Hikayat Merong Mahawangsa: Pertarungan Wibawa di Jantung Kuasa | Ulas Buku | Ilham Books

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 12 сен 2024
  • Buku ini adalah suatu kajian klasik ke atas Hikayat Merong Mahawangsa, sebuah karya agung dalam sejarah alam Melayu. Hendrik Maier, seorang sarjana sastera perbandingan yang mahir dan serba boleh, telah menyingkap perubahan kedudukan dan kepentingan Hikayat, baik kepada mereka yang berasal dari alam Melayu mahu pun mereka yang berasal dari luar, baik kepada mereka yang mengagumi mahu pun mereka yang membenci segala-galanya tentang Melayu. Beliau seterusnya menunjukkan bagaimana cara bacaan yang dilakukan oleh para orientalis terhadap karya agung tersebut telah mengubah warisan tradisi lisan Melayu yang dahulunya organik dan dinamik, menjadi sebuah karya teks bertulis yang kaku dan beku. Ternyata, projek penyahjajahan masih jauh daripada selesai. Dengan membongkar semula fragmen-fragmen tinggalan penjajah yang masih menghantui kita sehingga ke hari ini, Maier telah menyediakan kepada kita cara-cara baharu untuk membaca dan mengulang baca warisan tradisi-tradisi Melayu. Suatu analisis yang cukup tajam tentang penjajahan budaya dan pada masa yang sama turut menawarkan kepada kita harapan akan kemungkinan-kemungkinan perlawanan terhadap penjajahan tersebut. Sesungguhnya buku ini adalah sebuah karya besar yang cukup berpengaruh!
    Ulas buku ini diadakan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022, di reruai Ilham Books, bertarikh 11 Jun.
    -
    Layari saluran audio #podcast:
    Spotify: open.spotify.c...
    Apple Podcasts: podcasts.apple...
    Google Podcasts: www.google.com...
    -
    Sertai saluran WhatsApp: whatsapp.com/c...
    Beli buku: kawahbuku.com
    Baca zine: kawahbuku.com/...
    Send us likes on TikTok:
    / kawahbuku
    Check us out on Instagram:
    / kawahbuku
    Follow us on Twitter:
    / kawahbuku

Комментарии •