Bila Gaji Pekerja Swasta Nak Naik?
HTML-код
- Опубликовано: 13 дек 2024
- Gaji penjawat awam akan naik, gaji pekerja swasta bila lagi? Ini soalan yang sering ditanya.
Salah satu strategi utama kerajaan untuk menangani kos sara hidup ialah memastikan pertumbuhan gaji yang lebih seimbang kepada rakyat.
Antara keputusan pertama saya sebagai Menteri Ekonomi ialah meminta DOSM menerbitkan laporan gaji pekerja formal setiap 3 bulan sekali, menggunakan data gaji setiap pekerja formal yang ada di KWSP dan PERKESO.
Ini bagi membolehkan kerajaan merangka dasar yang lebih baik untuk menaikkan gaji dalam tempoh 10 tahun akan datang selaras dengan aspirasi Ekonomi Madani.
Laporan gaji pekerja formal terkini ialah bagi suku kedua 2024 berakhir Jun 2024.
Ada beberapa perkembangan awal mengenai pertumbuhan gaji antara Jun 2023 dan Jun 2024:
gaji median meningkat dari RM2,600 sebulan ke RM2,745 sebulan. Gaji median ialah taburan gaji pertengahan, maknanya dari 6.73 juta pekerja yang bergaji (atau pekerja formal), bila dibandingkan gaji bagi setiap pekerja, gaji pertengahan ialah RM2,745
jumlah pekerja yang gaji di bawah RM2,000 sebulan telah berkurang dari 34.8% dari jumlah pekerja dalam Jun 2023, kepada 32.2% dalam Jun 2024
jumlah pekerja yang gaji antara RM2,000 ke RM5,000 telah meningkat dari 42.7% dari jumlah pekerja dalam Jun 2023, kepada 43.8% dalam Jun 2024
Jumlah pekerja yang gaji melebihi RM5,000 juga telah meningkat dari 22.5% dari jumlah pekerja dalam Jun 2023, kepada 24% dalam Jun 2024
Pertumbuhan gaji ini mendukung hasrat kerajaan untuk menganjakkan gaji median menjadi lebih tinggi setiap tahun agar gaji yang dinikmati setiap isi rumah menjadi lebih baik.
Pun begitu, fenomena gaji rendah ini masih menjadi cabaran kepada ekonomi negara. Walaupun ada pertumbuhan yang menyaksikan jumlah pekerja di bawah gaji RM2,000 sebulan telah berkurang, 32.2% pekerja di dalam kategori ini bersamaan dengan 2.167 juta rakyat Malaysia masih digaji RM2,000 sebulan.
Keadaan akan menjadi lebih baik bermula 2025 dengan tiga keputusan utama kerajaan berkenaan gaji pekerja:
Pertama, kenaikan gaji penjawat awam. Kedua, kenaikan gaji minima kepada RM1,700 sebulan.Ketiga, pelaksanaan sepenuhnya gaji progresif bagi pekerja swasta dengan peruntukan awal RM200 juta bagi 2025.
Insya Allah, keadaan gaji akan bertambah baik setiap tahun selepas ini.
Terbaeeek YB menteri
Tahniah kem. ekonomi
Syabas malaysian
Thank you YB. We love you.
Salah satu tabiat buruk pekerja Malaysia ialah selalu lewat !
Walaupun gaji rendah tapi produktiviti pun tak ke mana…
Budaya lewat kena dihapuskan… pupuk nilai mengambil berat ketepatan masa ! Itu saje … gaji boleh naik, kalau kerja siap pada masa tertentu.
Pelabur cakap, labur di Malaysia… benda siap 3 hari, labur di Singapura benda siap 1 hari… itu pasal dia sanggup bayar 3 kali ganda sebab boleh lagi jimat 2 hari!
Jln truih Yb 👏
❤❤❤
Gaji mystep naik jgk ke tahun depan?
Gaji sewasta paling rendah di Sabah dan serawak...tak sampai 2k pun..kalau kerja general worker tu tak sampai 2k.
Mantap🎉
Well done RR ❤ I have confident with you , thank you
Same je gaji dgn kerajaan lane dulu xde beza.. Tahun 1998 basic 1050 je, tapi sebualn boleh dpt 1900.. Skrg basic 1800 pun dpt dlm 2500.. Skrg brg naik smp 150 peratus pun ada.. gaji naik alahai tak smp 10 peratus.. Dah setahun nak dpt beras subsidi susah.. smp org miskin pun terpaksa beli beras mahal.. Sepatutnya kerajaan cari mata2, utk tokey2 yg packing semula beras subsidi nenjadi beras mahal.. mesti ada yg buat kerja mcm ni.. kalau xde takkan beras subsidi susah nak dpt.. Dan kebanyakan kedai runcit, kalau nak dptkn minyak paket mesti kena beli brg lain, baru dia bagi minyak paket.. kalau beli banyak, dptlah 2 paket.. kalau beli sedikit dptla sepeket.. Bagi keluarga yg anak sedikit masih bolehla.. Bagi yg banyak anak memang pedihlah hidup..
Kami yang tak kerja ni macam mana.Tak naik ka gaji kami.Nak melilau sana sini dah tak boleh ni.Sebab minyak mahal.Motosikal Honda 70cc dah banyak berkurung ni sebab tak boleh beli petrol ni.
Hahaha, bodo walaun. 😂😂
Senang saja, Ikut cacing lah hang pi duduk dlm tanah 😂
👍👍🇲🇾👍👍
Teruskan content
Kerajaan skrg tak mcm dulu.. Kalau dulu, barang keperluan tak naik mcm skrg, Dulu kalau ada aduan terus kerajaan ambil tindakan.. Sekarang, menteri2 susah tak turun padang, tengok nasib rakyat.. Selalunya mcm ni lah.. bercakap, buat video, syok sendiri ntah apa2 ntah.. hurm tak tau la.. Akan dtg PRU saya sarankan kpd anak muda nelayu yg sudah cukup umur untuk undi, turun lah mengundi spt masyarakat chinese dan indian, muda mudinya sangat ramai turun mengundi.. Tolongla anak muda melayu tolonglah turun mengundi.. Salam..
Memteri formula..njirr sembang