Wanita Terbaik - Official Music Video | Furqan Fawwaz

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 2 окт 2024

Комментарии • 456

  • @furqanfawwaz9177
    @furqanfawwaz9177  Год назад +180

    Terima kasih kpd semua yg views sehingga 50k. Dengan ini saya membuka contest utk lelaki dan perempuan menunjukkan kata2 penghargaan kpd ibu2 tercinta.
    kata2 terbaik yang terpilih dari lelaki akan memenangi hadiah istimewa berupa UMRAH bersama UGO Travel.
    Dan kata2 terbaik yang terpilih dari kalangan wanita pula, akan memenangi hadiah berupa Ipad dan Telekung .
    selamat maju jaya kepada semua❤

    • @anismuzliana2376
      @anismuzliana2376 Год назад

      Tu Linda ke ..

    • @nassmynredzuan99
      @nassmynredzuan99 Год назад +6

      Tiada kata yang mampu dibicarakan,
      Tiada daya yang dapat ku pamerkan,
      Seribu satu kebaikan yang ku lakukan,
      Tidak mampu membalas walau secebis kasihmu padaku,
      Kehadiranmu, melengkapi kekosongan hatiku,
      Senyumanmu, merupakan segalanya yang ku harapkan daripadamu,
      Insan yang bergelar ibu, yang ku titipkan dengan panggilan mama,
      Terima kasih mama. :)
      Daripada anakmu.

    • @afiqahzulkifili7870
      @afiqahzulkifili7870 Год назад +2

      Infiniti syukur atas segala budi dan bakti ummi 🥺💝
      Ummi yang mengorbankan impiannya demi kejayaan anak-anak.
      Ummi yang mendiamkan tangisannya demi kebahagiaan anak-anak.
      Ummi yang memberikan segala yang dipunya tanpa pernah berkira apa-apa.
      Sekarang aku sudah dewasa.
      Izinkan aku pula yang mengambil alih tugasmu.
      Biar aku yang menjaga segala keperluanmu sebagaimana kau telah memenuhi keperluanku selama ini.
      Terima kasih ummi! ❤🧡💛💚💙💜🤎🤍

    • @izzatmohd9457
      @izzatmohd9457 Год назад

      Ibu,
      Kaulah wanita terbaik,
      Setia menemaniku di setiap saat,
      Dalam duka, derita, tangis, dan tawa.
      Ibu,
      Hadirmu dalam hidupku seumpama lilin,
      Membakar dirimu demi masa depan diriku,
      Bermula dariku lahir sehingga kini.
      

Ibu,
      Terima kasih untuk baktimu,
      Tiada di sini daku tanpa doamu,
      Seindah dan sebaik ciptaan namamu,
      Indah lagi budi pekerti dan tatasusilamu.
      Ibu,
      Terima kasih buat segalanya,
      Dari insan bergelar seorang anak.

    • @duniafarrahceria5222
      @duniafarrahceria5222 Год назад

      Umi... terima kasih krn lahirkan Na walau Na paling sakit mi mengandung. Skarang Na tau rasa mi sejak Na jd ibu. Sayang ibu kpd anak adalah melebihi syg anak pd ibu. Maaf umi.. semoga umi diberkati Allah selalu

  • @mykiddoschanneloffical596
    @mykiddoschanneloffical596 Год назад +224

    Ibu saya adalah wanita terbaik di dalam hidup saya❤..hargai mereka selalu ...

    • @nothingtosomething3213
      @nothingtosomething3213 Год назад +1

      ruclips.net/user/shortsd_SWORjuR6A?si=-LOrzMEVS3lGch5K video bukan pasal ibu

  • @mewrcury19
    @mewrcury19 Год назад +70

    Wehhhh aku tak sangka aku nak nangis... lagi lagi part umie furqan tu . Ya Allah sebak dia sampai sini.. tahniah abg furqan sbb menciptakan lagu yang menusuk kalbu.. terus terbayang nenek dan ibu aku 😢❤

  • @ainaaleysha9686
    @ainaaleysha9686 Год назад +65

    Sedih part mak furqan dh takde😭 Igt part prmpuan kak jiha nyanyi sbb pnh dgr kak jiha selawat kat story dia merdu amat suaranya..😁 moga furqan & kak jiha bahagia ke jannah🤲

  • @azreenaziz8163
    @azreenaziz8163 Год назад +8

    Wanita bergelar ibu🌺
    Buat mama,
    Sosok wanita yg kuat,
    Dihadapan suami dan anak-anak,
    Walau telah banyak diuji,
    Hanya senyuman yg terukir,
    Kesabaran yg menemani,
    Tiada kata keluhan,
    Demi melihat anak2 bahagia,
    Siapalah diri ini,
    Jika bukan kerana seorang wanita,
    Yang digelar,
    Wanita Terbaik, Mama
    Terima kasih mama♥️
    #furqanfawwaz #wanitaterbaik #wanitaterbaik #UGOTravel

  • @nasrenasir22
    @nasrenasir22 Год назад +43

    tahniah furqan ! sumpah mv ni mengalirkan air mata 😭 related sangat sangat and faham jalan cerita mv ni 😭 semoga terus maju jaya furqan fawwaz. hargai ibu , isteri dan kaum wanita 🤲🏻❤️ suka semua part and part isteri furqan masuk 🥹❤️

  • @mazurinarahmat7192
    @mazurinarahmat7192 11 месяцев назад +3

    Saya tak dibesarkan oleh seorang ibu tapi seorang nenek & atok. Dia besarkan saya,bagi saya makan pakai yg cukup,sakit pening saya dia yang rawat. Pendidikan yg cukup sampai saya masuk u. Emak & Nenek adalah wanita terbaik saya ❤️

  • @Siti.Azizol.Official
    @Siti.Azizol.Official Год назад +7

    😭😭😭😭😭 lama menung fikir apa nak tulis..tp xkeluar satu perkataan pun..air mata je yg keluar berjurai²..ape pun, tahniah dik..teruskan berkarya..teruskan berjuang..teruskan buat kebaikan..❤️🌹

  • @rosmawatiharon4424
    @rosmawatiharon4424 Год назад +32

    Allah..Allah..Allah..x boleh tahan lg da air mata😭😭😭😭😭laju je mengalir..Allahu Akbar..pernah jd dlm hidup saya, abah kami meninggal ketika kami masih kck2 lg..adik bradik 9 org..mak pula dlm pantang saat tu..abang yg sulung baru umo 13tahun..bayangkan mak membesarkan kami 9 bradik..strugglenya mak kami..terima kasih mak menjaga n memberi kasih sayang yg tak terbalas oleh kami..mak mmg wanita terbaik n terhebat kami..syukur masih dapat bersama mak lg❤kini kami masing2 da punya keluarga sendiri dan cuba sedaya upaya membahagiakan mak..semoga Allah kurniakan kesihatan yg baik buat mak dan panjang umo dlm keberkatannya..Semoga Syurga buatmu mak❤❤❤❤❤❤❤❤Aamiin Ya Rabb🤲

  • @Izztyusoff
    @Izztyusoff Год назад +8

    Mak adalah seorang insan yang patut kita kagumi setiap waktu kerana mak adalah seseorang yang mempunyai kekuatannya tersendiri yang tiada tandingnya dengan orang lain serta disebalik gelaran mak membawa seribu satu maksud tersirat yang perlu kita dalaminya. Adik sayang mak ❤
    #furqanfawwaz #ugotravel

  • @mawaddahmawaddah-v4e
    @mawaddahmawaddah-v4e Год назад +1

    Ibu, Dia yg melahirkan . Dia yg membesarkan. Dia yg mencurah sepenuh hati syg dn kasih tnpa sempadan . kerah sgl kudrat dan keringat tidak mengira waktu dan upaya badan.Hanya utk seorg bergelar anak.
    Ibuku tempat ku merintih doa. mengais pahala . Kadang aku tewas berbuat dosa 😢
    Ya Rabb aku menjadi saksi ibuku insan yg baik. Ibuku melaksanakan tugasnya dengan sempurna . Layak ku nobat sebagai “wanita terbaik, wanita terhebat”❤
    Ampunkan dosanya. Berkati hidupnya. Lancarkan rezekinya. Mudahkan ibadahnya. Aku sangat menyayanginya 💖
    Andai aku diberi peluang meminta satu hajat, tiada yg lain hajatnya, hanya ku mohon kau hadiahkan ibu syurga tertinggi disana nanti❤️
    Terima kasih ibu 😊

  • @amiratulbalqis
    @amiratulbalqis Год назад +44

    Sweetnya MV ni. Menunjukkan pengorbanan seorang umi Furqan Fawwaz ❤

  • @xack9013
    @xack9013 Год назад +12

    "Ibu adalah rumahku, ketika bersama ibu aku sentiasa nyaman, selamat dan aman. Ibu tiada dua, hanya dia ibu tercinta, setiap kalian yang menjadi ibu adalah anugerah terindah dari Allah. Tetaplah menjadi rumah terbahagia buat anak-anak."❤

  • @mhmdh.f
    @mhmdh.f Год назад +1

    Wanita terhebat itu akan menghebatkan anak-anaknya, hebatnya mereka untuk dipersembahkan kepada Tuhannya mereka nanti bukannya didunia ini.
    “Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.” (Surah At-Taghaabun ayat : 15).

  • @i.fazilahsamdin7695
    @i.fazilahsamdin7695 10 месяцев назад +3

    Teringat Mak saya. Sekarang umur sudah 78 tahun. Arwah abah saya meninggal 33 tahun lepas ketika Mak mengandungkan anak yang ke-11. Mak ibu tunggal yang kuat membesarkan kami semua dengan jayanya. Mak terbaik Mak. Sayang Mak lillahitaala. Siapa yang baca ini, tolong doakan ALlah bahagiakan Mak saya dunia dan akhirat.

  • @NoorHayati-ed1wn
    @NoorHayati-ed1wn Год назад +1

    Gelaran wanita TERBAIK,TERHEBAT,MELENGKAPI AKU,MEYAKINIKU khas untuk mak,ibu,mama,mummy,ummi,bonda...Anugerah Terindah yg x akan ade gantinya🥲
    Khas untuk MAK sy yg x garang macam ayah sy😁...
    Terima kasih mak untuk segala-galanya❤❤❤
    Mak&ayah besarkan kami adik-beradik bukan senang🥰
    Penat lelah mak dan ayah tiada gantinya😭...
    Moga satu hari nanti bila sy berjaya dlm hidup saya org pertama sekali sy nk bahagiakn mestilah MAK&AYAH saya🤗
    We love you😘😘😘
    Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur mak&ayah sy🥰
    Korang yg masih ade mak dan ayah hargailah mereka dan bahagiakn lah mereka🫰

  • @NurAini-zy1ld
    @NurAini-zy1ld Год назад +1

    Teruntuk ibuku sayang yg nun jauh d sana (Sabah ) . Terima kasih kerana menjadi sosok yg senantiasa ku rindui ku sayangi dan cintai sama seperti ayah .Kamu adalah cinta pertama untuk seketul aini❤ Terima Kasih bnyk berkorban untuk anak" ibu 11 orang termasuk arwah kakak 🥺(alfatihah) Ibu , ibulah ratu hati kami dunia dan akhirat , ibu tulang belakng yg tidak pernah patah , tanpa ibu siapalah diri ini , Smoga sihat selalu da. berada dlam jagaan-Nya ibuku sayang @suharmin
    anak ibu yg tersayang diperantau ,
    kakak❤❤❤

  • @cikfaa3836
    @cikfaa3836 Год назад +2

    Dengan tiba2nya dipenghujung lagu air mata sy mengalir ( teringat mak sy punya pengorbanan)

  • @soffiaty-fw7rj
    @soffiaty-fw7rj Год назад +1

    Masya Allah,, hampir nangis🥲

  • @yantimuharom1657
    @yantimuharom1657 Год назад +6

    Wanita terhebat ialah ibu saya .. sayang mak ketat2 . Lagu ni membuatkan saya menangis 😭

  • @NurulAzi
    @NurulAzi 10 месяцев назад +1

    7tahun pemergian mu mamaku tsyg😢😢😢..terima kasih kerana melahirkn aq kedunia yg penuh dgn dgn ujian ini Allahu.. I love mak❤😢

  • @alyaatv_official
    @alyaatv_official Год назад +61

    Menjadi ibu adalah pekerjaan terberat di dunia. Pekerjaannya tidak ada hari cuti, tetapi dia tidak mengeluh apa-apa tentang itu. Pekerjaannya menggambarkan cinta tanpa syarat, tidak mementingkan diri sendiri, dan pengorbanan. Oleh karena itu, kali ini aku ingin ibuku bersantai dan menikmati hari ini, meski terkadang aku tidak cukup untuk menghormatimu sebagai ibu kami."😭🥹
    Terima kasih Ustaz Furqan Fawwaz dan team atas lagu yang cukup indah ini❤️🤲🏻

  • @atikahismail4385
    @atikahismail4385 Год назад +2

    Sebak bila dah besar anaknya pulak menjadi pendidik bangsa dan ibunya memandang dengan penuh rasa kesyukuran

  • @aimiiaimi2711
    @aimiiaimi2711 Год назад +22

    Ternangis😢
    Tersentuh gila dgn MV ni🥺
    Lagi ii sekarang mak takberapa sihat. Tolong doakan mak saya cepat ii sihat. Saya rindu mak saya yg dulu🥺

  • @harnanihusin4812
    @harnanihusin4812 4 месяца назад

    Saya ingat lagu ni dari Indonesia. Selalu kalau lagu ciptaan Aiman Sidek cepat ja dapat tau. Patut vibes lagu ni macam Aiman Sidek punya lagu. Sedap lagu ni. lirik Yang sangat puitis. Tahniah penyanyi dan pencipta lagu

  • @eyracutie8641
    @eyracutie8641 Год назад +19

    MasyaAllah.. Terbaik utk versi official ni... Semoga ada versi Lelaki Terbaik pula lepas ni 🥰

  • @zeirie6386
    @zeirie6386 Год назад +6

    Dengan satu jeritan,
    disitulah bermulanya pengorbanan seorang ibu.
    Nyawa dijadikan taruhan.
    Demi insan yang lahir dari rahimnya.
    Tiada galang ganti kerana nilainya yang menggunung tinggi.
    Hargailah kerana itu sang bidadari! ❤
    #furqanfawwaz #ugotravel

  • @wanahmadputrawanmazlan9727
    @wanahmadputrawanmazlan9727 Год назад +1

    Bismillah,
    Dimata ibu, anak yg dah dewasa tetap terlihat anak kecilnya....
    Andai tiada kasih manusia pada kita, hanya kasih tanpa batas ibulah satu²nya yang ada...
    #furqanfawwaz & #ugotravel

  • @abdullahnorain9089
    @abdullahnorain9089 Год назад +2

    Emak yang mendidik
    Emak yang menyayangi
    Emak yang mendoakan
    Emak yang berkorban itu ini
    Emak yang tak pernah lelah berjuang
    Tapi x pernah meminta balasannya
    Emak its the REAL FIGHTER
    Terima Kasih Emak 😊😊😊

  • @zafirahzulkefli7475
    @zafirahzulkefli7475 Год назад +34

    Ibu , beliau sering berlagak tenang , mendahulukan sang anak , tanpa rasa lelah . Hatinya tidak pernah sunyi dari pengharapan , tidak kosong dari pergantungan . Jarang menebak rasa ketidakpuasan . Walau hakikatnya ia sering kesakitan ❤️
    #furqanfawwaz #ugotravel

  • @ariffasyraff9492
    @ariffasyraff9492 5 месяцев назад +1

    Aku disini menunggu kamu
    Dan menanti saatnya waktu itu
    Aku inginkan rasa yang sempurna
    Rasa bahagia melengkapi aku
    Kerna kaulah wanita terbaik
    Kerna kaulah wanita terhebat
    Kerna kau yang melengkapi aku
    Kerna kau yang meyakiniku
    Aku berharap kau masih ada
    Di waktu sukar dan waktu bahagia
    Aku inginkan rasa yang sempurna
    Rasa bahagia melengkapi aku
    Dan aku inginkan
    Tetapku ku inginkan
    Engkau hadir
    Menemani
    Setiap sepiku
    Kerna kaulah lelaki terbaik
    Kerna kaulah lelaki terhebat
    Kerna kau yang melengkapi aku
    Kerna kau yang meyakiniku
    Kerna kaulah wanita terbaik
    Kerna kaulah wanita terhebat
    Kerna kau yang melengkapi aku
    Kerna kau yang meyakiniku

  • @chayuumrahhajjadvisor931
    @chayuumrahhajjadvisor931 7 месяцев назад

    Ibu adalah wanita terbaik kerana Allah sedang memberitahu kita,
    Ibu yang sanggup melakukan segalanya untuk kita,
    Itu adalah petanda sifat Penyayang Allah.
    Rasul kita lebih menyayangi kita dari seorang ibu menyayangi kita.
    Dapat bayangkan betapa besar lagi kasih dan pengorbanan Rasulullah buat kita? 😢😢
    Bahkan hingga ke mahsyar nanti Rasulullah masih memikirkan kita, disyurga juga Rasulullah masih memikirkan kita.
    Allahumma solliy ala Muhammad ❤❤

  • @lyanarubin8044
    @lyanarubin8044 Год назад +3

    Al-Fatihah untuk arwah mama yang telah lama tinggalkan kami..😢

  • @nuraisyah4513
    @nuraisyah4513 Год назад +1

    Buat umi ku❤
    Terima kasih atas pengorbanan umi buat kami enam beradik.wahai umi kasih sayang mu tak dapat kami gantikan walaupun dengan seisi dunia ini.kerana kasih sayang seorang ibu itu terlalu besar❤
    TERIMA kASIH Umi❤❤❤❤

  • @sitihumaira5721
    @sitihumaira5721 Год назад +15

    Umi Ibu Mama Mak Mommy,
    Apa jua gelaran buat mu
    Engkaulah wanita terbaik
    Siapa pun dirimu
    Apa jua latar belakang mu
    Tetap engkaulah yang terbaik di dunia ini
    Hidupmu kau korbankan
    Bermula dari melahirkan sehingga menutup mata
    Demi seorang insan bergelar anak
    Berilah segala harta dan kenikmatan di dunia ini
    Tetap tiada yang dapat menggantikanmu ....
    Umi,
    Wanita Terbaikku💐✨

  • @munirahmunahar2329
    @munirahmunahar2329 Год назад

    ibu..insan yang kuat,yang tabah.jarang mengeluh walaupun kadang lelah..ibuku syurga ku..ibuku adalah kehidupanku..apa saja yang kita buat ibu sentiasa mendoakan yang terbaik....selalu memikirkan anak2nya walau pun anak2 semua dah besar panjang..ibuku syurgaku..ibuku yg pertama tiada ganti..ibuku yang selalu mengasihiku melebihi apapun...terima kaseh ibu untuk segalanya..tidak terbalas jasa2mu .dri dalam rahim lagi..sampai dah ada anak sendiri...ibu sentiasa mengambil berat...ibuku syurga..engkaulah cinta hatiku..semoga Allah memberi semua yang baik2 sahaj untuk ibuku❤

  • @kinahijul1725
    @kinahijul1725 Год назад

    Saya rasa ibu saya adalah wanita terbaik dan terhebat sebab
    Sentiasa ada diwaktu susah anak2nya..kmi sbgai anak sedar adakalanya kmi xdpt sentiasa ada untuk dia tapi wallahi doa kmi utk ibu tak pernah lupa
    Maafkan kmi 9 anak mu ibu..mak..

  • @Wann.Reedz.wann_fans.supporter
    @Wann.Reedz.wann_fans.supporter Год назад +11

    Good Job Abg Furqan Fawwaz,Sedap lagu ni,Lagu ni berkisah tentang pengorbanan ibu yg tercinta insyallah kita sama sama doakan semoga ibu kita selalu diberikan kesihatan yg baik dan kita doakan semoga ibu kita sentiasa bahagia

  • @mutawallisyarawi5409
    @mutawallisyarawi5409 Год назад

    Ummi engkau lah insan yg pertama kali aku melihat sewaktu aku lahir ke dunia ini.. Tangan yglembut menyambut ku dgn penuh rasa kasih sayang..Engkau tatang aku umpama minyak yg penuh sehingga aku dapat mendewasa sebagai seorang anak yg baik dan aku dapat mengenali sang pencipta..malahan keberkatan hidup ku hanya pada mu ,jika mu tiada mana mungkin keberkatan mu masih ada di dunia ini kerana ummi adalah pintu ku mudah ke syurga..Terima kasih ummi atas segala kasih sayang yg dicurahkan kepada diriku...akhir kata, sayangilah dan hargai ummi kita kerana rezeki hanya datang sekali tidak dua kali kerana ummi adalah sosok wanita paling berjasa bagi semua insan..
    #wanitaterbaik #furqanfawwaz
    #Roadto80k

  • @nurhafizah4521
    @nurhafizah4521 Год назад +10

    Tahniah ustaz atas buah tangan yg cukup indah & menyentuh hati 😢💔 #sayangiwanitahebatkita

  • @mohdarhambinmohdsaad4756
    @mohdarhambinmohdsaad4756 Год назад +1

    Ibu saya adalah sangat terbaik bagi saya, sewaktu sekolah rendah, Ibu saya sentiasa sediakan bekal untuk kami adik beradik rehat waktu sekolah ( Setiap hari ). Dan ibu saya bekerja untuk bantu kewangan ayah saya ketika itu membawa lori sampah. Banyak kenangan sewaktu kecil. Tak boleh digambarkan. Sedih bila mengenangkan 😢. terima kasih furqan dan pencipta lagu Aiman. menghasilkan karya yang hebat! tq so much! ❤️
    #furqanfawwaz #egotravel

  • @ahmadnajmuddin7117
    @ahmadnajmuddin7117 Год назад

    Ibu adalah seorang insan yg telah melahirkan kita,x ckup untuk kita balas pengorbanan mereka ..jadilah seorang insan/anak yang sentiasa berbakti kepada ibu ayah kita.. #furqanfawwaz#ugotravel

  • @yusuffalisan6866
    @yusuffalisan6866 Год назад +1

    Pergorbanan seorang ibu memang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata kerana merekalah yang membesarkan dan melahirkan kita hingga menjadi seorang anak yang baik.Penat lelah mereka tidak dapat dibalas dengan seribu permata sekalipun.Kita perlu bersyukur mendapat ibu yang baik yang sanggup menjaga kita sehingga kita berjaya..uhibu umi❤

  • @ShakirZulfayri
    @ShakirZulfayri Год назад

    Umi ku adlah wanita yang paling terbaik dalam hidupku bukti kesetiaan yang beliau nukilkan membuahkan hasil yang hebat pada ank anaknya,didikan agama yang beliau curahkan membuatkan kami tahu apw tu ا ب ت، apa tu a b c,tanpa umi kami tak tahu bagaimana hidup kami tanpa agama..umi adalah penguat kami sekeluarga sejak kena ujian yang menimpa tempoh hari,untuk umi terima ksih atas segalanya pengorbanan mu tidak akan terbalas dengan ape sekali pun..umi memang terbaik..untuk umi hanya allah sahaja dapat membalas jasamu..sayang umi dunia akhirat..

  • @nursurayaizwanieza556
    @nursurayaizwanieza556 Год назад +1

    Ketika dahulunya maruah wanita tidak dihargai
    Tetapi Rasulullah saw telah mengangkat maruah wanita
    Kerana wanita itu terbaik
    Dikala kesusahan bahkan kesenangan seorang wanita akan sentiasa berada dan mendampingi orang yg disayangi.
    Terima kasih kerana menghargai insan yg bergelar wanita!

  • @nurulkhalidah9594
    @nurulkhalidah9594 Год назад +1

    ibu insan penting yang sentiasa beri sokongan dan keselesaan kepada kami 6 beradik. Apabila kami jatuh, ibu yang paling cepat menyambut kami dengan pelukan, menyapu luka dan perkataan yang menenangkan. Ibu penyokong emosi yang mampu menghapuskan air mata, mengembalikan semangat, dan memberikan keyakinan bahawa kami mampu bangkit semula dan meneruskan perjalanan hidup dengan lebih kuat. Sosok yang tak pernah kenal erti penat, satu ketika dulu berulang alik menaiki bas mencari rezeki.Walaupun sibuk, ibu tetap ada dihari-hari penting kami.Sentiasa bangga dengan pencapaian kami. Ibu bukan orang senang tapi sentiasa menyenangkan sesiapa yang berada dengannya. Disaat diriku kesakitan untuk melahirkan zuriat ku, ibu menggenggam erat tanganku. Tak pernah ditinggalkan anaknya yang dalam kesulitan. Kini ibu tidak berupaya lagi. Tangan ini, kupinjamkan untukmu berpaut untuk terus melangkah. Doa tak pernah putus untuk ibu supaya dipanjangkan umurmu, diberikan kesihatan yang baik untuk terus beribadah dan dilapangkan rezeki anak-anakmu untuk terus berbakti kepadamu Ibuku.. Selamat ulangtahun ibu ke 60 - 30 Ogos 1963-
    #furqanfawwas #ugotravel

  • @zulhafiy_
    @zulhafiy_ Год назад +4

    dear mother who raised us from when we were kids with so much patience…an unreplaceable gem, this is for you to hear….
    #furqanfawwaz #ugotravel

  • @nurulshahrina5751
    @nurulshahrina5751 Год назад +5

    Terbaik Mv ni Ust Fawwaz! Tahniah!!! Memang mengalir air mata la.. lagi2 bab berkaitan Ibu kita.. MasyaAllah.. Semoga Ust Fawwaz dan seluruh keluarga diberkati oleh Allah swt . Aamiin❤❤❤

  • @estrellamiamore_
    @estrellamiamore_ Год назад +1

    SubhanAllah 😢😢 indahnya pengorbanan seorang wanita dan ibu ni. Tak tahan dah part last tu.. mengalir airmata dibuatnya

  • @alyaaanuar
    @alyaaanuar Год назад

    بسم الله الرحمن الرحيم🤲🏻 مَاشَاءَ اللهُ تَبَارَكَ اللهُ
    Umi. Darah dan air mata anakmu ini mungkin tidak setanding dengan darah dan air matamu. Terima kasih kerana telah menjaga anakmu selama ini. Hanya Allah yang mampu membalas segala pengorbanan Umi❤️ #furqanfawwaz #ugotravel

  • @marianaqurani1657
    @marianaqurani1657 Год назад +2

    MasyaAllah Subhanallah.. sangat² terharu ng videonya

  • @nramieraa9373
    @nramieraa9373 Год назад

    Ibu kau mengajar aku erti sebuah kehidupan, kau memberi aku sejuta kebahagiaan saat kita bersama, kau selalu ada disaat aku bersedih dan sentiasa memberi semangat untuk aku, kau mendidik dengan penuh kesabaran dan menjaga dengan penuh kasih sayang🥰❤️ tapi saat ini engkau telah pergi meninggalkanku buat selamanya😔 terima kasih ibu atas semuanya, semoga ibu tenang di alam senang🤍 doa dari anakmu ini akan senantiasa mengiringi mu❤️❤️ #furqanfawwaz #ugotravel

  • @mirahzirah
    @mirahzirah Год назад +23

    ustazzz furqan! air mata sayaaa terjatuh tengok MV ustaz ni 😭 pandainyaaa kak asma berlakon, jalan cerita dia betul-betul sampaiii ke hati. amazing ah ustaz! 👏🏻

  • @rara2934
    @rara2934 6 месяцев назад

    Allahu.. tak thu knp rasa sebak lagu ni.. 😢 best sgt lagu ni.. terbaik furqan

  • @nurulsyuhana7699
    @nurulsyuhana7699 Год назад

    mama , seorng wanita yang takpernah mengenali erti putus asa dalam besarkan anakk2 nyaa , seorng wanita yanggg relaa menggadaikann nyawanyaa untkkk mmberi gelaran “Papa” kpda suaminyaa , seorng wanita yangg relaaa berjauhan dngnnn ibubapa merekaa demii suami tercinta ❤️ akhir kataa untkk seorng wanita yng brgelar mama , kamii sangattt mnghrgai smuaaa pngorbanann muu mamaa , tidakk terblass segala jasaamuuu , smogaa Allahh menempatkannn ibuu bapa kitaaa disyurgaa kelakk Aamiinnnn ❤️❤️❤️

  • @tuanzawanahh6034
    @tuanzawanahh6034 Год назад

    Best sgt dgr lagu nii...
    Wanita terbaik xdpat diungkapkan melalui kata ii kerana dia merupakan wanita yg sentiasa kuat utk org di sekelilingnya. Pengorbanannya utk org ii disekelilingnya terutama anak ii terlalu besar. Penat lelahnya xdapat diungkapkan melalui kata ii...
    IBU selalu menjadi WANITA TERBAIK dalam hidup ini.
    Anak2 semua ya sudah meningkat dewasa. Xada apa yg anak ii mu inginkan selain membahagiakan dan menunaikan semua impian yg IBU inginkan.. Semoga yg terbaik utk kita semua..
    Kami sayang WANITA TERBAIK kami❤...

  • @amirahmdibrahim9542
    @amirahmdibrahim9542 Год назад +16

    Arwah ibu saya adalah wanita terbaik yang Allah pinjamkan selama 33 tahun. Al fatihah utk malaikat tanpa sayap saya yg menemui Sang Pencipta pada 2/6/2023

  • @azreenaziz8163
    @azreenaziz8163 Год назад +1

    Tiada senyum,
    Seikhlas wanita,
    Bergelar Ibu,
    Walau disebalik senyuman itu,
    Tersimpan hati yang terluka,
    Tapi yg terpapar,
    Wajah ikhlas seorang Wanita Terbaik,
    Mama💓♥️
    #furqanfawwaz #wanitaterbaik #wanitaterbaik #UGOTravel #UGOTravel ☺️☺️

  • @Fina6168
    @Fina6168 Год назад

    Terima kasih ibu yg telah menjaga kami tanpa kira penat lelah mu, walau kadang kami pernah menyakiti mu tapi ibu tetap memaafkan kami. SEMOGA SYURGA YG TERTINGGI UNTUK IBU. Maafkan anakmu yg masih belum mampu membalas jasamu

  • @azurasaid812
    @azurasaid812 Год назад

    tgk MV sambil mkn nasi.. dok nages terus bile part mak ustaz pegi🥺
    Tq gak buatkan lagu utk kami "kaum Ibu"🥰🥰

  • @muhammadikram8080
    @muhammadikram8080 Год назад

    Mudahnya rezeki itu hadir dengan redhanya seorang Ibu. Harta tidak mampu membahagiakan seorang Ibu akan tetapi anak yang berakhlak akan membuka pintu kebahagian seorang Ibu hingga ke Syurga #furqanfawwaz #ugotravel

  • @sitiaisyahhaslizam2050
    @sitiaisyahhaslizam2050 Год назад +2

    Masyaallah.. akhirnya keluar pun official MV wanita terbaik..

  • @AsiahAzhar-un6wp
    @AsiahAzhar-un6wp Год назад

    بسم الله الرحمن الرحيم 💐
    Ibu sy adalah contoh terbaik yg sy miliki di depan mata. Dia lh insan yg byk brkorban hidupnya demi anak2 dan juga agama. Segala penat lelah dan sakit yg beliau hadapi, diketepikan begitu shja demi mlihat ank2 bhgia.❣️ Kasih syg bliau tiada bandingan. Seringkali beliau bngun awal pagi sediakan makan minum buat kluarga sedangkan beliau juga org yg terakhir makan hidangn yg bliau sdiakn itu. Brkejaran mnghntar dan mngmbil ank2 di sekolah. Kami ada 10 adik beradik. 👨‍👩‍👧‍👦 Jarak umur kami pula tidaklah jauh. Tapi ibu tetap kuat mmbesarkn kami dan mnjaga kmi dgn baik dan mmberikn ddikn agama yg ckup buat kmi smua. Kerana beliau sntiasa pesan biarlah susah didunia jangan susah di akhirat 🥹 sy syg ibu sy sgt2. Sekian luahan hti sy tntg ibu sy 💖 dan smoga ada rezki buat kami utk mnunaikan umrah brsama , ya Allah 🤲🏻

  • @nurazurinmusa2462
    @nurazurinmusa2462 Год назад

    Mendalam maksud tersirat.....auto 😢......teruskn berkarya, niatlah kerana Allah..... InshaAllah everthing will be smooth.....Aamiin ya Allah

  • @imkacchan7951
    @imkacchan7951 Год назад +26

    Hargai , sayangi & cintai ibu bapa kita selagi mereka ada di dunia ini. Tulus kasih mereka hanya 1 dalam hidup kita. Pengorbanan mereka melebihi nyawa mereka sendiri. Kepada mereka yang kehilangan kasih ini , berdoalah seikhlas hati agar mereka sentiasa tenang di syurga abadi. Al-fatihah 🤍

  • @wafiuddin899
    @wafiuddin899 Год назад +9

    Terbaikk ustaz.. MV yg sangat menyentuh hati.. berjaya membuat sy meremang bulu roma. Keep it up. Tahniah

  • @zyazwaniez_razak0412
    @zyazwaniez_razak0412 Год назад

    Untuk wanita terbaik bergelar emak di alam semesta..❤❤❤
    Emak berhak mendapat semua rasa kasih dan cinta , perhatian dan dukungan..
    Emak , untuk semu doa , cinta dan pengorbananmu , anak mu ini mendokan semoga dikurniakan Syurga yg tertinggi dan terbaik disisiNya..😊😊
    Emak adalah cinta abadi kami..
    Yang senantiasa membantu anak anak mak mengatasi segala masalah..
    Emak juga adalah sebuah cinta yg luar biasa yg tiada tandingannya..
    Terima Kasih banyak emak utk senantiasa ada bersamaku , merawatku , mencintaiku , menjagaku ..
    Tidak akan ada yg dapat menggantikan dirimu dihatiku..💖💖💖
    Terima Kasih utk semua yg emak berikan..
    Tidak akan terbalas atas segala kasih sayang curahan emak pada anak emak sepanjang hidupku..
    Dan anakmu ini sangat bangga dan bertuah memiliki wanita terbaik didalam hidupku..
    Angah sayanggkan emak sampai Syurga..💕💕

  • @mazizyathira1663
    @mazizyathira1663 Год назад +14

    Sungguh beruntung anak2 yg ditemani ibunya dalam proses pendewasaan dari kecik sampai besar…🥹❤️ #Al fatihah buat mak sy (mama Azlina)❤️

  • @zullaqil7089
    @zullaqil7089 Год назад +3

    Segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
    Dalam leburan pengorbanan seorang ibu, terpahatlah hikmah keagungan; ibu bagai sungai yang mengalirkan kebijaksanaan ke lautan kehidupan, mengukir jejak abadi di relung jiwa manusia.
    #furqanfawwas #ugotravel

  • @najihahakmal07
    @najihahakmal07 Год назад +2

    Pelukan seorang ibu bertahan lama meski dia telah melepaskannya."
    #furqanfawwaz #ugotravel

  • @nursoul99
    @nursoul99 Год назад

    Umi, walau apa jua liku kehidupan yang harus anakmu ini tempuhi untuk mewujudkan impianmu, aku redha kerana senyuman mu adalah kebahagiaanku.

  • @silonmento6226
    @silonmento6226 Год назад +12

    Dia ,
    Sosok tubuh kurniaan Tuhan ,
    Curahan kasih tanpa sempadan ,
    Unggul terpatri dalam ingatan ,
    Figura agung sepanjang zaman ,
    Kasih tiada timbang tara ,
    Cinta hakiki buat selamanya ,
    Wanita terbaik , ibu ❤️
    #furqanfawwaz #ugotravel

  • @halimatussaadiah2747
    @halimatussaadiah2747 Год назад

    Lagu yang membuatkan saya menitikkan air mata mengingati wanita terhebat saya yang telah pergi selama 22 tahun yang lalu. Yang tiada galang gantinya Lirik 'aku berharap kau masih ada ' sangat menyentuh hati yang paling dalam kerana hati masih lagi tetap berharap kepada orang sudah tiada. Semoga arwah ibu sangat ditempatkan dalam kalangan beriman. Terima kasih kerana telah menjadi wanita yang terbaik buatku. Terima kasih Ma❤
    Terima kasih kepada pencipta lagu dan penyanyi lagu .Semoga saya juga menjadi wanita yang terbaik ❤

  • @arifasyraafshahudin1501
    @arifasyraafshahudin1501 Год назад

    Kasih sayang, pengorbanan dan segala kebaikan dari seorang ibu tiada penghujungnya. Disaat mata ibumu sudah tertutup, maka hilanglah satu keberkatan di sisi Allah iaitu Doa Seorang Ibu. Hargai dan berbuat baik lah pada ibubapa kerana Allah telah menciptakan insan terhebat dan terbaik buat kita. #furqanfawwaz #ugotravel

  • @sha94ful
    @sha94ful Год назад

    Mak lah orang yang paling memahami anak-anaknya, perit dan tangisnya tersimpan dalam diam, selalu ingin yang terbaik buat anak-anaknya... kasih kan anak-anaknya terkadang lupa untuk dirinya. Tiada tandingan yang dapat kami balas dengan segala didikan dan pengorbanan nya, Hanya rasa Syukur dengan nikmat Kurnian Ilahi daku memiliki mak yang paling terbaik. #furqanfawwaz #ugotravel

  • @faizaliyana8891
    @faizaliyana8891 Год назад +10

    Part lastt tuu kak jihaa comell jee😂😂❤❤..

  • @sitimasyithah4402
    @sitimasyithah4402 Год назад

    Ibu terlihat tenang, selalu menenangkan dan sangat menyenangkan. ❤ kasih ibu sampai ke syurga, bekorban hingga ke hujung nyawa ❤ #furqanfawwaz #ugotravel

  • @atiqahsyuhada5550
    @atiqahsyuhada5550 Год назад

    Wanita Terbaik..
    Itulah dia satu perkataan yang indah yang akan sentiasa menjadi cita-cita buat seorang yang bergelar wanita. Setiap tubuh seorang perempuan ingin menjadi seorang “wanita terbaik”. Dimata seorang ibu dan ayah, mereka sentiasa ingin menjadi seorang anak yang terbaik dan berbakti. Dimata seorang suami juga mereka ingin menjadi seorang isteri yang terbaik. Bahkan dimata anak-anak, mereka ingin menjadi seorang ibu yang terbaik. Itulah dia seorang “wanita terbaik”. Tidak pernah mengenal erti lelah dan penat bahkan sentiasa ingin berikan yang terbaik buat mereka disekeliling kerana kebahagian orang-orang disekelilingnya, itulah menjadi kebahagiannya jua. Itulah dia seorang “wanita terbaik” yang sentiasa ikhlas melakukan sesuatu biarpun susuk tubuh seorang wanita kelihatan lemah lembut tapi merekalah jua yang tidak pernah mengenal erti putus asa, seorang yang berani dan kuat. Itulah dia seorang “wanita terbaik”.
    Setiap dalam hidup kita pasti ada susuk seorang wanita yang kita gelar “wanita terbaik” yang sentiasa menjadi contoh tauladan kepada kita, yang sentiasa bersabar, teguh memberi kasih sayang, sentiasa mengingatkan dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita. Tanpa “wanita terbaik” ini, kita tidak akan sampai ke suatu tahap dimana kita sekarang.
    Jadi gengamlah tangan mereka, hargailah “wanita terbaik” yang ada di dalam hidup kita. Sungguh besar pengorbanan seorang “wanita terbaik” ini. Moga diberikan ganjaran syurga tertinggi buat para “wanita terbaik” sekalian… ❤
    #furqanfawwaz #ugotravel

  • @atikahh-bz31cg
    @atikahh-bz31cg 10 месяцев назад

    ibu sye adalah wanita terbaik di dlm hidup saya 😊❤... hargai mereka selaluu!🌹

  • @zainabalghazaly628
    @zainabalghazaly628 Год назад

    Buku serikandi islam & doa2 wanita syurga❤

  • @nrainahh02
    @nrainahh02 Год назад +4

    yeay ada kak najihah part last 🥹

  • @faizaimanbinmohamadpss8543
    @faizaimanbinmohamadpss8543 Год назад

    Yang mengabdikan seluruh hidupnya untuk insan lain,
    Yang mengusap air mata tika penat dan kecewa demi insan lain,
    yang selalu berlindung dibalik senyum untuk membahagiakan insan lain,
    yang mengorbankan seluruh jasad dan hartanya untuk membesarkan insan lain.
    dialah ibu, Wanita Terbaik, yang melengkapi Insan bernama "anak".
    Terima kasih buat seluruh wanita terhebat, ganjaran Allah menanti disana. 💚
    #WanitaTerbaik #FurqanFawwaz #UgoTravel

  • @najhankhair
    @najhankhair Год назад

    "Pengorbanannya tidak ada batasnya. Dia rela menyerahkan segalanya tanpa mementingkan dirinya, tanpa meminta balasan. Cintanya yang mengalir selalu, memberikan kehidupan dan kebahagiaan kepadaku. Ummi, engkaulah pahlawan sejati dalam hidupku."
    #furqanfawwaz #ugotravel

  • @muqrirafiqi6133
    @muqrirafiqi6133 Год назад

    IBU adalah Anugerah yang sangat terindah yang kita miliki. Dalam perjalanan kehidupan ini dan Dalam Suka Duka IBU sentiasa ada berikan semangat untuk terus berjalan demi meraih Redha Ilahi.🥺❤️
    #furqanfawwaz #ugotravel

  • @jamilahabdrahim880
    @jamilahabdrahim880 Год назад +10

    Alfatehah buat umi abah,asbab sy jadi Hafiz Quran

  • @sitizahidah2771
    @sitizahidah2771 9 месяцев назад

    Suka dengar lagu ni waktu urus rumah.. lebih bersemangat rasa.. sbb termotivasi dgn "wanita terhebat" & "wanita terbaik" tu 😁😁

  • @rafiqkipli613
    @rafiqkipli613 Год назад +2

    Masya allah sedap suara ustaz moga dimurahkan rezeki dan sukses selalu ya ustaz

  • @nurulatiqah88
    @nurulatiqah88 Год назад

    Umi, seorang insan yang kuat hatinya
    sentiasa memendam kerisauan dihati, tak pernah meminta untuk kepentingan diri.
    Air mata umi yang mampu membuatkan hati anak-anak sayu,
    doa umi yang tanpa hijab menjadi sumber utama kejayaan anak-anakmu.
    Dalam kelembutan ada ketegasan, itulah sifat umi yang membentuk anak-anak menjadi insan.
    Terima kasih umi untuk segalanya dan umilah wanita terbaik kami sekeluarga.
    #furqanfawwaz #ugotravel

  • @ehyemmynilah
    @ehyemmynilah Год назад +81

    Tersentuh , sebagai seorang ibu tunggal , lagu ni menjadi inspirasi untuk saya terus kuat dalam membesarkan anak saya . Tanpa membuatkan anakanda saya rasa kurang kasih dan sayang dan segala galanya saya usaha kan untuk anakanda saya. Mak saya juga inspirasi untuk saya jadi seorang wanita terbaik di sisi anak suatu hari nanti , in shaa Allah . Mak saya seorang cancer fighter . Doakan ya beliau sihat selalu .

  • @norainsakinahbtmohdsukor8808
    @norainsakinahbtmohdsukor8808 Год назад +9

    Goodjob Ust Fawwaz for this song👍🏻sebak sy lagi2 part last mv..suci dan murninya cinta dan kasih sosok seorang ibu tidak ternilai, pengorbanan mereka paling tulus dan ikhlas demi melihat anaknya hidup senang didunia n akhirat😢 ibu lah yg memberikan kekuatan utk kita terus melangkah melakar impian dan insan mulia ini lah yg paling yakin dan percaya dengan kemampuan seorang bergelar ‘anak’. Sosok ni lah yg paling berlapang dada menerima kita apa adanya kita😢
    beruntunglah mereka yg masih dikurnia peluang merasai doa ibu yg tiada hijabnya di jalur langit Tuhan😭 smg Allah merahmati ibu-ibu hebat kita❤ al-Fatihah buat yg telah tiada di mata namun delat di hati dan tak pernah lekang dek ingatan😭 sayang Mak, Ibu, Ummi, Mama, Mummy

  • @sweetiepie231
    @sweetiepie231 Год назад

    Emak andai Mak masih hidup,Emak adalah Wanita yang amat kami sanjungi ,Kehangatan pelukanMu masih terasa,Tidak mengenal erti penat ,Pengorbanan dan kasih SayangMu tak mampu dibalas dengan harta ,Doa yang tiada batas amat dinantikan oleh Kami kerna Engkaulah "Wanita Terbaik"
    Syurga buat Pemaisuriku🤍
    #furqanfawwaz #ugotravel

  • @aishahar8977
    @aishahar8977 Год назад

    Terima kasih Allah pinjamkan arwah ibu saya walaupun hnya 14 tahun, Alfatihah untuk bidadari syurga 🥹❤️

  • @AmzarZakaria
    @AmzarZakaria Год назад

    Seorang IBU adalah madrasah, iaitu sekolah pertama bagi anaknya. Jika engkau menyiapkannya nescaya sekolah itu akan bercabang dengan penuh kemuliaan dan kebaikan.
    Panggillah apa sahaja, MAK, IBU, MAMA, UMMI, MOMMY, BONDA, AMI, atau apa saja, itulah gelaran untuk seorang insan yang tidak ada galang gantinya di dunia ini.
    Biar berpenat lelah membanting keringat empat kerat,
    Biar berjurai peluh,
    Biar lena tak cukup,
    Biar berikat perut,
    Biar badan ini melarat,
    Takkan dibiarkan anaknya susah, sedih sebagaimana yang dia hadap.
    Nyanyian mu sewaktu kami kecil adalah suara paling merdu di dunia.
    Pabila dewasa, maka jadilah kami, masing2 apa yang di doakan.
    Jika hari ini, lahir seorang guru,
    Jika hari ini lahir seorang doktor,
    Jika hari ini lahir seorang ulama'
    Jika hari ini lahir seorang perdana menteri,
    Dan jika hari ini lahir seorang pemerintah dan sultan,
    Semua itu, lahir dari satu rahim yang sangat mulia Allah ciptakan....
    IBU........
    Maka benarlah kata-kata pujangga,
    "Jika kamu persiapkan seorang ibu yang baik, bererti mempersiapkan suatu bangsa yang baik pada masa depan".

  • @nuraisyah4513
    @nuraisyah4513 Год назад

    Ibu ku syurga ku❤
    Ibu ialah madrasah yg pertama buat anak 2nya sebelum melangkah ke alam persekolahan
    Terima kasih umi
    @furqan fawwaz

  • @rizalrasid-c6l
    @rizalrasid-c6l 10 месяцев назад

    Furqan fawwaz 😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊

  • @nurasyuraroslan2078
    @nurasyuraroslan2078 Год назад

    Bismillah.
    ya, sebenarnya aku cukup bahagia dan sangaat bersyukur kepada Allah sebab Dia telah anugerahkan kepada aku dengan sebaik-baik kurnia iaitu seorang wanita hebat dalam hidup aku. Wanita ini sentiasa bersedia untuk mendengar apa jua yang anak-anak dia nak cerita dan kongsikan dekat dia. Wanita ini terlalu indah dalam hidup aku. Sememangnya tanpa dia tiada kita. Dialah Emak. Tak tahu macam mana nak bayangkan betapa besarnya pengorbanan dia untuk mendidik dan membesarkan anak-anak dia. Tak tahu bagaimana nak gambarkan betapa sayangnya dia dekat anak-anak. Aku juga tak tahu apa yang dia rasa dan alami sendirian untuk anak-anak dia. Terlalu besar jasa emak dekat aku ya allah. Kekadang aku pernah terbayang setiap detik bersama emak. Kalau tudung aku nak kena jahit, siapa yang akan jahitkan? Emak. Bila aku nak menangis sebab tak tahan hampir putus asa dengan subjek yang aku lemah, siapa yang bagi aku semangat dan tempat aku pinjamkan bahu untuk bersandar? Emak. Bila aku buat sesuatu yang dia tak suka, emak mesti marah sebab dia tahu itu tak baik untuk aku. Sampai sekarang aku ingat ayat ini dan boleh buat aku menangis.."She (Mom) will never give up on you" Allahu.. YA!! Macam mana sekali pun yang berlaku dekat kita, EMAK takkan mengalah kerana kita anak-anak dia. Emak yang doakan anak-anak dia. Tak akan sesiapa pun sudi mendoakan kebaikan untuk kita sahaja (setelah Rasulullah saw) , melainkan emak ayah kita. Mereka yang sanggup mendoakan kita berjaya dunia akhirat. Selagi kita mempunyai emak dan ayah, usahalah buat baik. Walaupun kebaikan itu tidak mampu membayar titik peluh dan kasih sayang mereka berdua. Doakan emak ayah. Setiap habis solat, allahummaghfirli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani soghira ini takkan saya lupa sebelum minta yang lain2. Terima kasih Emak. Terima kasih Ayah. Anakmu ini tidak lain tidak bukan, hanya memerlukan redha kalian untuk saya bahagia dunia akhirat. Maafkan salah silap akak, emak ayah 🥹💕 #furqanfawwaz #wanitaterbaik

  • @lyn_marmara113
    @lyn_marmara113 Год назад

    Tiba2 air mata mengalir laju 😭

  • @zaffan1870
    @zaffan1870 Год назад

    Dikala satu dunia tidak mempercayaiku tetapi UMI ada mempercayaiku ❤...#furqanfawwaz & #ugotravel

  • @basyarmursyid
    @basyarmursyid Год назад

    Jasanya tak tertandingi seperti Maryam melindungi Isa . Jasanya hasil daripada titik kasih-sayangnya seperti Asiah menyayangi Musa . Jasanya tak mampu dibayar biarpun dibayar sebanyak buih di lautan. Itulah jasa seorang IBU.
    #furqanfawwaz #ugotravel

  • @muhammadhafiz4002
    @muhammadhafiz4002 Год назад

    Hingga kuat engkau dalam rahim ibu, kemudian Allah taala keluarkan engkau kepada buminya. Engkau tiada kuasa memakan sesuatu yang keras, kerana tiada ia bagi engkau gigi, maka Allah Taala keluarkan air susu ibu engkau.
    Alangkah ruginya kita tak dpt berbuat baik kepada mak dan ayah kita,
    Kerana dia terlalu baik utk kita.
    Bila kita lapar, dia akan dukung kita, menyusukan kita.
    Tidurnya kita sampai kita lena,
    Selepas kita lena, dia melihat kita dlm keadaan tersenyum, Puas hatinya. Tetapi kita masih lagi tidak dapat membalas kebaikan mereka kepada kita.
    #FurqanFawwaz #Ugotravel