Tadabbur Surah Al-Kahfi 18/ : Ayat 28

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 12 сен 2024
  • YBhg. Ustaz Abdul Mu'ien Bin Abdul Rahman.

Комментарии • 13

  • @aluzzams1266
    @aluzzams1266 2 года назад

    Fokus kpd orang yang IKHLAS...

  • @tiohanny
    @tiohanny 2 года назад

    selalu menyimak, semoga ustadz diberikan kesehatan, keselamatan dan istiqomah

  • @raimdiah7181
    @raimdiah7181 2 года назад

    Alhamdulillah
    Penjelasan yg mantap terima kasih ustaz Muein...terbaik

  • @hhamdzah
    @hhamdzah Год назад

    Jangan mengusir orang yang berzikir dan mengharapkan melihat wajah Allah
    (Al-An'am Ayat 52)
    وَلَا تَطْرُدِ الَّذِيْنَ يَدْعُوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَدٰوةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيْدُوْنَ وَجْهَهٗ
    Janganlah engkau mengusir orang-orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan petang hari, mereka mengharapkan keridaan-Nya

  • @hhamdzah
    @hhamdzah Год назад

    Jangan ikuti keinginan orang-orang kafir dan orang-orang munafik
    (Al-Ahzab 33: 1)
    يٰٓاَيُّهَا النَّبِيُّ اتَّقِ اللّٰهَ وَلَا تُطِعِ الْكٰفِرِيْنَ وَالْمُنٰفِقِيْنَ
    Wahai Nabi! Bertakwalah kepada Allah dan janganlah engkau menuruti (keinginan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik

  • @hhamdzah
    @hhamdzah Год назад

    Perlu banyak berzikir pada Allah waktu pagi & petang
    (Al-Ahzab Ayat 41- 42)
    يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اذْكُرُوا اللّٰهَ ذِكْرًا كَثِيْرًاۙ
    41. Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah kepada Allah, dengan mengingat (nama-Nya) sebanyak-banyaknya,
    وَّسَبِّحُوْهُ بُكْرَةً وَّاَصِيْلًا
    42. dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.

  • @aluzzams1266
    @aluzzams1266 2 года назад

    Tadabur surah kahfi :
    Kata Ibnu Mas'ud :
    Sahabat susah nk hafal...tapi mudah utk beramal... Sb mereka sibok utk beramal sb tu tiada masa utk menghafal.... ikut tuntutan ayat... Pergi berdakwah.. berjuang...
    Zaman kita hafal mudah...amal susah sb sistem kita tidak menekankan faham.
    Quran diturunkan untuk diamalkan.
    Al-Quran ada dlm akhlak Nabi dan sahabat.
    Paling susah nk cerita kebenaran, sb orang tak suka. Maka sabarlah :
    { وَٱصۡبِرۡ نَفۡسَكَ مَعَ ٱلَّذِینَ یَدۡعُونَ رَبَّهُم بِٱلۡغَدَوٰةِ وَٱلۡعَشِیِّ یُرِیدُونَ وَجۡهَهُۥۖ وَلَا تَعۡدُ عَیۡنَاكَ عَنۡهُمۡ تُرِیدُ زِینَةَ ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَاۖ وَلَا تُطِعۡ مَنۡ أَغۡفَلۡنَا قَلۡبَهُۥ عَن ذِكۡرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ وَكَانَ أَمۡرُهُۥ فُرُطࣰا }
    [Surah Al-Kahf: 28]
    Dan sabarlah diri engkau bersama orang-orang yang mereka yg berdoa dan beribadah kepada tuhan mereka diwaktu pagi dan petang tujuan nya mereka ingin wajah Allah.
    Kenapa pagi dan petang?
    *Zikir pagi ptg adalah wajib* dalilnya surah al-ahzab ayat 41&42 :
    { یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱذۡكُرُوا۟ ٱللَّهَ ذِكۡرࣰا كَثِیرࣰا (41) وَسَبِّحُوهُ بُكۡرَةࣰ وَأَصِیلًا (42)}
    [Surah Al-Ahzâb: 41-42]
    Wahai orang-orang yang beriman ingatlah pada Allah yg banyak. 41.. dan sucikan dia (Allah) pagi dan petang. 42
    Zikrullah : taa'atillah
    Orang munafiq berzikir sikit...
    { إِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِینَ یُخَـٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَهُوَ خَـٰدِعُهُمۡ وَإِذَا قَامُوۤا۟ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ قَامُوا۟ كُسَالَىٰ یُرَاۤءُونَ ٱلنَّاس *وَلَا یَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ إِلَّا قَلِیلࣰا* }
    [Surah An-Nisâ': 142]

  • @halilazhalil6640
    @halilazhalil6640 3 года назад +1

    Surah al ahzab ayt 4
    Allah tdk menjadikan 2 cinta dlm 1 hati..klu cinta dunia jgn menipu cinta akhirat..

  • @hhamdzah
    @hhamdzah Год назад

    Orang yang beriman membaca Al Qur'an dengan حَقَّ تِلَاوَتِهٖۗ, seperti mana sepatutnya ;baca untuk faham, amal dan untuk sebar.
    (Al Baqarah 2:121)
    اَلَّذِيْنَ اٰتَيْنٰهُمُ الْكِتٰبَ يَتْلُوْنَهٗ حَقَّ تِلَاوَتِهٖۗ
    121. Orang-orang yang telah Kami beri Kitab, mereka membacanya sebagaimana mestinya,

  • @hhamdzah
    @hhamdzah Год назад

    do’a adalah jenis ibadah
    الدعاء هو العبــادة
    “Doa adalah ibadah.”
    [Dikeluarkan oleh At-Tirmidzy (5/426), Ibnu Majah (no 3828), Abu Daud (no 1479), Ahmad 94/267), Al-Bukhary dalam Kitab Al-Adabul Mufrad (no 714), Al Hakim (1/491)

  • @mohdjamalimohdnazir3494
    @mohdjamalimohdnazir3494 11 месяцев назад +1

    3:30 kata abdullah ibn masud tentang orang yang hafal quran tak amal. dan juga tentang sahabat susah nak hafal quran. dengan sebab mereka sangat sibuk beramal. kejap berdakwah kejap beramal. manakala generasi kita senang nak hafal tapi susah nak amal. mereka yang senang nak menghafal mereka itulah yang susah untuk beramal.
    7:00 sahabat sgt faham, Quran diturunkan untuk diamal bukan utk dibaca shj.
    8:00 al-Quran tak dibaca
    10:00
    11:00 kalimah واصبر نفسك dan sabarlah diri engkau
    apabila kita nk mengamalkan al-Quran pasti banyak cabaran, Allah faham tentang apa yang manusia rasai, lalu Allah bagi tau.
    bersabarlah ini termasuk perintah Allah. Allah suruh kita bersabar kerana siapa ni? bukannnya bersabar kat rumah sorang sorang.
    11:39 kalimah مع الذين يدعون bersama orang orang yang mereka yg berdoa ataupun beribadat.
    doa juga termasuk ibadat, betulke? nabi kata apa? الدعاء هو العبادة , doa adalah ibadah , sebab itu kalau kita nak berdoa selain daripada Allah boleh jadi Syirik.
    kepada siapa?
    12:41 kalimah ربهم بالغداة والعشي kepada tuhan mereka di waktu pagi dan petang
    siapa ni (org2 yang berdoa pada waktu pagi dan petang) ? yang Allah perintah nabi utk duduk bersama mereka? sahabat Rasulullah yg miskin dan marhaen. masa nabi dakwah dengan orang musyrikin mekah, mereka ada bagi syarat kepada nabi , "kami ni golongan pembesar mekah kamu ajak kami duduk bersama kamu, kamu ajak kami masuk ke agama kamu tapi bersama kamu orang2 miskin, orang2 yg baju berkoyak , badan pula berbau , tak sesuai dengan kami. kalau nak kami ikut kamu, jauhkan mereka, tinggalkan orang miskin tinggalkan orang yang lemah"
    tengok cara orang tak beriman berfikir, iaitu Islam ni adalah penganut orang miskin orang lemah. Sebaliknya orang yg beriman yg berfikir dipangdang mulia bukan dari segi harta dan pangkatnya, tapi sebab dia beriman kepada Allah dan dia sentiasa berzikir pada waktu pagi dan petang.
    kenapa sahabat2 nabi orang beriman semtiasa berzikir pada waktu pagi dan petang dan kenapa tak siang dan malam? kita ni wajib tak berzikir pagi dan petang? wajib ke sunnat? sunnat? patutla tak buat.
    16:00 sebenarnya zikir pagi dan petang itu wajib. apa dalil? buka surah al-Ahzab ayat 41 dan 42, ms 423
    يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ ذِكْرًۭا كَثِيرًۭا
    وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةًۭ وَأَصِيلًا
    (ada persamaan dari segi perkataan pagi dan petang)
    bila Allah sebut يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ wahai orang beriman, maknanya apa? selepas itu ada perintah yang ada kaitan dengan iman, kalau kamu tak laksana maka kamu tak beriman. sbb tuhan bacakan dengan secara khas utk orang beriman.
    contoh, macam yang saya kata "wahai pelajar2", apa yang saya nak sampaikan berkaitan dengan pelajaran atau berkaitan dengan kerja di luar sekolah? kalau apa yang saya nak bagitau itu berkaitan dengan kerja luar sekolah, saya takkan panggil wahai pelajar, tapi saya akan panggil wahai budak. faham?
    17:40 dan bila Allah sebut wahai orang beriman dia ada kaitan dengan sifat orang yang beriman, apa dia? ٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ ذِكْرًۭا كَثِيرًۭا ingatlah pada Allah dengan zikir yang banyak. kalau zikir sikit beriman tak? macam mana boleh beriman sedangkan tuhan suruh kita zikir banyak.
    zikrullah maknanya luas, aktiviti apa yang dinamakan zikrullah? ذكر الله : طاعة الله .
    sebab itulah solat pon dikira zikir,
    ada satu ayat berkaitan haji, [Surah al-Baqarah 2:198] ms 31
    فَإِذَا أَفَضْتُم مِّنْ عَرَفَاتٍ فَاذْكُرُوا اللَّهَ
    apabila kamu keluar dari Arafah, ingatlah Allah di al-Mashar al-Haram.
    apa maksud ingat pada Allah, maksudnya solat maghrib, solat isyak, solat subuh di muzdalifah, zikrullah dalam ayat itu berkaitan dengan solat
    dan dalam ayat lain surah al-ankabut ayat 45 ms401
    إِنَّٱلصَّلَوٰةَتَنۡهَىٰعَنِٱلۡفَحۡشَآءِوَٱلۡمُنكَرِۗوَلَذِكۡرُٱللَّهِأَكۡبَرُۗ
    apa maksud zikrullah di sini ? solat
    jadi zikrullah ni luas. yang paling asas adalah solat.
    selain daripada tu baca Quran juga adalah zikrullah.
    selain daripada tu baca Subhanallah x2
    selain daripda tu mentaati semua perintah Allah, mata ni kitu tunduk daripada melihat perkara haram, walaupun mulut tak begerak apa apa itu adalah zikrullah
    telinga kita mendengar yang Allah redha sahaja, itu adalah zikrullah
    20:15 dan Allah terangkan banyak tu macam mana وَسَبِّحُوهُ
    sucikan dia pada waktu pagi dan petang, so dia sama dengan ayat kita tadi.
    mula mula Allah bagitau secara umum kene berzikir dengan banyak, dan terlebih khusus adalah pada waktu pagi dan petang.
    jadi kalau ikut ayat ni , zikir pagi dan petang, sunat ke wajib?
    pernah tengok tak buku zikir pada waktu pagi dan petang?
    yang solat wajib itu memang wajib, ni saya nak bagi tau yang orang tak tahu, zikir itu adalah wajib. solat itu mmg org tau wajib.
    Kalau berzikir dalam ayat Ni zikir apa ni? solat ke zikir? وَسَبِّحُوهُ kata ulama ini adalah zikir pagi dan petang.
    dan ada tak nabi ajar zikir zikir yang khusus pada waktu pagi dan petang?
    ada nanti saya bagi hadis hadis nya, semua nya sahih.
    larat tak? kalau zikir pagi tu 15 minit ke 30 minit je.
    duduk kat tmpt shopping lebih 45 minit, boleh. kan.
    kalau orang tu berzikir sikit macam mana pula? ini sifat apa? kalau orang beriman dia akan berzikir كثيرا , manakala orang yang berzikir قليلا sikit dia adalah munafik (tengok dalam muka surat 101 dalam surah an-Nisa ayat 142).
    sekarang ni kita orang beriman ke orang munafiq? saya bukan tuduh, saya tanya je? malu ke tak malu tuhan dah tahu kita ni apa? muhasabah lah diri ni.
    baca lah zikir pagi dan petang tu. kalau kita baca zikir yang lepas solat je, itu bukan zikir yang banyak.
    27:00 ada lagi ayat yang hampir sama dengan ayat kahfi 28 ni. cuba tengok surah al-An'am ayat 52, ms 133
    وَلَا تَطْرُدِ ٱلَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِٱلْغَدَوٰةِ وَٱلْعَشِىِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُۥ ۖ
    jangan kamu pinggirkan orang orang yang sentiasa berdoa / berdakwah kepada tuhan mereka pagi dan petang, mereka ingin melihat wajah nya (Allah)
    nikmat yang paling besar di syurga adalah wajah Allah

    • @najwasalleh87
      @najwasalleh87 8 месяцев назад

      Terbaik. Mohon izin copy notanya. Jazakallah Khairan Kathira.

  • @mohdjamalimohdnazir3494
    @mohdjamalimohdnazir3494 11 месяцев назад

    37:20 kalimah ولا تعد عيناك عنهم dan janganlah dua mata engkau berpaling daripada mereka
    siapa mereka ni? sahabat nabi yang miskin, sbb pembesar Quraisy yg kafir menghasut nabi utk tinggalkan golongan miskin itu.
    kalau yg pertama tadi tuhan suruh nabi sabar, duduk je bersama dengan orang miskin tu, jangan halau orang miskin tu dan yang kedua, jangan kamu sekali kali berpaling daripada mereka kerana apa ?
    38:45 kalimah تريد زينة الحياة الدنيا kerana kamu ingin perhiasan kehidupan dunia.
    dalam ayat ni tuhan nak bagi tau apa dia?
    manusia kalau dia tak cinta dengan orang beriman maka dia akan cinta dengan orang kafir,
    kalau dia tak cinta akhirat , automatik dia akan cinta dunia.
    sebab apa jadi macam tu? sebab Allah tak akan jadikan dalam hati manusia 2 cinta. Allah bagi tau tak mungkin ada 2 cinta dalam satu hati. dunia pon cinta akhirat pon cinta. tak mungkin bende ini akan berlaku pada manusia. kalau cinta akhirat dunia akan keluar, kalau cinta dunia akhirat yang akan keluar. ada tak ayat tu dalam al-Quran?
    39:40 buka surah al-Ahzab ayat 4 ms418
    مَّا جَعَلَ ٱللَّهُ لِرَجُلٍۢ مِّن قَلْبَيْنِ فِى جَوْفِهِۦ ۚ
    Allah tidak menjadikan bagi seseorang (termasuk lelaki dan perempuan) dua hati dalam rongga nya.
    apa maksud 2 hati? 2 cinta. mustahil kita ada 2 cinta dalam satu hati, kalau cinta dunia, jangan menipu diri sendiri dengan mengatakan kamu cintakan akhirat.
    kalau dia seronok baca Quran automatik dia akan benci dengar lagu atau muzik. kalau dia suka dengar lagu dengar muzik automatik dia tak akan suka dengar dan baca al-Quran. kalau baca pon setakat di bibir, mesej al-Quran itu tak sampai ke hati. betul tak? tak payah tanya orang lain. tanya diri kita.
    dalam satu hari banyak kita baca Quran ke banyak kita dngar cakap orang? baca Quran? baca Quran bape jam? setengah jam? setengah jam banyak ke? satu hari ada bape jam? dari setengah jam daripada 24 jam adakah itu tanda cinta dengan al-Quran? ha ? daripada tak baca langsung? ;D ini bukan soal tak baca langsung ni soal cinta.
    kita buka fon bape minit satu hari? daripada pagi sampai malam sampai tido, lebih tak setengah jam? lebih. sebenarnya kita cinta apa tu? cinta dunia. jangan menafikan 2x.
    sebab tu lah sahabat kalau dia khatam Quran bape kali seminggu? seminggu sekali dia khatam. Kalau sekali seminggu dia khatam, berapa juz dia baca setiap hari? 30 juz bahagi 7 berapa? 4 juzu' = satu hari. satu juzu' = 20 ms. 20 x 4 = 80ms/sehari. agak agak bape lama utk habiskan 80ms? 4-5 jam , yg ni saya amik kiraan 100ms (Surah al-Baqarah, Surah Ali Imran, Surah an-Nisa') kalau kita setengah jam bape muka surat dapat?
    sahabat ni pula, bila masuk bulan ramadhan, dia khatam sekali sehari, ada yang khatam 2 kali sehari.
    dan kita semua biasa dengar kan. imam syafie khatam seminggu sekali, bila msuk ramadhan 2 kali sehari khatam 30 juz' bukan juz 30'.
    sedar tak yg kita masih jauh dengan al-Quran. masih jauh. percayalah saya pon sama.
    jangan buat alasan sibuk. sbb apa? nabi dengan kita sape lagi sibuk? nabi lagi sibuk. nabi lah ketua negara, nabi lah suami kepada 9 orang Isteri, nabi lah qadhi, nabi lah hakim, nabi lah, ketua panglima perang, sahabat pon sama mereka memegang jawatan ketua negara,
    kita ketua kampung pon tak, ketua rumah pon kadang kadang orang tak dengar cakap sebenarnya kita masih jauh dari al-Quran
    ok? jadi kalau kita baca Quran setengah jam satu hari itu tanda dalam hati kita, kita cinta apa? cinta dunia, setuju? jadi ubahlah paling kurang bacalah satu jam satu hari. boleh ke? boleh tak? yang berumur tu kemungkinan besar tu bolehlah, yang muda muda ni, kalau dah tua dapat baca satu jam bukan benda yang luar biasa, bahkan masih bende yang terlalu biasa tapi yang muda muda boleh baca satu jam.... itu hebat... tapi kalau yang tahfiz paling kurang adalah 4 jam tapi sebaiknya 6 jam (1/4 sehari) (al-fatihah sampai al-maidah), kalau dia boleh buat lebih 6 jam dia adalah orang yg hebat lah
    saya nak ulang sekali lagi, siapa yang jarang baca Quran, apatah lagi satu hari tak baca langsung, sebenarnya dia tidak ada cinta al-Quran, dia tidak ada cinta Allah.
    ulama mengatakan tanda cinta Allah ialah hubungan dia dengan al-Quran. kalau selalu dia baca itulah sebenarnya cinta pada Allah.
    45:48 berbalik kepada huraian tentang ayat tadi
    tuhan nak kita kene sentiasa berdamping duduk berkawan dengan orang miskin, sbb orang miskin ini lebih mudah nak mendengar berbanding dengan orang yang kaya.
    50:58 kalimah ولا تطع من أغفلنا قلبه عن ذكرنا dan jangan kamu taat ataupun patuh siapa yang kami lalaikan hatinya daripada mengingati kami.
    tadi tuhan perintah pada nabi dan sekarang larang pon pada nabi, "sabar jangan berpaling dari org miskin, duduk bersama mereka". kemudian perintah Allah apa seterusnya "jangan taat orang roang musyrikin yang menghasut kamu tinggal orang miskin."
    sebenarnya kalau Allah tak larang , nabi tinggalkan tak orang miskin? tak, nabi takkan tinggal, kan nabi سمعنا وأطعنا sebab dia contoh, kalau nabi tak tinggal kenapa tuhan larang?
    52:19 dalam surah al-Ahzab dalam ayat pertama ms 418 tuhan kata apa?
    يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِىُّ ٱتَّقِ ٱللَّهَ وَلَا تُطِعِ ٱلْكَـٰفِرِينَ وَٱلْمُنَـٰفِقِينَ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًۭا
    wahai nabi (ini perintah khas utk nabi, apa perintahnya?)
    takwa lah pada Allah
    (sebenarnya nabi pernah tak ada ketika nabi tak bertakwa pada Allah? takkan, habistu kenapa perlu perintah daripada Allah?
    1. kata ulama tafsir, nabi hebat macam mana dia tetap tertakluk dengan perintah dan larangan Allah, dia tak boleh buat ikut hawa nafsu sendiri juga, walaupun dia tinggi makam dia, dia tetap tertakluk perintah dan larangan Allah.
    2. sebenarnya Allah nak bagi perintah ni kepada umatnya. jadi nak bagi perintah pada umat kene bagi arahan kepada ketua nya dulu.
    3. dan kalau nabi di perintah supaya takut pada Allah dan nabi taat. kita orang biasa ni jangan pula bila orang tegur kita "takutlah pada Allah, jangan kita rasa sombong, siapa kita tak nak dengar teguran orang sedangkan nabi yang mulia pon ditegur oleh Allah
    54:00 dalam surah al baqarah ayat 206 ms 32
    وَإِذَاقِيلَ لَهُ ٱتَّقِ ٱللَّهَ أَخَذَتۡهُ ٱلۡعِزَّةُ بِٱلۡإِثۡمِۚ فَحَسۡبُهُۥجَهَنَّمُۖ وَلَبِئۡسَ ٱلۡمِهَادُ
    orang munafik apabila dikatakan pada dia ٱتَّقِ ٱللَّهَ , apa sikap dia? dia rasa sombong , dia rasa dia hebat dia rasa dia tak perlu ditegur. lalu dia kata apa? "siapa kamu nak tegur aku" itu perangai orang munafik.
    kadang kadang kita tak boleh ditegur pantang ditegur, sebab kita dah jaga sunnah lama, kita jaga solat 5 waktu , kita solat awal waktu , solat di tempat azan dikumandangkan, kita suka sedekah , tiba-tiba ada orang tegur budak pula tu , yg tak habis belajar lagi,
    contoh: "eh pakcik kenapa pakai selipa kaki kiri?" mudah tak kita nak terima? susahkan.
    kadang-kadang kita amik lauk tangan kiri, budak tegur kan "kenapa makan tangan kiri?"
    tapi apa reaksi orang beriman di tegur? "terima kasih" dia tak pernah rasa sombong, dia tak pernah rasa diri dia tu hebat.
    58:30 kalimah واتبع هواه وكان أمره فرطا dan dia ikut hawa nafsunya (bila lupa pada Allah pasti dia ikut nafsu) dan adalah urusannya sesat ataupun menyimpang
    tengok turutan bila hati lalai (tidak berzikir pada Allah, tidak terhenti setakat tu, dia membawa kesan kepda semua tindakan dia mengikut nafsu dan kesannya dia akan menyimpang kepada kebenaran) semua berpunca daripada hati lalai.
    sebab itu nabi kata dalam hati manusia ada hatikan? iaitu ada seketul daging, sekiranya seketul daging itu baik maka semua akan jadi baik, tapi kalau seketul daging itu tidak baik semua anggota badan dia tidak baik