Tahniah❗Berita Gembira Buat Penyokong Setia JDT

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 10 сен 2024
  • MALAM ISTIMEWA MENYAMBUT KECEMERLANGAN JDT PADA 2022
    Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan meraikan rekod kejuaraan Liga Super Malaysia sembilan kali berturut-turut -'A Triple Hattrick' - di Stadium Sultan Ibrahim pada 15 Oktober 2022 dengan pertunjukan bunga api, persembahan lampu-lampu, persembahan artis antarabangsa serta pelbagai lagi aktiviti yang akan disajikan untuk menandakan detik bersejarah ini.
    Kita sering mengadakan malam sambutan sebelum ini, tetapi sambutan kali ini adalah berlainan sama sekali - ianya malam di mana bukan sahaja hanya menyambut kejuaraan kesembilan berturut-turut Liga Super Malaysia, tetapi turut meraikan tahun 2022 yang penuh gemilang buat Harimau Selatan dari pasukan senior hingga junior.
    JDT telah memenangi 11 trofi untuk tahun 2022 - termasuk kemenangan Liga Premier Malaysia oleh JDT II dan JDT III (B21) menjuarai Piala Presiden manakala enam lagi trofi dimenangi Akademi JDT. Ianya adalah tahun yang berjaya dan JDT akan meraikan kesemua pasukan-pasukan pemenang ini di Stadium Sultan Ibrahim dalam satu sambutan yang luar biasa.
    Penyerahan trofi dan acara sambutan akan bermula sejurus perlawanan terakhir liga menentang Sabah. Jumpa anda nanti...#johordarultazim #jdt #johorsoutherntigers

Комментарии • 2