalah untuk letak harga mahal, sbb bukan keperluan.
Nft is like a hoby untuk sesetengah org, bg mereka satu kepuasan untuk "cop" sesuatu even mcm budak2 (as per u judge org2 yg main nft).
So, mampu beli, silakan, x mampu beli, xde masalh, screenshot atau download je.
Keep up the good sharing bro, its a good topic tp jaga hati org cari duit dgn berkarya di nft :') we are not selling something yg memudaratkan pon dkt org, mcm dadah, rompak bank.
So far,berani buat merupakan channel youtube yang paling bermanfaat bagi saya. Terima kasih tuan.teruskan bekarya.Semoga terus berjaya tuan. Doakan klinik saya berjaya
Rukun jual beli dalam islam :
1. Barang yg hendak di beli/di jual
2. Penjual / pembeli
3. Wang / nilai barangan yg dijual/dibeli
4. Aqad/ijab kabul pembelian/penjualan
Sy tertarik dgn isu nft ni sejak kebelakangan ini yg semakin mendapat perhatian umum.. spt yg sy nyatakan di atas.. nft x cukup syarat dlm rukun jual beli atau berlakukah jual beli.. sbb bila kita bayar brg mesti ada atau perkhidmatan itu mestilah kita nikmati.. pd pdgn sy nft x berlaku begitu.. maka jual beli itu tidak sah.. betulkn klu sy salah atau x tepat berkenaan konsep jual beli nft ini.. tp rukun jual beli dlm islam jelas dan nyata spt yg sy terangkan di atas..
Salam, jika sy beli nft, sy dpt lukisan digital dan ada juga yg sekali dgn lukisan fizikal. Ada juga yg sy beli, boleh nikmati faedah yg lain seperti merch dan sebagainya. Ckup dah tu kan rukun nya.
@@LifeofPim ooo.. jika tuan beli nft dpt lukisan fizikal yakni brg yg tuan boleh simpan.. maka cukuplah rukunnya.. cumanya saya berpandukan apa yg saya kaji dan apa yg telah diterangkan oleh brader Syafiq spt dlm video di ats.. itu yg sy nampaklah.. andai betul transaksi muamalatnya spt tuan kata.. maka cukup rukunnya dan jual beli itu sah.. maaf andai sy kurang lagi ilmu berkenaan nft ini.. hnya pdgn peribadi sy shj..
@@razochannel5030 maaf tp apa tuan chanel smpikan tidak tepat situasinya, tuan channel terlalu bnyk mengguna ayat belian sesuatu yg tiada nilai sedangkan setiap artwork yg dijual ada nilai yg tersendiri, seprti pasaran lain, tidak ada unsur memaksa wajib atau harus beli, kita boleh browse seperti biasa dn mencari/beli produk atau lukisan yg digemari, dr harga paling murah ke paling mahal, tawar menawar juga ada jd tiada unsur zalim atau mengait untung lebih, pembeli boleh check, bertnya dan sebagainya, ia adalah satu komuniti yg sihat dan support di antara para2 artist, malah pnjualan digital artwork bkan benda baru, tp hanya sbb ada ayat nft, ia mnjdi satu isu, belian digital juga tiada masalah, tuan chanel kita hnya cop, sedangkan ramai creator nft memberi lukisan digital kepada pembeli untuk kegunaan personal. Contohnya penggunaan wallpaper, pfp yg legal. Lalu dpt mengelakkan unsur copy paste, ciplak, lalu menglakkan pengunaan sahih serta promote hasil buatan lokal
@@razochannel5030 Kalau app digital berbayar macam game?
Dia boleh dinikmati,adakah dia dikira jual beli?
@@monkeslayer-km5ho spt sy nyatakn di atas tuan.. andai kita dpt nikmati.. gunakan faedah atau perkhidmatannya maka hukum jual beli itu sah..
Sekadar penambahan.. NFT tu bukan sekadar gambar sahaja.. boleh jadi video, music, suara, film, etc yang dalam digital melalui sistem blockchain. Betul la tu penerangan Berani Buat.. ya ada yang buat benda ni sebagai pelaburan. yang tak masuk akalnya, harganya mcm unlimited, ada sampai jutaan USD.
But still, oleh kerana tiada regulation terhadap NFT ni, boleh jadi juga NFT jadi pusat 'cuci duit' (ini cerita dark side nya la).. ada pula yang dia create NFT tu.. pastu dia sendiri yang beli.. nak kasi HYPE kononnya dia punya NFT bernilai dan dia tawarkanlah harga lebih murah dr harga belian palsu tu... maklumlah.. transaksi dlm blockchain siapa je yang tahu kan ownernya..
But still, NFT jadi 'bernilai' kerana HYPE skrg.. permulaan tu dari underground.. dah masuk mainstream.. kena pulak kpd org nak cpt kaya... melonjak la cerita NFT ni.. hehe..
By the way.. siapa yang nak sibuk2 dalam NFT ni, baiknya banyakkan la researchnya.. jangan sampai terciduk..
Terbaik la.. selitkan juga tazkirah.. ilmu dunia dpt, akhirat pun ada.. Kadang2 kita lupa, asyik sangat dikejar & mengejar dunia ni.. sana sini duit.. bngun tido makan.. otak dok pikir pasal duit.. pasal keperluan family.. sedar2 kita dah hanyut dgn dunia.. bagus la content ni.. menusuk kalbu, iklas.. teruskan tuan.. 👍👍👍👍👍...
Kan👍🏻
@@zepahhuman ha ha.. typo la plak.. tq mention.. sy dah betulkan..
@@roziemohd4717 boek, sy pun dh edited sy punye👍🏻
Ghozali Everyday menjadi orang paling cepat kaya melalui NFT kerana beliau sangat konsisten mengupload foto diri sendiri selama 5 tahun tanpa henti.Dari sini kita boleh belajar bahawa jika kita bersungguh-sungguh dan bersabar dalam melakukan sesuatu perkara.(Beliau hanya menjual gambar dengan harga setara RM1)
Yep betul👍.
Lebih kurang mcm monkey business + art + digital(blockchain)
ruclips.net/video/xxYlBvH8PUQ/видео.html
*Berdasarkan kisah benar alasan pelukis NFT Malaysia bagitahu,*
- lantak la orang ada duit suka hati dia nak buat apa.
- NFT ni rare ada bukti record siapa punya owner.
- Hanya orang fikiran matang je nampak ada value bukan budak kecik tak tahu apa pun pasal seni.
- Orang hebat akan fikir maju ke depan dengan business trend baru.
- Dulu orang tulis pakai bulu ayam, kemudian pakai pen & sekarang ni digital lagi mudah laju senang.
- Orang zaman sekarang banyak dengki tak boleh tengok orang lain senang ada duit beli NFT.
- Orang beli gambar realiti gantung dinding cakap ni lukisan berjuta dari luar negara tapi apa buktinya? tapi NFT ni dunia internet ada bukti dengan contract selagi dunia ada electric.
- Ambik gambar cakap yang tu dia punya tapi apa bukti? contoh macam kereta sport selfie bagitahu social media dia punnya tapi apa bukti melainkan ada tunjuk resit contract.
- Negara maju mesti buat business lain bukan sama je ada persaingan sampai susah nak berniaga.
- NFT ni gambar boleh bawa merata tempat cuma penting ada internet cukup boleh tunjuk kat orang guna laptop atau handphone.
- NFT tak boleh rosak, kotor & sentuh macam gambar lukisan calar sikit harga jatuh.
- Zaman sekarang banyak cashless bayar online je nak beli bukan matawang susah nak berniaga jual sampai luar negara.
- NFT ni jual kat luar negara senang sebab Malaysia jual murah je petik jari daripada foreigner.
- Rumah pun tak sepah semak ada gambar gantung kena cuci bersihkan habuk.
- Orang yang matang banyak baca buku je tahu nilai kebaikan NFT ni.
- Orang berjaya akan mulakan langkah awal dahulu bukan dah lama nanti baru menyesal kenapa tak buat business NFT sedangkan mudah je lukis guna digital tapi jual mahal.
- NFT lukis bukan kena beli peralatan lukisan, kena drive pergi kedai cari bahan lukis dengan mewarna.
😱😱😱😱😱😱
Bagi sy nft ni adalah permainan yang mengguankan duit untuk menjadikan perniagaan... Sbbnya yg mencipta bnd ni adalah org yg billionaire... Mereka sama mereka cipta satu benda baru supaya org terikut...
Smp satu masa bnd ni nothing dan yg rugi siapa yang lambat masuk...
Siapa yang berduit dia mampu memanipulasi dari segi kehidupan kita...
Sama konsep ke dengan orang beli kasut limited sampai puluh ribu? Baju bundle ribu2? Saya graphic designer, dan dpt income dari jual kasut limited n buat nft. Saya beli kasut rm600 lepas tu market naik rm1400. Aduhhh pisang aku mat 😭😭
Banyak point dari abanb syafiq memang betul and ada beberapa yg masih dipersoalkan.... Tapi memang boleh bukak mata ramai orang bahawa NFT dlm art kebanyakan nya ada laah scam
Yup.. sebab saya pun tak terangkan detail konsep blockchain.. takut orang awam pening nak faham hash bagai.. nak terangkan konsep decentralize lagi.. huhu.. tu yang fokus point kenapa boleh jadi zalim je.. ada part yang funtion elok NFT ni.. tapi majoriti yang berlaku sekarang part yang tak elok.. huhu..
NFT boleh jadi alat utk crowdfunding, charity, dan bermacam2 utility lain. tuntasnya setiap projek yg release NFT adalah utk mengumpul dana bagi projek mereka, apabila untung atau apa2 benefit, ianya akan dibahagikan kepada pemegang NFT. Bagi saya ia sama sahaja seperti membeli saham atau pemilikan dalam sesebuah syarikat cuma dalam skop yang lebih kecil. Saya setuju yg art semata2 tidak akan kemana, namun konsep yang sama dalam pasaran modal diaplikasikan juga dalam NFT bagi tujuan business menjadikan NFT makin menarik utk pelabur. Pun begitu, banyak kelemahan dari segi regulation dan ia sgt terdedah kepada penipuan dan eksploitasi. pemain NFT makin sedar akan benda2 sebegini dan mula mewujudkan banyak alternative dan solution utk avoid risiko tadi berlaku antaranya DAO dalam NFT. Saya bukan pemain NFT tegar cuma membeli sekadar utk faham apa itu NFT dan kenapa ianya HYPE, supaya kita boleh faham sesuatu yang kita tidak faham. Dari perspektif Shariah pula, rami ulama kontemporari khususnya dalam bidang Muamalat masih memilih untuk tawaqquf dalam NFT disebabkan ianya masih samar2 dan terbuka kepada eksploitasi. Ada sebahagian yang membenarkan dengan syarat2 yg ketat, boleh follow Mufti Farraz Adam, Head of Sharia Advisory di Amanah Advisor untuk faham dengan lebih mendalam. Menyentuh tentang zalim, perlu diingat zalim juga mempertikaikan rezeki org lain seolah rezeki kita paling betul caranya. Nasihat saya, senyap lebih baik daripada berkata perkara yg tidak difahami dan bukan bidang tuan.
Nft bukan saham la, it blockchain. Kalau nak guna blockchain untuk bahagi saham, itu pembaziran sumber alam untuk benda yg tak masuk akal. Korang x reti guna akaun ke. Itu backward mentality
Menarik, sebahagian ada yang betul, dan sebahagian lagi tidak berapa tepat. Bepuluh tahun yang lalu ramai yg anggap main game ni buang masa tapi zaman sekarang sebaliknya. 4-5 tahun sebelum ini ramai yang anggap crypto ini menggarut, pun sama sekarang sebaliknya. Bila fikir balik, walaupun kita tak nak terima sesuatu benda itu bahkan kita rasa tidak diterima aqal, tapi hakikatnya dunia dan masyarakat sentiasa berubah. Zaman kita mungkin akn berlalu. Walaupun NFT ni adlh scam dan mudah kena scam, tapi analisis Opensea menyatakan jumlah yg terlibat dgn NFT ni meningkat, bukan beribu bahkan ratus ribu setiap bulan. Saya sendiri pun rasa bodoh bila ada yg jual dan beli selfie berjuta ringgit. Perasaan sy mcm riak abg masa last2 video ni. haha Tapi part akhir tu setuju sangat2. Islam meletakan garis panduan dalam mencari harta, maka cari lah dengan sebaik nya,
Harap ada lagi video NFT. hahah
apa y kita lalu adalah apa y kita pilih...dan dengan pilihan ini kita yang mengatakan 'ye aku terima' dan berjanji akan pulang kepada Yang Satu...tp bila dok dalam dunia ni...semua lupa...dan buat2 lupa...sy suka bila menyentuh bab rezki 2...mmg itu y kita pilih untuk kita jalani...kaya ke...miskin ke...ada tugas2 nya...dan kerana kita y berjanji...lahirlah kita di dunia ni...jd...xde isu pun kaya miskin...
setujuu.. AKHIRAT SELAMA-LAMANYA
rasanya bende ni berguna lah utk orang2 yg dah ada pengaruh/nama utk up kan reputation dorang (or jana income tambahan) dengan mengeluarkan 'tokens' utk fans dia.. siapa cepat dia dapat lah token yg unik tu dan mngkin akan diangkat sbg top fan.. mngkin siap buat collection lg..
saya setuju 100%, sebab terdapat banyak benda yang tidak bermanfaat di berikan value yang tinggi dan zalim kepada sistem ....contoh muka selfie NFT tidak bermanfaat pun kepada manusia hanyalah permainan manipulasi dan menjadi mengarut. dunia jadi tidak produktif dgn penghasilan NFT yg zalim
Sy melihat pelaburan dunia metaverse lebih baik dr nft, mmg dua2 ini ada kaitan, yang mana nft akan digunakan dlm dunia metaverse, tp pelaburan dunia metaverse lebih efektif...contoh pemilikan tanah dlm dunia metaverse...boleh jual, boleh buat komuniti, iklan produk secara global...tp kena pastikan projeknya betul2 hype....klu x...gulung tikar.😂😂😂
Bayangkan, gambar Huruf A dijual dalam bentuk NFT, kemudian edit sedikit tambah a, jadi Aa, kemudian jual lagi dalam NFT.... apa nilainya?
Alhamdulillah, terbaik perkongsian yang diberikan. mudah faham dan jelas bagi yang memahaminya. Memang seeloknya dan sebaiknya
kalau NFT dkt malaysia tu msh boleh diterima akal lagi. sebab Art dan harga yg dorg kenakan masih logik dan art dorg kebanyakan sangat berkualiti. kira mcm jual beli barang seni. tapi kalau dekat open sea, Seni yg sgt mengarut dan xberpatutan dengan harga.. btul la mcm yg bro ckp..platform tu digunakan utk money manipulation atau money laundering shja..
Setuju
Warrant Buffet investor terkaya no2 dunia bila ditanya PSL crypto&nft dia jwb,"saya tak Akan invest benda yg sy xfaham"
Pendakwah teknologi punya channel pun ada cerita pasal ni
اللهم صلى على محمد
allahumma solli ala muhammad
#JanganLupaBacaSelawat
Tapi saya pernah dengar NFT mcm Bored Ape, apabila seseorang tu beli NFT dari diorang, hak milik tersebut umpama tiket untuk mereka yang beli (NFT tersebut) untuk mengakses pelbagai jenis hiburan contohnya parti di atas boat mewah, private party. So technically beli NFT tu kira ada nilai lakan?
betul tu
Dulu saya ingt NFT ni mcm copyright. Klu dah beli tu, dapat copyright nak guna token tu contoh macam print baju ke, guna dalam video ke...
Baru tahu NFT ni xde function apa2 pun. Maybe la mcm art painting yang gantung kt dinding tu... Just untuk deco/view sahaja... beli beribu untuk gantung dinding, then jual kt orang dengan harga lebih tinggi....
Tapi masalahnya, art fizikal tu beli ada something.. majoriti gambar NFT yang orang dok hangat ni takde ape ape.. just cop dia je.. Hak cipta tak dapat, gambar orang lain cedok gitu je, takde value..
Salam, terima kasih bang buat content NFT ni sebab kebelakangan ni makin menjadi soal2 NFT. Penerangan abang dari segi konsep memang lengkap, simple dan mudah faham mmg terbaik. Saya nak tambah beberapa point dari segi finance/kegunaan lain.
1. Kebanyakkan mereka yg beli NFT digunakan utk lari daripada membayar cukai. Disebabkan NFT ada 'price history' maka satu2 NFT tu akan dinilai berdasarkan 'harga yang dibeli'. Contoh awak gain 300k Ethereum drpd trade dan awak taknak bayar cukai jadi awak boleh convert kepada NFT, bila convert, ethereum tadi tidak lagi dianggap sebagai 'untung trade'/capital gain- maka tak dicukai.
2. Majoriti NFT tidak bernilai sebab:
i- Banyak NFT gunakan Intellectual Property orang lain,so NFT tadi is only derivative work (macam fanart)
ii-Gambar yang awak beli/cop tu tak berada di dalam blockchain. Ianya berada di dalam server, so bila server down, "asset" awak pun akan lesap
iii-Kebanyakkan NFT takda/very limited utiliti - jika NFT tu berkait dengan game, adakah game itu dah divelop? berapakah penggunanya dan sekarang ni tiada teknologi untuk satu NFT boleh figunakan dalam pelbagai game yang berlainan, kerana engine game berbeza dan game studio rugi jika satu item boleh dikongsikan kepada game yg lain2 - sama hal macam tiada MARVEL content dalam Netflix, Disney buat streaming service dia sendiri.
3. Funny but true: screenshot je NFT tu 🤣🤣🤣
Kalau ada point2 lain boleh tambah
Baru tahu 2-ii tu 😰😰
Ya saya setuju pendapat abang tapi saya ada pendapat sendiri jugak kenapa nft tetap ada nilai dia...hanya org yang faham lebih dalam pasal nft je....👍apa pon nasih Ang bagus
TQ... ter👍 perkongsian... menambah pengetahuan utk berhati² terutama buat anak² yg sudah terpengaruh...
Mantap bang bunyi background nice, point last tu mahal which laluan kepada duit yg kita nk.
paling karut nft hanya utk dunia digital. sekiranya dunia ni tak de electric. dunia digital tak de nilai. org yg bayar juta2 tu mengarut.
yang viral dulu NFT melayu tengkorak saka , dah diam terus. org yg beli NFT dia pun account deleted. rasa mcm temporary promotion je tu nk kasi org beli nft dia banyak2.. tp dia beli NFT dia sendiri nampak la mcm org beli barang dia.. gimmick je sume..
Oh ye ke? Scam betul ya? Ish ish ish.
Assalammualaikum,tuan ada tempat belajar bahagia programme tak atau ada kelas programme..saya ni berminat tapi sayang usia pun dah meningkat rasa sebesalah minat it ni tak tercapai cita-cita saya ni.
Duit gaji,rezeki kita memang semua Allah bagi.tapi laluan kita yang menentukan halal haram. nice nasihat ni abg.
Betul bang. Tu belum lagi ckp tentang enviromental punya concern pasal nft ni...
Fakta menarik bang! Dapat juga ilmu baru,, Hujung2 video ada motivasi muhasabah diri huhuhu, Jumaat Hari keberkatan 💪
artis buat nft gmbar mcm tiket... kluar limited mcm 1000 unit... so sape yg ada nft tiket tu dlm wallet tu, boleh tengok konsert dia.. klu dh xnk tiket tu, boleh la kte jual kt org lain tiket nft tu... kalau mcm ni, nmpak juga la function dia..
Lol no, you beli nft pertama you kena tanggung harga minting dari rm50-200 lepas itu harga ticket sebenar dari artist rmxxxx, lepas itu you nak jual you kena bayar transfer fee 2.5% atau lebih tinggi kepada cypto blockchain. So fikir la berapa kau rugi dari beli sahaja ticket. Ini bukan investment, you beli resit sahaja.
nak minta ulas sikit, yg pelaburan emas viral skrg ni, beli emas non-fizikal, adakah dikategorikan sebagai NFT?
Most nft akan jadi tempat laundering money.
setuju.. game duit gitu je..
Akhirnya ada pon orang yg buat video NFT yg hype ..saya agree dgn abang
Cuba abg kaji pasal Axie infinity. Apa pendapat abg.
Alhamdulillah. Terima Kasih.
Tak dinafikan NFT masih baru dan tak stabil. Mungkin lepas ni geran tanah pula jadi NFT so boleh selesaikan masalah orang tengah dan manipulasi data. NFT not just art it a contract.
tahniah admin akhirnya berjaya jugak di sini
NFT mcm marketing je tu sendiri buat, sendiri beli... pelik2..bende2 artificial xle caya
macam ada orang lukis lawa2 tu bernilai la untuk nft macam beli dari stockphoto camtu tapi stock ni kena gambar shot dari kamera ja. bagus la ada medium nft untuk golongan designer ni. tapi yang nft jual gambar selfie pastu beli mahal2 tu memang mengarut. memang la untung sapa yang jual tu. dah yang beli tu x fikir tu benda tu membazir. x pun boleh jadi cuci duit la antara benda yang merisaukan
Beli lukisan lawa kat NFT pun no point, sebab kita bukan beli lukisan itu.. Kita cop kotak lukisan tu je.. Lukisan tu orang boleh print, boleh guna kat website, bersepah-sepah.. Kita hanya claim kotak tu kita punya..
Padahal kalau saya beli barang ke apa, kotak tu saya buang je.. Bukan ada apa.. Maybe ada orang yang minat kumpul kotak.. Kita beli barang dapat kotak, kotak tu boleh simpan buat kenangan.. Bukan beriya beli kotak harga ribu sampai juta.. Zalim namanya.. huhu..
kami yg penah keja designer no point stock gambar jpg. screen capture pun boleh. melainkan dia jual a.i file, atau psd ni dipanggil original file boleh edit. bukan hanya cop gambar tak leh edit no point.
@@BeraniBuat tak pernah try beli lagi. ingat ka sapa beli lukisan tu akan dapat original file berbanding sapa yang screenshot gitu, skrin resolution la. ka bukan?
Yup saya setuju nft tu zalim melainkan dia ada utility yg memanfaat manusia sama ada di dunia maya dan di dunia yg nyata.
ya.. asalkan ada real value, no problem.. Value dalam game ke apa.. Ikut lah, asalkan ada something, tak banyak sikit pun jadi lah nak bagi relevant.. huhu..
Betol tuan... Nft ni mmg mengarut... Sy mmg xsokong....walawpun sy holder cryptocurrency
Baru je semalam opensea kena hack2. Sembang selamat sgt. Benda xnilai kena curi
Yup.. NFT ni ramai yang main/buat sebab nak duit. Sibuk ajak2 orang untuk jual beli NFT. Bagi aku bukan semua orang boleh main NFT dan bukan semua benda boleh dijadikan NFT.
info yang menarik terima kasih...lepasni boleh cerita pula pasal metaverse...
Selama ni ingat nft tempat jual beli karya pastu jadi hak milik. Rupanya untuk cop je🤦 membazir betul. Btw saya cop vegeta bang 😂
Assalamualaikum semua umat Islam. Mari berselawat kepada nabi Muhammad SAW. اللهم صلى على محمد. #JanganLupaBacaSelawat
aku rase macam orang bukak lelong barang tapi dalam digital. nama jer lelong tapi harga kaw2 dia pergi.
simple giler nak faham....terima kasih tuan.
memang mengarut.
sekadar nak ikut trend semasa.
benda takde nilai pun.
benda tak boleh jadi hak.
Selama lamanya
Terbaik abg..great content
👍👍👍
Soalan kalau NFT DI lukis atas kertas APA JADI
Pakcik ni membuat stetment nft itu bagai membunuh semua hasil karya-karya yang dibuat susah payah disebabkan kebodohan menilai dari luaran sahaja sedangkan karya-karya itu memang bernilai
Good2! Sambil2 buat conten.. ade ceramah skit.. mantap
Semoga Allah memberkati dan menerima amalan kita semua
dan masih ada pengkarya yang yakin NFT dapat melindungi hakcipta sesebuah karya seni....hahaha! mengarut...
betul juga tu..mcm tak kena je jual beli benda yg tak ada value ni.. yg artis lukis2 tu ok lagi, yg jual gambar selfie dia tu mcm melampau... hahaha
Kalau sebagai tanda support saya ok.. Tapi mostly yang saya tengok jenis cuba cipta duit dari sesuatu yang tiada value.. Ada artis yang mulanya jual nft karya yang boleh kata ada value.. Tapi lepas tu dia dok jual coin bersepah dah.. Cuba cipta value dari benda yang tiada value.. Orang pulak makan umpan.. adey
Salam tuan buat content mining machine mcm mana dia boleh generate coin setiap
Kne belajar teknologi blockchain dulu.. Lg belajar, lg mengarut.. Sbg contoh.. Bitcoin.. Cop2 jugak tu.. Yg seni2 ni central bank dia nft.. Bitcoin ade ethereum.. Blockchain tu sendiri adalah skeptical.. Skeptical tu halal ke haram?
betul dgn up and down harga bitcoin convert fiat money yg melampau lg.. dgn alt coin tumbuh mcm cendawan..
@@padindarl haa.. Ah.. Blockchain tu dah scam brape bnyk? Smpai chip shortage.. Overuse electrical source.. Effect climate change.. Jenayah curi elektrik.. Smpai skarang pelabur2 bitcoin tak dpt bgtau.. Ape hasil mining calculation tu dibuat? Cloud supercomputing? AI? Illegal human research? Katanya bitcoin dah nak hbs dilombong.. Masih tak nampak produk yg berguna..
@@techchannel6059 bitcoin dengan ethereum tu lain bang, penah sengar PoW, PoS?
@@mdsaf8061 haa.. Ah.. Silap sket.. Eth tu ptutnya.. Tp, system samelah kalau blockchain2 ni.. Kalau dah smpai pow pos tu bukan ke dah lbh dlm mengarutnya?
Bitcoin mcm mana bang
THAT'S LIFE BRO. MAKING MONEY FOR SURVIVE IN THIS CRUEL WORLD. Kenapa tak ada hak? yang lukis kita sendiri. idea kita bro plus tak paksa pun orang beli xD
Lebih kurang cop buah durian atas pokok tapi x pasti jadi milik dia
Betul Tuan Syafiq, NFT ni memang mengarut.
aku tertarik minit ke 8.. mcm2 cara boleh bt duit, haha
Terima Kasih pencerahan NFT sangat bermanfaat 🌹
bila artis miskin, kena caci maki, kena kutuk.
bila artis boleh buat duit. org kata zalim.
zalim bukan pasal artis ke apa.. Zalim ni maksudnya meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.. Tak kira kaya miskin, artis, atau orang biasa.. Kalau letak sesuatu bukan pada tempatnya, itu zalim..
Mungkin rezeki untuk artis yg menghasilkan lukisan brkualiti tinggi
Orang kaya yang tidak tau nak letak duit kat mana, situ la mreka letak
@@BeraniBuat salam brother, sy xnk cover untuk nft luar negara, tp bro boleh tengok di dlm malaysia saja, bnyk projek2 yg bgus yg memberi keuntungan sama rata, hak cipta dan sebagainya, malah rmai creator dlm malaysia berjaya menempah nama hingga luar negara, dr nft mereka berjaya buat branding, dr sebuah lukisan, akhirnya menjadi brand pakaian, toys, game, animasi dan mcm2 lg, pelukis2 jalanan mahpun underground, semua akhirnya berani keluar dan menjual artwork mengikut nilai mereka. dan terjual. senang kata, mari bersama komuniti pentas malaysia, kami mahu naikkan karya lokal dan nilai art. walau hanya sekadar lukisan gantung di dinding, tp ia sngat bermakna untuk golongan seni. art adalah sesuatu yg bernilai
@@LifeofPim mcm ni bagus ada function dia...
@@padindarl bnyak sebenarnya nft yg bgus, tuan channel terlalu bercerita tentang part yg buruk dr segi pembeli, sedangkan pembeli ada hak dan kuasa untuk memilih, bnyak saja nft yg murah serendah 20 ringgit tp hasil tgn lukisan ibarat bernilai 200, harap tuan channel dpt juga tgok kebaikan dr sudut penjual, creator/designer, pelbagai roadmap, benefit dan plan yg telah pun para para creator share, lngsung sy xnmpak isu zalim melainkan pembeli sendiri yg tidak pndai dlm ber urus niaga sama sahaja seperti di dunia realiti.
Bg aku, ia lebih kpd teknik money laundering yg paling simple.
Terima kasih di atas pencerahan.
Buat apa bayar kalau boleh screenshot je
fuhhh... ikut logik memang tepat, tapi panas jubo geng geng nft nih.
Sama mcm forex...nk melabur , melaburlah dgn betul asnb,rakaful ,raiz..byk lagi ...duk main forex duk teka graf naik ker turun....org duk kaji mcm mana pom tetap dia xtahu graf tuu naik ka turun...mufti dh keluarkan fatwa dh haram ..still bantah ckp mufti tuu xtahu ape...hahaha igt mufti2 buat keluar fatwa main2 kaa ..dia pom ader org2 laa kaji sesuatu issue sebelum keluarkan fatwa ..
Zaman teknologi digital..duit pn jadi digital..sekarang "barang" pn digital..contoh macam lukisan la..tapi benda tu fizikal..nft ni yg alam maya..gitu la bahasa mudah nya kot..tu sebab ada value dia turun naik..
Skin yg dijual dlm game pon salah satu bentuk NFT.
Salam brother, sy minat channel brother, mmng lama sy follow, cuma part NFT ni sy kurang setuju, tp tiap org boleh berpegang kepada pendapat sendiri, cuma kalau boleh jgn la kata sesuatu gmbr itu tiada nilai.
kalau sy kaya sy snggup spent berjuta untuk sebuah artwork, halau hanya sekadar cop and artwork itu tidak bersama sy tp di muzium, tp itu nilai yg sy snggup belanja sekiranya sy berminat dgn art itu bukan hanya untuka rt itu malah untuk pelukis nya juga.
sbb sy alumni seni, sy faham nilai seni walau sekadar lukisan conteng. seni ada pelbagai jenis, ada pelbagai fungsi, terpulang pd pembeli/peminat, di pentas contohnya tiada paksaan, malah kalau kita nk ckp tentang hak cipta, copyright, ownership, ini semua boleh berurusan direct dgn creator. tiada istilah membeli sesuatu yg kosong. ada yg memberi fizikal, ada yg memberi merch, ada yg memberi special token dan segainya, pembeli ada hak, dan boleh ambil tahu apa keuntungan mereka sekiranya membeli sesuatu art. malah ada yg di ambil tindakan atas mencuri artwork, meniru, menipu, dan sebagianya. ini bukan saja untuk menjaga nama baik pelukis, malah juga untuk membantu para pembeli supaya tidak tertipu.
namun tiap baik ada buruk, tp tiap yg buruk ada baiknya. kami bukan berada di pentas demi duit atau ingin kaya, tp kami berada di sini untuk menjual karya kami kepada yg berminat dan menghargai art. sebab setiap lukisan ada nilai nya yg tersendiri.
maaf ya sekdar pendapat peribadi.
Gambar NFT yang orang dok rebut tu bukan artwork ya.. kebanyakannya hanya token yang tiada fungsi.. artwork itu orang lain dok guna.. kita hanya beli token digital sahaja..
Umpama orang dok beli kasut bola.. gi main bola dengan kasut bola.. kita dok spend duit beli kotak kasut bola tu.. kasutnya orang lain pakai, nak marah pun tokleh sebab kita bayar kotak sahaja..
Kalau real lukisan, orang bayar berjuta, beli dan bawak balik rumah.. Orang lain takde hak atas lukisan tu, pembeli sahaja ada hak.. Berbeza dengan NFT yang orang dok beli tu.. takde hak keatas lukisan..
@@BeraniBuat setuju 100 %
@@BeraniBuat sy sendiri sebagai collector barang seni, sy juga penjual karya seni sy, maaf sy xpasti bhgian mana atau dr mana tuan channel jdkan contoh, tp jauh sngguh dr apa yg ada di dlm komuniti malaysia.
Kami xbeli kotak, kami xjual kotak, kami jual art, yg boleh didapati dlm plbagai bentuk contohnya dlm bentuk digital untuk kegunaan digital, juga boleh didapati dlm bentuk fizikal, video, animasi mahupun tiket untuk penebusan.
Tentang hak guna adalah persetujuan bersama, ini perkara yg lazim dlm bidang creative. Contohnya sy jual photo stock, awak blh guna untuk kegunaan peribadi dan selainya tp tidak boleh untuk commercial use, sama juga nft, sy beli lukisan digital, sy dihntarkan sekali lukisan original untuk kegunaan peribadi. Ini bermakna sy dpt menggunakan lukisan tersebut, untuk apa itu terpulang pd pembeli, hnya kita yg tahu untuk apa kita beli, untuk support pengkarya atau ingin menjadi pemilik kepada karya tersebut.
Tentang pertukaran tuan adalah bonus, kita boleh beli untuk simpan, kita boleh jual untuk org lain. Tiada paksaan mahupun perkara yg zalim, nilai juga ditentukan mengikut kualiti mahupun demand sesebuah karya. Masing2 untung, pengkarya dpt royalti sebagai creator, pembeli menjadi ownership baru, sama juga seperti jual beli sesebuah lagu. Senang kata tuan join la komuniti malaysia jika berminat dgn seni2 anak tempatan. Insyllah ramai yg hebat2 boleh jelaskan dgn lebih baik.
@@LifeofPim kalau jual dan dapat output sesuatu.. tiada masalah.. kan dalam video ni saya dah terangkan.. part mana zalim part mana tak zalim..
Kenapa tiada istilah beli kosong.. Banyak je yang beli kosong tiada apa.. Hanya cop bekas "art" itu sahaja.. Tapi art tu orang lain guna tiada masalah.. Kalau beli art dan dapat memiliki art tu.. itu dah lain..
Kena faham maksud zalim.. Bila orang beriya kumpul duit sampai berhutang semata-mata nak hold token yang tak boleh buat apa sangat, itu zalim.. Zalim bukan paksaan ke apa.. Kalau kita gosok gigi guna berus jamban pun dah masuk dalam zalim..
@@BeraniBuat insyallah, pentas nft malaysia akan terus berkembang and terus membantu pengkarya2, artist2, designer lokal ke pentas lebih tinggi, sy hrap in future dengan segala projek yg kami buat akan dapat membuka mata ramai org dan boleh nmpak kebaikan nft di malaysia jauh lebih bnyk dr keburukan yg ada.
Best bang cerita. Mudah paham.
minta maaf bang. abg ckp meletakkan nilai kepada sesuatu yg tidak bernilai, yg tu sy dh rasa salah. first of all, art tu ada nilai dia bang, kdg2 mgkn bukan semahal nilai yg diletak tp utk cakap art itu takde nilai bagi sy salah.
maksud dia yg x bernilai sbb kta x memiliki hak sepenuhya keatas art tersebut selepas kte bayar mahal2...
NFT yang orang dok rebut tu bukan beli art ya.. art itu kita tidak miliki.. token tu je kita claim.. takde value apa.. umpama orang dok makam kfc, kita sibuk beli kotak kfc tapi perut lapar kerana kfc itu orang lain makan.. kitak hanya peluk kotak sahaja..
@@BeraniBuat kuasa ada di tangan pembeli bang. siapa kita nak halang org beli. ada org beli utk mendapatkan faedah daripada projek nft tu, ada org beli sbgai support utk projek nft tu, ada jg org beli dgn sekadar utk membantu org ssh. bagitau sy, apa faedah yg kita boleh dpt dgn screenshot?
@@horogoro "apa faedah dapat dari screenshot" xde faedah ia hanya untuk memalukan orang yang menangis dan bodoh pasal nft, itu sahaja.
Also aku screenshot pfp awak.
Ni mmang btul zalim..tpi yng palim zalim ialah yang tukang cop tuh..dia zalim pada diri sendiri
kiranya,mungkin akan jadi slh satu tmpt utk org cuci duit lah kn?
Betul bang,setuju👍👍👍
bole jana ekonomi Malaysia tak?
Lol no
labur puluh2 ribu tu dalam ASB dah la. tenang.
ending video penuh renungn ni... tgk lps subuh pulak...😂
ramai illustrators malaysia yang jual hasil perah otak, masa yg bnyak diluangkan, idea dan bakat mereka menjual karya seni from scratch 100% daripada hasil titik peluh mereka. karya seni adalah suatu produk. produk yang dijual walaupun dalam bentuk digital adalah intellectual property yg boleh dijual. tiada apa yang zalim. we put the value on the effort and time spent by those artists, those illustrators to produce the digital arts.
Kalau beli lukisan atau karya cerita lain, itu masih dianggap relevant.. Kita kena akui yang popular sekarang adalah produk spam yang cuba diberi nilai walau hakikatnya tidak bernilai.. Gambar NFT yang orang beriya jual beli ni bukan intellectual property ya.. Majority bukan beli hak atas sesebuah karya..
Kalau beli IP ni, karya tu jadi kita punya, orang tokleh guna gambar tu suka hati melainkan kita benarkan.. Kalau NFT ni digunakan sebagai token pembelian IP, no problem.. Tapi kebanyakan yang kita tengok adalah spam gambar pelik-pelik yang dibeli tanpa memiliki art tu.. Seperti peluk kotak graphic card tapi takde isinya.. Bayar mahal pula tu..
ko mcm xpaham je dgn video ni.. punya simple dia terangkan.. kira zalim la, bayar mahal2, tp ko xde hak sepenuhnya kt produk tu..
Apa akan jadi sekiranya portal tempat simpan NFT mcm opensea & pentas tetiba hilang selama-lamanya? Hehe...
Jangan terlalu taksub dengan NFT ni.
Ini sama dgn mana2 platform digital bang, risiko memang ada, termasuk la youtube, google, ig, shopee sekalipun. Semua ni tempat org invest dlm iklan, product, art dan mcm2 lg. Every business ada risiko, and tiap risiko haruslah dikaji dan bersedia.
Betol bang terbaik penjelasan
Tq! Saya ambil iktibar