DR SHAH HIRUL IKHWAN TERIMA ANUGERAH ALUMNI MUDA HARAPAN 2024[HD]

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 15 сен 2024
  • DR SHAH HIRUL IKHWAN TERIMA ANUGERAH ALUMNI MUDA HARAPAN 2024
    KUALA LUMPUR 17 Ogos 2024 | Alumni Program Perubatan Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) Universiti Malaysia Kelantan (UMK, Dr. Shah Hirul Zakwan Bin Mohd Shah Huddin, 35, dinobat sebagai Alumni Muda Harapan pada Malam Anugerah Alumni Universiti Awam Malaysia (MAL’24), di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), Kuala Lumpur, malam tadi.
    Dr. Shah Hirul Zakwan merupakan pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif Klinik Veterinar Shanadz serta Shanadz Farmville, dipilih antara 20 penerima Anugerah Alumni Muda Harapan 2024.
    Pada majlis itu, turut diumumkan penerima anugerah alumni bagi penerima Anugerah Ikon Alumni dan dua penerima Anugerah Alumni Kedermawanan.
    Beliau telah menerima anugerah berupa piala dan sijil dari Menteri Pendidikan Tinggi, YB. Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir.
    Turut meraikan kejayaan Dr. Shah Hirul Zakwan ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan dan Naib Canselor UMK, Dato’ Prof. Dr. Razli Che Razak.
    Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail, Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Arham Abdullah dan Pengarah Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni, Dr. Razman Hafifi Bin Redzuan.
    Menurut Dr. Razman Hafifi, pemilihan Dr. Shah Hirul Zakwan amat tepat sekali kerana beliau antara usahawan berjaya yang menceburi bidang perniagaan klinik perubatan veterinar dan telah memiliki dua cawangan di Kuala Kangsar dan Teluk Intan, selain menceburi bidang penternakan ladang kambing tenusu.
    Beliau berkata, Dr. Shah Hirul Zakwan merupakan pelajar FPV yang bergraduat pada tahun 2016 dan tersenarai dari 12 pencalonan alumni UMK untuk pemilihan Anugerah Alumni Muda Harapan 2024.
    “MAL’24 yang julung kali diadakan adalah satu salah satu anugerah berprestige yang mengangkat alumni Universiti Awam yang berjaya dalam kerjaya tidak kira sebagai usahawan mahupun bekerja dengan pihak ketiga.
    “Dalam pencarian calon alumni bagi anugerah ini, UMK telah membuka ruang kepada semua alumni UMK yang menepati syarat yang tetapkan, dan hanya 12 individu yang telah disenarai pendek bagi pencalonan tersebut,” katanya.
    Tambah beliau, pemilihan calon yang disenaraikan oleh pihak pengurusan tertinggi HEPA dinilai melalui Jawatankuasa Penilai dan Pemilihan Anugerah Alumni UMK.
    “Kriteria yang dipilih adalah berdasarkan kepimpinan, kewibawaan, potensi pengembangan pasaran, kemampanan, kebolehpercayaan, impak terhadap masyarakat setempat, populariti, kefungsian terhadap fakulti dan universiti, serta sumbangan kepada UMK.
    “Selepas proses penilaian dilakukan akhirnya jawatankuasa pemilihan tersebut mengarah kepada Dr. Shah Hirul Zakwan yang terpilih bagi pencalonan tersebut di peringkat universiti.
    “Allahamdullilah, Dr. Shah Hirul Zakwan mencipta sejarah sebagai alumni pertama UMK dinobatkan sebagai Alumni Muda Harapan 2024 pada malam ini,” katanya.
    Sementara itu, Dr. Shah Hirul Zakwan menzahirkan rasa syukur dan terharu dengan penganugerahan tersebut yang diiktiraf di peringkat nasional.
    Katanya, beliau amat berbangga kerana berpeluang menuntut ilmu di FPV UMK.
    “Saya dan isteri, Dr. Hasna Nadia Binti Hasan Sazali, 32, telah memulakan perniagaan ini dengan membina jenama sendiri iaitu Klinik Veterinar Shanadz dan Shanadz Farmville.
    “Klinik pertama telah ditubuhkan pada tahun 2017 yang memberi perkhidmatan penjagaan haiwan melibatkan konsultasi dan rawatan, penyediaan wad haiwan dan hotel haiwan, pembedahan, dan pemvaksinan.
    “Manakala Shanadz Farmville telah ditubuhkan pada tahun 2023 dan terletak di Kubang Pekan, Kuala Kangsar. Buat masa sekarang ini, Shanadz Farmville berperanan dalam pertenakan kambing tenusu dan telah mempunyai sebanyak 15 ekor kambing tenusu di ladang tersebut,” katanya.
    Untuk makluman, MAL'2024 yang bertemakan Alumni Penggerak Tranformasi Universiti adalah anjuran Majlis Alumni (MAlumni) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP),Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
    Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada para Alumni Universiti Awam yang telah menunjukkan kecemerlangan dan pencapaian yang signifikan kepada universiti khususnya dan negara amnya.
    #OfficialUMK #UMKinfo #UMKmedia #EntrepreneurshipUniversity
    #MalaysiaMadani
    Kita #BinaLegasiUMK Bersama
    #OfficialUMK #UMKinfo #UMKmedia #EntrepreneurshipUniversity #vcumk #WeAreUMKFamily #OneUMKOneDream
    *Like Facebook Rasmi UMKTV :
    / umktv.umk
    *Subscribe RUclips Chanel UMKTV:
    / umktvumk

Комментарии •