Macam-Macam Boleh Jadi (2004) FULL MOVIE

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 16 авг 2017
  • Macam-Macam Boleh Jadi (2004) - Telemovie berjudul "MACAM-MACAM BOLEH JADI" ini adalah sebuah telemovie yang penuh dengan aksi-aksi lucu, hiburan, pengajaran, mengisahkan Pak Mat (M. Rajoli) yang berasal dari negeri Kelantan telah mengembara ke pedalaman negeri Sabah dengan niat mahu mencari ilmu, tetapi pengembaraan Pak Mat terbantut dan berakhir dengan mendapat tiga orang isteri. Mereka hidup dalam keadaan aman dan damai didalam sebuah rumah panjang disamping seorang anak tunggal kesayangan mereka Bakar (Ampal). Bakar minat menyumpit, apa yang disumpit dihutan, dia saja yang tahu, hingga dia digelar orang kampung Bakar Sumpit. Bakar juga mahu mengembara ke Kuala Lumpur macam ayahnya bercita-cita mahu menjadi seorang penyanyi dan mencari jodoh disana. Pak Mat pula diakui orang kampung sebagai seorang bomoh sedangkan dia tidak mempunyai ilmu dalam bidang itu. Satu ketika seorang janda cantik meminta perkhidmatan bomoh dari Pak Mat, Pak Mat jatuh hati terhadapnya dan ingin mengambilnya sebagai isteri keempat. Bagaimana Pak Mat merahsiakan hubungannya dengan janda muda itu daripada diketahui ketiga-tiga isterinya! Apakah kesudahannya dan apa pula nasib si Bakar! Sampaikah cita-citanya mahu menjadi penyanyi dan mencari jodoh? Kulup (Om) seorang kaki judi sabung ayam dan Semek (Isabella) isteri kesayangannya, adalah jiran sekampung Pak Mat, mereka sering bergaduh kerana kes judi dan duit, hingga ke tahap bercerai. Apakah peranan Pak Mat dalam hal ini, dapatkah Pak Mat menyelamatkan mereka!!! Untuk mengetahui kesudahan cerita ini, segeralah beli VCD yang original.

Комментарии • 29