Berimanlah sebelum nyawa sampai ke halkum

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 17 ноя 2024
  • Orang kafir mereka tak takut kepada azab yang Allah ancamkan kepada mereka. Bila mereka akan takut? Bila mereka nampak azab. Tetapi dah tak berfaedah. Kenapa? Kerana syarat beriman kena percaya kepada perkara yang ghaib. Azab Allah ini berita ghaib. Tetapi bila Allah datangkan azab, masa tu beriman dah tak guna. Masa itu وَلاتَ حينَ مَناصٍ. Maka, berimanlah sebelum nyawa sampai ke halkum.
    Surah Ghafir ayat 84-85
    فَلَمّا رَأَوا بَأسَنا قالوا ءآمَنّا بِاللهِ وَحدَهُ وَكَفَرنا بِما كُنّا بِهِ مُشرِكينَ
    “Maka tatkala mereka melihat azab Kami mereka berkata kami beriman kepada Allah Yang Esa dan kami ingkar kepada apa yang dulu kami syirikkan.
    فَلَم يَكُ يَنفَعُهُم إيمٰنُهُم لَمّا رَأَوا بَأسَنا ۖ سُنَّتَ اللهِ الَّتي قَد خَلَت في عِبادِهِ ۖ وَخَسِرَ هُنالِكَ الكٰفِرونَ
    “Maka ketika itu tidaklah bermanfaat bagi mereka iman mereka tatkala mereka sudah lihat azab Kami. Itulah ketetapan Allah taala yang telah berlaku kepada hamba-hambaNya yang terdahulu. maka di situlah zahirnya kerugian kepada orang-orang yang kafir.
    Allah beri kita peluang untuk kita beriman sampai sebelum nyawa sampai ke halkum. Allah berfirman dalam surah Fatir ayat 37
    وَهُم يَصطَرِخونَ فيها رَبَّنا أَخرِجنا نَعمَل صٰلِحًا غَيرَ الَّذي كُنّا نَعمَلُ ۚ أَوَلَم نُعَمِّركُم مّا يَتَذَكَّرُ فيهِ مَن تَذَكَّرَ وَجاءَكُمُ النَّذيرُ ۖ فَذوقوا فَما لِلظّٰلِمينَ مِن نَّصيرٍ
    Dan mereka berteriak di dalam neraka itu: “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami nescaya kami akan mengerjakan amal yang saleh berlainan dengan yang telah kami kerjakan”. Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolong pun.
    Ahli neraka meraung dalam neraka seraya berkata,
    رَبَّنا أَخرِجنا نَعمَل صٰلِحًا غَيرَ الَّذي كُنّا نَعمَلُ
    Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka agar kami dapat buat amal soleh. Nampak tak? Bukan minta keluar dari neraka nak jumpa mak, ayah, anak atau perkara lain. Tetapi nak buat amal soleh yang berbeza dengan yang kami beramal dahulu. Dan amal pula amal yang soleh. Masa ni baru mereka sedar mana amal yang soleh. Jika di dunia kita beritahu contoh amal ini bukan amal yang soleh dan bukan sunnah Nabi tetapi ada yang menolaknya, katanya apa salahnya amal ni kan baik.
    Allah menolak permintaan ahli neraka ini dan berkata أَوَلَم نُعَمِّركُم مّا يَتَذَكَّرُ فيهِ مَن تَذَكَّرَ Bukankah Kami telah panjangkan umur kamu. Siapa yang nak ambil peringatan dia boleh ambil peringatan kerana Allah telah beri umur yang cukup. Tetapi kamu yang tak nak ambil peringatan. Contoh, Allah dah beri umur sampai 60 tahun, tetapi masuk 50 tahun tak nak belajar agama juga.
    Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
    ﺃَﻋْﺬَﺭَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺇِﻟَﻰ ﺍﻣْﺮِﺉٍ ﺃَﺧَّﺮَ ﺃَﺟَﻠَﻪُ ﺣَﺘَّﻰ ﺑَﻠَّﻐَﻪُ ﺳِﺘِّﻴﻦَ ﺳَﻨَﺔً
    “Allah telah memberi udzur kepada seseorang yang Dia akhirkan ajalnya, hingga mencapai usia 60 tahun.” [HR. Bukhari 6419]
    Maka kita kenalah kenang balik umur kita yang sudah lama hidup ini, apakah yang kita lakukan? Hasyim telah meriwayatkan pula dari Mujalid, dari Asy-Sya’bi, dari Masruq, bahawa dia pernah mengatakan, “Apabila usia seseorang di antara kalian mencapai empat puluh tahun, maka hendaklah dia bersikap lebih hati-hati terhadap Allah Swt.”
    Banyak kisah-kisah yang kita boleh ambil peringatan. Antaranya kisah yang bunuh 100 orang, kisah ahli sihir Firaun yang semuanya ambil masa yang singkat untuk terus bertaubat bila datang peringatan.
    Jangan jadi seperti Firaun yang bertaubat tetapi masa dah terlewat kerana nyawa dah sampai ke halkum. Bukti taubatnya tak diterima Allah beritahu dalam surah Ghafir ayat 49.
    Allah beritahu juga وَجاءَكُمُ النَّذيرُ dan semasa hidup telah banyak Allah beri peringatan antaranya al-Quran, musibah, rambut beruban, dah mula sakit-sakit.
    Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, ‘Ikrimah, Abu Ja’far Al-Baqir, Qatadah, Sufyan bin ‘Uyainah bahawa mereka menafsirkan makna النَّذيرُ nadziir adalah rambut uban.” [Tafsir Ibnu Katsir]
    Al-Qurthubi mengatakan,
    فالشيب والحمى وموت الأهل كله إنذار بالموت
    “Rambut uban, demam dan kematian bagi manusia merupakan peringatan akan kematian.” [Tafsir Al-Qurthubi]
    Semua itu peringatan tetapi masih tak nak ambil peringatan فَذوقوا فَما لِلظّٰلِمينَ مِن نَّصيرٍ maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolong pun.
    Pengajarannya, jangan bertangguh-tangguh untuk bertaubat dan memperbaiki diri. Beri masa untuk belajar tadabbur Quran. Ikuti link kelas www.youtube.co...

Комментарии •