Hubungan dengan Allah dan sesama Manusia | Habib Nael Ben Taher

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 18 окт 2024
  • Hubungan manusia sesama manusia, jika di lakukan ikhlas kerana Allah, adalah hakikatnya hubungannya dengan Allah.
    Zaman ini banyak manusia yang merasai seolah-olah agama islam hanyalah hubungan manusia dengan Allah, dan seolah-olah tiada kaitan hubungan manusia sesama manusia.
    Hadith yang di riwayatkan oleh imam Muslim ini adalah bukti yang jelas bahawa hubungan kita saat menolong, menziarahi sesama manusia dan sebagainya adalah merupakan amalan yang sangat mulia di sisi Allah.
    Islam adalah agama yang sangat menekankan tentang persaudaraan yang baik sesama manusia kerana Allah, saling menolong, saling membantu, saling menziarahi dan sebagainya adalah sebab tersebar keamanan dan keselamatan di atas muka bumi.
    Itu adalah tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini.
    Rasulullah Saw bersabda: “Sebaik-baik manusia, adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia”.HR Thabrani.
    Dengan itu, saat kita memahami bahawa orang beriman hubungan mereka sesama manusia adalah juga adalah hubungannya dengan Allah, maka kita akan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik kerana Allah.
    #Habibnaelbentaher
    #sebuahkehiudpan

Комментарии •