#keriagulamelaka

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 4 фев 2025
  • Hi semua untuk perkongsian kali ni saya nak tunjukkan cara buat kuih yang dahulunya pernah viral iaitu kuih keria gula melaka gebu montok gerenti sedap.. Kenapa sedap? Sebab resepi ni diberi oleh kawan saya yang memang jual kuih keria the best in town. Kuih ni memang best, tekstur diluar yang rangup dari lapisan gula melaka yang manis dan didalamnya yang lembut enak dari ubi keledek. Bahan bahan untuk penyedian kuih tidak banyak dan mudah sangat untuk didapati. Sebaiknya anda cuba guna ubi keledek putih sebab lebih sedap dan sesuai untuk di jadikan kuih keria ni. Semoga resepi ini dapat memberi manfaat pada anda semua dan selamat mencuba. Terima kasih
    Bahan bahan
    Untuk 30 biji (anggaran 35gram sebiji)
    -1 kg ubi keledek putih
    -100 gram tepung beras
    -35 gram tepung gandum
    -1/4 sdk garam
    -1/2 cawan gula
    -1/4 cawan gula melaka
    -1/4 cawan air
    -2 helai daun pandan di simpul (jika ada)
    Tips
    -Lebih senang ubi dikukus berbanding rebus (jimat masa)
    -Lenyek ubi ketika masih panas sebab ubi akan keras bila sejuk
    -Buang urat urat ubi jika ada
    -Minyak untuk goreng kena banyak
    -Sira gula harus betul pekat sebelum masukkan kuih keria
    -Jangan gaul terlampau lama setelah masukkan kuih kedalam sira sebab nanti gula agak sedikit berpasir. Sebenarnya dalam video ni saya pun terlajak gaul sikit 😅
    -Segera alihkan kuih setelah siap sebab gula akan mengeras dan kuih akan melekat nanti

Комментарии • 12

  • @rsyalanvlog6970
    @rsyalanvlog6970 4 года назад

    Kuih peveret🤤🤤🤤🤤🤤

  • @mashitasulaiman2273
    @mashitasulaiman2273 4 года назад

    Superb 👏👏

  • @bertrozales1628
    @bertrozales1628 4 года назад

    Nyum nyum sedapnye

  • @samueang5581
    @samueang5581 4 года назад

    Love it

  • @nooratikahatikah2296
    @nooratikahatikah2296 4 года назад

    Nmpk😋

  • @Amurdha
    @Amurdha 4 года назад

    Weii awat tak bawa for me😩😩😩my favorite

  • @danmichael1105
    @danmichael1105 4 года назад

    I can eat 10 of this. Sedap. But don’t ask me to cook 🤣🤣

  • @farhanashaheera3952
    @farhanashaheera3952 4 года назад +1

    Buatlh vdeo lauk pauk plak nazrul..hihi

  • @minmonz6810
    @minmonz6810 4 года назад +1

    salam, saya nak minta izin untuk pakai content encik untuk video assignment saya. saya akan letak credit dalam video tersebut 😊 terima kasih

  • @tailorsarah6825
    @tailorsarah6825 2 года назад

    Salam...guna tepung beras yang cap gajah duduk ke@ mane2 tpg beras?