Sajak Hari Guru: Kitalah Tunjangnya karya Ainun Nasibah Johar

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 24 окт 2024

Комментарии • 12

  • @cikguzaheera4923
    @cikguzaheera4923  Год назад +6

    Tajuk : Kitalah Tunjangnya
    Karya : Ainun Nasibah Johar
    Subur laman ibunda dengan tunas-tunas muda
    Menyantuni dan melagukan melodi kemajuan.
    Pada halus jarinya
    Bertaut jari-jemari milik tangan seorang guru :
    tangan yang penuh kedutan ilmu
    tangan yang tegas mendisiplin anak watan
    tangan yang lembut mengusap ubun-ubun dengan nilai manusiawi.
    Aduhai...
    Mengapa kini tangan seorang guru bagai dirantai?
    Celaru tadbir mengaburi tugas hakiki
    Meragut masa emas menrenyuk rasa ikhlas
    Hingga lelah meraja mengawal akal
    Mengheret diri ke onak kesakitan
    Senyum di bibir fatamorgana cuma
    Minda terkurung depresi
    Semangat mulai mati.
    Ayuh warga pendidik
    Ambillah yang jernih buat azimat menempuh rancunya dunia
    Kuburkan segala iri, dendam dan prejudis.
    Yakinlah ada balasan menanti.
    Telah Ar-Rahim berfirman:
    Bahawa sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan.
    Kitalah pengarca generasi nusa penerus sunnah baginda
    Maka terus gagah perkasa tindak
    Ayuh bangkit biar bertongkat berkudung tangan
    Amanah di pundak usah diinjak dipersiakan!
    Demi suar kegemilangan pendidikan
    Renunglah betapa sejahteranya perkembangan modal insan
    Terletak pada wibawa seorang guru
    Kerana, kitalah tunjangnya!

  • @CikguHifzan
    @CikguHifzan 3 месяца назад +1

    Hebat cg

  • @nasibahjoharberkarya3773
    @nasibahjoharberkarya3773 2 года назад +2

    Seronoknya. Terima kasih kak sudi Deklamasi sajak kami

    • @cikguzaheera4923
      @cikguzaheera4923  2 года назад

      Sama2 adinda.. Terima kasih atas bait2 kata yg hebat dlm sajak nie.. 💕💕💕

  • @yusoffkassim9142
    @yusoffkassim9142 2 года назад +1

    Tahniah cg.. jijok angin kito.. alunan menusuk kalbu..

  • @cikguazwa9184
    @cikguazwa9184 Год назад +1

    Assalam cikgu, apa perkataan selepas perkataan generasi tu ye?

    • @cikguzaheera4923
      @cikguzaheera4923  Год назад

      Wslm.. generasi nusa.. saya tersasul sikit kat situ.. 🫢

    • @cikguzaheera4923
      @cikguzaheera4923  Год назад +1

      Tajuk : Kitalah Tunjangnya
      Karya : Ainun Nasibah Johar
      Subur laman ibunda dengan tunas-tunas muda
      Menyantuni dan melagukan melodi kemajuan.
      Pada halus jarinya
      Bertaut jari-jemari milik tangan seorang guru :
      tangan yang penuh kedutan ilmu
      tangan yang tegas mendisiplin anak watan
      tangan yang lembut mengusap ubun-ubun dengan nilai manusiawi.
      Aduhai...
      Mengapa kini tangan seorang guru bagai dirantai?
      Celaru tadbir mengaburi tugas hakiki
      Meragut masa emas menrenyuk rasa ikhlas
      Hingga lelah meraja mengawal akal
      Mengheret diri ke onak kesakitan
      Senyum di bibir fatamorgana cuma
      Minda terkurung depresi
      Semangat mulai mati.
      Ayuh warga pendidik
      Ambillah yang jernih buat azimat menempuh rancunya dunia
      Kuburkan segala iri, dendam dan prejudis.
      Yakinlah ada balasan menanti.
      Telah Ar-Rahim berfirman:
      Bahawa sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan.
      Kitalah pengarca generasi nusa penerus sunnah baginda
      Maka terus gagah perkasa tindak
      Ayuh bangkit biar bertongkat berkudung tangan
      Amanah di pundak usah diinjak dipersiakan!
      Demi suar kegemilangan pendidikan
      Renunglah betapa sejahteranya perkembangan modal insan
      Terletak pada wibawa seorang guru
      Kerana, kitalah tunjangnya!

    • @cikguazwa9184
      @cikguazwa9184 Год назад

      @@cikguzaheera4923 ok2..terima kasih cikgu,,saya dengar menusa puas carik, google xjumpa..hehe

    • @floriawelly894
      @floriawelly894 6 месяцев назад

      Hai cikgu.. Boleh saya tahu tajuk alunan musik itu